"Aku sunyilah, Hawa. Susah betul nak jumpa kau sejak dua menjak ni. Perlu ke aku booking appointment semata-mata untuk berjumpa dengan kau?" sindir Zuha sambil menggulingkan matanya ke atas.
Suara ketawa Hawa di hujung panggilan membuatkan Zuha menayangkan wajah cemberut. Nak kutuk dia la tu!
"Dah ada suami pun still sunyi lagi ke?"
"Hmm, kau tanya macam tu mesti kau dah tak nak jumpa aku, kan?"
Zuha mengeluh panjang sebelum membenamkan wajahnya ke atas bantal.
"Kenapa pula kau cakap macam tu? Aku bergurau je. Janganlah ambil hati."
Zuha masih mendiamkan diri.
"Zuha, kenapa ni? Kau okay? Suami kau buat hal ke?" soal Hawa apabila Zuha kedengaran seperti tidak bersemangat seperti selalu.
"Tak ada. Dia okay je."
"Tapi kau yang tak okay, kan? Ceritalah kat aku. Walaupun telinga aku ni kecil, tapi aku masih lagi sudi untuk menjadi pendengar setia kau." Hawa cuba berseloroh dengan harapan dapat menggembirakan hati Zuha.
Zuha mula tersenyum kelat. Nafas berat dihela sebelum dia memulakan cerita.
"Aku terasa hati dengan Zuhayr. Dua kali aku nak ajak dia lunch tapi dua-dua tak jadi. Aku berpenat lelah datang ofis dia tapi at last aku terpaksa makan sorang diri. Tapi yang paling buat aku terkilan bila aku nampak dia lunch dengan kak Mia. Dia kata ada urgent meeting dengan client tapi kenapa dia tak berterus-terang kat aku yang client dia adalah kak Mia?"
Sudah beberapa hari berlalu namun Zuha masih lagi kecewa dengan suaminya tentang hal itu. Dia masih lagi terbayang wajah Zuhayr yang dihiasi dengan gelak tawa bersama Mia sewaktu keluar dari kedai makan tersebut. Malah paling mengecewakan apabila Zuhayr langsung tidak menyebut tentang hal itu seolah-olah benda tu tak pernah langsung berlaku.
Jadi, nak tak nak terpaksalah Zuha memujuk diri sendiri. Kalau cakap pasal hal tu nanti takut dituduh mengungkit pula.
"Kau yakin ke apa yang kau nampak semua tu betul?"
Zuha terdiam. Tapi dah dua kali jadi depan mata, takkan semuanya tak betul?
"Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri, Hawa. Buat apa pulak aku nak menafikan lagi?"
"Tabayyun, Zuha. Setiap apa yang kau lihat dan dengar, kau kena check sampailah kau yakin akan kebenarannnya walaupun kau sendiri yang saksikan semua tu. Kau tak boleh gelojoh dan terima bulat-bulat tanpa usul periksa. Boleh jadi apa yang kau tengok tu bukan seperti apa yang kau sangka. Kadang-kadang nampak macam sama tapi tak serupa. Remember, just as there is another side to the coin, there is another side to the story."
Zuha menelan perit liur lalu mengetap bibir. Dia yang sedang meniarap itu bingkas bangun lalu duduk dan bersandar di kepala katil. Pinggang yang sudah mula terasa lenguh diurut perlahan.
"Macam mana lagi aku nak check? Aku tak nak Zuhayr tuduh aku cemburu buta kalau aku tiba-tiba tanya dia pasal hal tu." ujar Zuha, perlahan.
"Are you sure? Bukan sebab kau takut kalau kalau sangkaan kau tu benar dan sahih?"
Telahan Hawa benar-benar membuatkan dirinya tersentak. Betul. Dia bukan takut dituduh, tapi dia takut akan hakikat tentang apa yang telah terjadi. Macam mana kalau semuanya seperti yang dia sangkakan? Dia tidak mahu kehilangan Zuhayr, suami yang dia cintai.
"Kebenaran itu pahit. Tapi kalau kau tak tabayyun, kau akan lebih menyesal dengan keputusan yang kau buat. Lebih-lebih lagi apabila ianya dibuat atas kejahilan diri sendiri."
YOU ARE READING
HER BEAUTIFUL COMFORT - C
RomanceStatus: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. Kejadian di mana karyanya telah diciplak oleh insan yang...