BAB 6

30 1 0
                                    

 
                                 ✧*。

            DI SEBELAH PETANG mereka tidak meneruskan game, sebaliknya mereka mengadakan rombongan berjalan jalan bersama untuk melihat keindahan Pulau Permata itu dan mengelilingi kedai kedai barangan juga mereka berjalan ke Resort untuk bergambar di sana bukan hanya bergambar rupanya Adzlan sudah menyiapkan tempat untuk mereka mengadakan pesta barbeku pada esok malam nanti.  Diorang tak buat malam ini sebab katanya mereka mahu rehatkan diri dan mahu melihat suasana malam dari dalam bilik dengan santai.

Segala barang barangan keperluan menarik perhatian Fauziah yang dijual di kedai kedai berderet, dia terfikir mahu beli baju tidur, berus Gigi dan lainnya.

Ye memang mereka telah pergi ke rumah maknya lalu mengambil barang barang keperluan dia. Namun masalahnya baju yang diletak maknya hanya sikit. Baju tidur pun tiada.

  Malam tadi dia terpaksa tidur dengan baju dia selalu pakai jalan jalan atau ke mana mana. Nak tidur dengan bathrobe?
Tak ke naya tiba tiba ada lelaki ketuk pintu dia lepas tu,...oh No! Tak sanggup dia bayangkan lelaki itu melihat cara pemakaian dia yang tak cukup kain.
Tak pe la juga kalau perempuan yang datang.

Sesudah meminta izin pada Syarah,Zafar dan pada yang lain sebelum mereka membuat keputusan mahu pulang ke bilik hotel masing masing sebab mahu mandi dan berehat sebentar sebelum berpesta barbeku, Fauziah pamit hendak membeli barang keperluan. Seperti budak budak yang baru terlepas dari kungkungan kedua ibu bapanya, Fauziah berjalan dengan riangnya pergi ke satu kedai dan kedai lainnya. Zafar dan Syarah izinkan dia berkeliling sendiri asalkan lepas beli terus balik ke hotel.

Rambang mata Fauziah melihat banyak baju tidur yang cantik, dibelek belek baju tidur satin yang terdapat berbagai warna.
Pilihan Fauziah jatuh ke warna purple,dark blue, maroon, pink. Tapi dia cuma mahu beli dua, buat apa nak beli banyak banyak tempoh mereka di sini hanya sebentar. Membazir la kan, baju tidur dia kat rumah pun dah banyak. Fauziah melihat keempat baju itu, sayang pula kalau tak beli.

" Kenapa pandang baju baju tu je? Tak nak beli semua ke? " Fauziah sangkakan pertanyaan itu datangnya dari salesboy tadi yang menyambut kedatangan dia. Dia tak beri respon masih duk memikir. Salesboy ni pun bukannya nak beri dia sedikit masa mahu memilih dia bukannya mahu bawa lari pun. Tak sabar sungguh.....

" Kejap,..tengah buat pemilihan ni. Saya tak boleh beli keempat baju ni sekaligus. " Sahutnya tanpa menoleh ke arah pemilik suara yang berdiri di sisinya. Ralit sangat tengah menimbang nimbang mana satu patut dia ambil,

" Warna purple ke, warna dark blue ke
maroon? Pink pun cantik juga. Mana patut aku pilih ek?" tanya dia lebih kepada diri sendiri, monolog tapi terluah pula kat bibir.
Adam tersenyum kecil. Adrian di sebelahnya
menekup mulut bagi menahan tawa.

" pilih la warna pink, nampak sesuai kat
  awak. "

Fauziah mengernyit heran, bagus betul salesboy ni. Setia menemani dia dan siap
bagi cadangan pada dia. Salesboy ni boleh jadi pedagang yang hebat. Tapi sayangnya saranan salesboy itu Fauziah tak setujui.

" No, I don't want pink...I'm more into
  purple and dark blue. "

Adam masih betah mengusik Fauziah, tidak berniat mahu akhiri .
" Then why you not choose those two? " 

Rimas benar dia asyik ditanya tanya dari tadi. Salesboy ni tak bagi dia langsung privacy. Menganggu je la.
" awak ni bany......"
Kata kata dia tak jadi mahu diteruskan apabila saat menoleh bukan wajah salesboy yang terpampang tapi muka Adam, dan
jangan lupakan Adrian yang juga ada di situ. Budak itu tertawa kecil lalu buat gaya peace pula.

Satu yang dia sedari pada Adam sejak minggu lepas adalah muka lelaki itu semakin tirus, warna kulit lelaki itu memang putih tapi tidak seperti biasa. Wajah Adam pucat lesi. Apakah lelaki itu sakit?

It is love.....?Where stories live. Discover now