BAB 26

19 1 0
                                    

                                  ✧⁠*⁠。

            TEKANAN yang datangnya daripada sang Umi dan abah buat Abang Adam mengubah cara hidup abangnya yang dahulu agak ceria dan kini menjadi murung semuanya berubah dek abangnya mengenali gadis itu. Dulu abang Adam tidak pernah merungut dan membangkang tapi kerana gadis itu abangnya sanggup melutut memohon agar dapat melamar pujaan hati. Sayangnya permintaan itu tidak dapat dipenuhi malah abang nya mendapat tamparan di pipi. Uminya memang tak mempedulikan perasaan abang Adam

Ash faham, mungkin Uminya melakukan itu agar abang Adam tidak salah dalam membuat pilihan. Zaman sekarang ni perempuan baik dan bermaruah sudah tinggal sedikit. Malah yang ada menaruh hati pada mereka kerana mereka kaya. Tiada yang ikhlas.

Oleh kerana itu la Ash berinisiatif mencari gadis itu bagi memberi sikit ceramah dan ugutan.

 Ash membelek telefon apabila bunyi message masuk. Pantas dia membuka peti mesej. Tak lama dia tersenyum puas hati kerana anak buahnya memberikan dia informasi seperti yang dia mahukan. Iaitu keberadaan gadis bernama Fauziah. Dia perlu menemui gadis itu untuk menyuruh gadis itu menjauhi Abang Adam juga demi keselamatan gadis itu sendiri.

Dia mengambil langkah terlebih dahulu sebelum sang Umi bertindak hendak menemui gadis itu. Pasti pertemuan itu akan berakhir di pihak gadis itu yang tersakiti . Uminya itu garang terlebih. Sesiapa yang melihat pasti kecut perut dan berakhir takut

Ini semua salah abangnya juga sebab memohon dan meminta restu untuk menikahi gadis bernama Fauziah tiga bulan yang lalu. Tidakkah abangnya tahu permintaannya itu hanya la sia sia. Mereka telah dijodohkan sejak kecil. Kak Aina kahwin dengan Fahrin pun sebab dijodohkan. Mereka tidak boleh nak membantah.

Cuma dia tak lagi la. Mungkin Umi masih mahu dia menumpukan diri pada kerja. Tapi dia tahu Uminya juga telah menyediakan calon isteri untuk dia.

Dalam beberapa bulan ini abangnya dan sang Umi sering kali bertekak, abangnya juga nampak lesu dan tidak bermaya apabila keinginannya ditentang oleh Abah dan Umi mereka. Sebegitu besar kah rasa cinta abang Adam pada gadis bernama Fauziah. Apa istimewanya gadis itu?

Adrian ada menunjukkan gambar pada dia, gambar Adam, Adrian dan gadis itu kat tepi pantai. Kalau orang lain nampak mesti diorang ingat mereka itu adalah keluarga bahagia. Bila dilihat gadis bernama Fauziah itu tidak la cantik mana. Kak Hawa lagi cantik .

Nada dering iPhone ZY bergema di bilik luas milik Ash. Terpapar nama Izna, setia usahanya.

" Hello, Assalamualaikum boss. " Sebaik saja telefon dilekapkan pada telinga. Suara setiausaha kedengaran.

" Waalaikummussalam, ada apa Izna? " Soalnya tanpa berbasa basi. Malas nak dengar suara gedik minah tu.

Dengar tak dengar je suara Izna yang menerangkan pada dia bahawa semua meeting pada hari esok tak boleh dibatalkan. Terutama kerjasama mereka dengan Mr Thompson dari Lilac Country, Mrs Vivian dari Ruby Country, Mr Leighton dari Tropicana Country dan Mr Uchiha dari Amaterasu Country. Banyak la sungguh meeting yang harus dia hadiri.

Keluhan terlepas selepas mematikan panggilan telefon sepihak. Banyak klien dan  meeting yang sedang menantinya.
Telefon ia lempar ke atas katil hingga tergeletak. Pada masa yang sama seseorang mengetuk pintu biliknya. Dengan rasa malas yang menggunung tinggi, Ash membuka pintu dengan langkah longlai.

Saat pintu dibuka terjengullah muka kakaknya, Kak Aina. Tanpa dijemput wanita itu melangkah masuk ke dalam bilik sang adik.

" Ada apa Kak Aina? " soalnya

" Umi suruh aku tanya kau, mana Abang Adam pergi? Petang tadi harusnya dia pergi fitting baju pengantin dengan Kak Hawa. " Kata Kak Aina, raut wajahnya menunjukkan dia penat dengan masalah keluarga nya yang suka memaksa.

It is love.....?Where stories live. Discover now