✧*。
" KENAPA ni Aira? Yusuf? ada apa apa ke yang tak kena ? " soal Fauziah pada dua orang yang berdiri di sisi dia. Aira meleraikan tangannya dari tangan Yusuf lalu pergi ke arah dia. Apa pula kes kali ni?
" she wants me and you eat together at the same table with them. " Beritahu Yusuf, rambut Aira yang diikat tocang dielus
Jatuh pandangan dia pada si kecil yang menatapnya penuh memohon.
" Aira janji kalau mommy makan semeja dengan daddy Aira takkan minta disuap.
Bolehlah mommy, kita makan kat meja sana ye. Please...." Pinta di kecil siap pakej dengan muka dibuat comel habis sengaja la tu nak guna muka comel tu nak luluhkan hati.
Mata comel Aira merenung dia penuh harap.Terkekeh kecil Yusuf dibuatnya melihat tingkah comel Aira. Dan tidak kah Yusuf sedar dirinya terus saja diperhati oleh kaum hawa dengan penuh damba. Mereka nak makan pun dah tak boleh nak fokus.
Haih....rasa berat punggung pula. Harus ke dia penuhi permintaan Aira. Nanti apa orang kata. Dia ni takde hubungan apa apa yang mengharuskan dia makan semeja dengan Yusuf.
Sudahlah rata rata penduduk kampung Donah menatap dia tidak suka sejak dia pegang title mommy Aira dan Anas. Kata mereka dia sengaja ambik kesempatan untuk lebih dekat dengan Yusuf.
Kata Maya, anak anak dara kampung Donah mengata dia kononnya dia sengaja nak menggedik dan cuba goda Yusuf.
Panas hati dia mendengarnya tapi apa boleh dia buat, dia datang sini nak bergembira bukan untuk cari gaduh. Lantak la mereka nak cakap apa pun. Bukannya betul pun.
Oleh kerana gossip panas,
kalau boleh dia tak nak duduk dekat dengan Yusuf . Kerana dia tak nak dicop perampas.Melihat Fauziah yang keberatan Kak Rai menegur " pergilah Fauziah, tak salah pun. Lagipun kat meja tu kan ramai orang. Alah.. Fauziah kan nak makan dengan anak anak dan suami. " Usik Kak Rai yang disambut tawa dekah Zubaidah dan Fatheehah.
" Apa akak ni....Yusuf ni bukan suami saya la. Dengar dek fans Yusuf karang saya kena serang. Eee....bahaya. " tak sanggup weiii...dahla fans Yusuf banyak. Boleh koma setahun kat hospital kalau dia kena attack.
Bilangan mereka pun boleh tahan ramai. Yusuf ni dah macam artis pula." Kak Rai jangan la cakap bukan bukan. Nanti orang salah faham. Saya dan Fauziah cuma jalankan tugas untuk membahagiakan Anas dan Aira. " Bunyinya seperti Yusuf membela Fauziah. Kak Rai tak marah ditegur begitu malah dia menjongket jongket kening ke arah Fatheehah.
Dengan isyarat mata mengatakan
' I told ya....'" Jom la kita pergi sana. Mesti Aira dah lapar " bangkit dari duduk Fauziah memandang yang ada kat meja itu untuk pamit.
Berlama lama kat situ karang melarat pula soalan dan perbahasan. Lebih baik dia ikutkan saja kehendak Aira. Untuk hari ni saja dia terlibat dengan Yusuf. Lepas ni tak nak.
Dia pun tak kuasa nak terima renungan tajam dari fans Yusuf pandang dia macam dia ni musuh ketat. Ancaman berbahaya untuk diorang.
Yusuf berjalan dahulu ke arah meja hujung dimana Anas dan lain berada. Dia tahu Fauziah mesti rasa canggung bila berjalan bersama dengannya. Dan juga untuk elakkan gosip dari makin hangat.
Dia pun baru sedar warna baju mereka berempat sama bagaikan berjanji untuk memakai pakaian sama. Hal ni pun dah menambah perencah pada cerita pada tengahhari itu.
Fauziah memimpin tangan Aira melepasi meja meja yang masih dipenuhi orang. Mereka mengikut langkah Yusuf walau lelaki itu sudah agak jauh berjalan. Itu lebih baik.
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...