BAB 2

52 2 0
                                    

✧*。

DIA TIADA pilihan selain datang ke hospital Silver pada pagi itu untuk membawa baju milik Mardiya dan telefon Mardiya yang ketinggalan di rumah. Kalau bukan kerana Mardiya jangan harap la dia mahu datang ke hospital itu selepas apa yang berlaku semalam. Harap harap la dia tak terserempak dengan dua mamat bercermin mata itu lagi.

Fauziah bernafas lega apabila dia selamat sampai ke bilik wad Mardiya tanpa gangguan dari dua ekor mamat bercermin mata. Harap harap la Yusuf dan Zafar tidak lagi memunculkan diri di hadapan dia. Dia tak mahu berubah fikiran .

Dengan senyum lebarnya dia menghampiri Mardiya.

" Good morning, diya!!! " Sapa Fauziah dengan suara cerianya.

Mardiya yang disapa tersenyum melihat kawan serumahnya itu.
"Good morning too.... "

Fauziah meletakkan beg baju milik Mardiya di meja berdekatan Mardiya lalu telefon Mardiya ia serahkan dan disambut gembira oleh Mardiya.
" Ada apa apa ke dalam telefon tu? Happy semacam je.....tunggu boyfriend call ek?" Usik Fauziah

" Aku takde boyfriend la lain la kau ada boyfriend" pernyataan Mardiya ia balas dengan tawa mendekahnya.

Mardiya salah minum ubat ke sampai bercakap yang merepek repek. Bukankah gadis ini sekaligus housemate nya ini tahu yang dia tiada love life sejak keluar dari perut mak hingga sekarang. Dia tiada yang namanya boyfriend dan kekasih hati. Crush adalah...

" Aku mana ada boyfriend la....merepek aje kau ni."

" Habis lelaki semalam yang datang bertanyakan kau bukan boyfriend kau ke? Alah tak payahla nak berahsia dengan aku. Kononnya takde kekasih hati tapi ada juga " Kata Mardiya dengan nada kononnya berjauh hati dengannya.

" Lelaki mana? Apa nama dia? Lelaki tu pakai cermin mata ke?" Fauziah berfikir mungkin itu Zafar tak pun Yusuf yang datang mencarinya.

Mardiya geleng.
" Lelaki itu tak pakai cermin mata pun. Nama lelaki itu tak silap aku la Adam. Handsome betul lelaki tu Fauziah, dah la berbudi bahasa, sopan santun pula tu bila tegur mak abah aku. Sampaikan mak aku jatuh suka kat pakwe kau Zia. Abah kata kau beruntung dapat lelaki hebat macam Adam. Ni abah aku yang kurang peka pun boleh cakap camtu." Berbakul bakul pujian Mardiya bagi untuk Adam dengar dek tuan punya badan mesti dah kembang hidung tu. Haii........ Kawan sorang ni becok bercerita macam nampak gaya dah sihat.

" Kak Marissa pun tertarik dengan perwatakan pakwe kau, Zia. " Tambah Mardiya lagi.

" Ohhh.... Adam . Dia bukan boyfriend aku la dia cuma kawan aku kat tempat kerja "

Fauziah bukan tak nak bagitau perkara sebenar bahawasanya Adam la lelaki yang menolong dia dari hampir kemalangan 5 bulan yang lepas, perkenalan mereka tidak terhenti di situ apabila Adam selalu datang ke Taska tempat Fauziah mengajar untuk menghantar anak buah.

Anak buah pun handsome macam uncle dia juga tau. Terbayang wajah comel Adrian, anak muridnya di Taska. Rindu pula nak tengok muka comel tu, nasib baik esok dah Hari isnin bolehla bertemu dengan anak anak murid comelnya.

'kalaula aku ada anak comel macam Adrian tu. Hari hari dia mesti cium pipi gebu tu ' detik Fauziah .....

Tapi angan dia terbang melayang apabila telefon bimbitnya berbunyi. 'Isy...kacau je ' getusnya. 😁

Tertera nombor tidak dikenali di layar skrin.
Siapa agaknya yang telefon dia ni?
" Hello...."

" Assalamualaikum.hello Cikgu Fauziah" sapa satu suara di hujung talian.

" Errr....siapa ni ye?" Fauziah benar benar tidak dapat mengecam suara pemanggil itu. Ni bukan suara Yusuf mahupun Zafar ataupun adiknya.

" Ni Adam, your saviour....." Membulat mata Fauziah.

It is love.....?Where stories live. Discover now