✧*。
BUKAN Zubaidah namanya kalau tidak lincah mengemas isi dalam dapur dan sedap memasak makanan beraneka menu. Sudah dua hari sejak mereka menetap di kampung donah Zubaidah menawarkan diri untuk memasak makanan untuk mereka makan walau orang orang kampung cegah dia berbuat demikian tapi demi keselamatan tekak dan perut mereka Zubaidah tegaskan juga keinginan dia. Lantak la si Dol tu mendongkol geram dan tidak suka akan tindakan dia.
Sedangkan Zubaidah tidak tahu hal itu
tidak terlalu menganggu Pak Dol dan Pak Dol sedang senang hati mengenangkan ika tampak akrab dengan Yusuf. Lelaki itu dah mula berkomunikasi dan tidak menolak kehadiran Ika. Semuanya pasti kerana Ika menolong Yusuf yang terluka parah dalam hutan. Mungkin dari situ hati Yusuf terbuka. Pak Dol akan pastikan Ika selalu di sisi Yusuf.Suka benar Pak Dol melihat Ika dan Yusuf yang serasi bersama sampai senyum tu sampai ke telinga. Ika cantik dan Yusuf tampan . Keduanya juga sama pandai, kerjaya pun ada. Sama sama hebat dalam hal agama.
Orang orang kampung pun menyokong dan suka akan kebersamaan Ika dan Yusuf. Bak kata mereka Ika dan Yusuf bagai cincin dengan permata. Sama cantik sama padan.
Rata rata penduduk kampung menjadikan topik itu sebagai topik hangat di pasaran. Ramai anak dara cemburu akan kedekatan Yusuf dan Ika. Selain itu, mereka tidak rela Yusuf berjalan bersama Ika. Tapi mereka tak boleh nak buat apa. Mereka hanya mampu memandang aje la walau hati mendongkol iri hati
Di mana mana mereka boleh mendengar orang orang kampung membicarakan Yusuf dan Ika lagi lagi bila mereka lihat Yusuf dan Ika keluar berdua ke pasar kerana disuruh Pak Dol untuk beli barang barang dapur dan juga Yusuf meminta untuk menemani membeli ubat herbal.
Memandangkan Ika sangat pandai hal ehwal ubat Ika yang disuruh walau Rayyan atau Nabila Huda menawar diri. Tapi ditolak dengan alasan keselamatan mereka. Dan kenapa Yusuf kerana Yusuf hebat dalam ilmu mempertahankan diri dan mempunyai tali pinggang hitam dalam taekwondo. Boleh diterima ke alasan itu? Jawabannya No!
Selesai memasak Zubaidah meletakkan makanan itu di atas meja lalu ditutup menggunakan penutup makanan bagi mengelakkan dihinggap lalat dan dimakan kucing. Hari ni dia, Amylia, Kak Rai mahu temankan Fauziah mencari sesuatu untuk hilangkan mual dek ubat pelik Mak Robaya.
Dia yang menghidu bau ubat cecair pekat bewarna hijau semalam tu pun rasa nak muntah apalagi Fauziah yang telah tertelan separuh ubat cecair itu. Memang kena tanggung la ubat cecair tu berbekas pada lidah dan dalam leher. Oleh kerana tu kut Fauziah asyik rasa mual.
Pasar , tempat barang barang dapur boleh didapati dan dibeli. Suara hiruk pikuk manusia dengan kegiatan masing masing membeli dan menjual memenuhi setiap gerai.
Juga mereka membicarakan topik hangat tentang pasangan serasi Yusuf dan Ika. Masing masing melempar pujian.Zubaidah, Amylia buat tak endah akan cerita meletup yang sudah tersebar satu kampung sedangkan Kak Rai menyetujui kata kata penduduk kampung siap berhenti semata mata nak korek lebih dalam informasi
" Aku teringin nak makan mangga muda la. Kat gerai mana ek yang jual " ujar Amylia memecah suasana sunyi di antara mereka.
" Mangga muda, ummm...sedap betul bunyinya. Jom la kita cari alang alang kita kat pasar ni " Zubaidah melilaukan matanya untuk mengesan di mana gerai menjual mangga muda. Fauziah turut melarikan pandangan.
" Mungkin ada kat gerai hujung " Fauziah mendahului keduanya membuka langkah ke arah gerai hujung. Selendang ia rapikan kerana ulah angin pantai.
" Assalamualaikum wahai girls, korang buat apa kat sini? " Rayyan datang datang menyoal sambil membetulkan rambut hitamnya yang kusut. Kemungkinan lelaki itu berlari, lari kenapa?
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...