╹ .✧. ╹
✧*。
LAJU benar Amylia bangkit dari duduknya sebaik sahaja menerima mesej daripada Rayyan bahawasanya Fauziah sekarang dah dijumpai dan berada di dalam bilik cuma gadis itu dilanda demam. Kerusi yang diduduki Amylia menghasilkan bunyi yang cukup kuat sampai menarik perhatian rakan rakannya. Zubaidah dan Fatheehah menggeleng perlahan, hailah minah sorang ni tak boleh kontrol rasa panik tu ke. Mereka pun cemaskan Fauziah dan mahu segera berjumpa dengan gadis itu tapi tak la macam si Amylia ni. Nanti apa pula yang lain fikir. Mereka mahu kejadian Fauziah hilang tidak diketahui ramai. Kang diorang tuduh Fauziah mengada dan menyusahkan mereka.
Amylia tersengih kerang busuk pada orang orang yang meliriknya.
" aku sakit perut, nak cepat ke tandas.
Bye bye..." Usai berkata begitu Amylia bergegas membuka langkah sembari memegang perutnya yang kononnya sakit. Lantaklah diorang nak percaya ke tak.Zubaidah memerhati rakan rakan untuk melihat reaksi mereka.
Nampaknya diorang percaya. Alhamdulilah
Nasib baik kalau tak jenuh nak reka seribu alasan.Fatheehah pula sengaja menekan ringtone call bagi berpura pura kononnya ada yang call. Gadis itu bangun dan berjalan jauh usai pamit pada Zubaidah sambil sibuk bercakap dengan si pemanggil. Tidak peduli rakan rakan memerhati tingkah mereka
Zubaidah kagum akan cara Fatheehah, tidak la yang lain curiga. Kini tinggal dia seorang kat meja. Dia nak buat apa?
" Kau nak pergi mana, Zubaidah?" Soal Amir Fikri saat gadis itu juga bangun daripada duduk. Makanan ketiga gadis itu langsung tak habis pun.
" Aku nak naik bilik, " sahutnya ala kadar. Tak menipu, dia malas nak cipta alasan
" Kenapa tak habiskan makanan? " Soal Aiman.
Zubaidah menghela nafas lelah, kena soal pula. Rakan rakan reunion ni memang busybody betul
" Diet, okay la aku naik dulu bye bye " Tanpa menoleh lagi dia membuka langkah lebar untuk ke bilik Fauziah. Dia tak sabar mahu tahu keadaan gadis itu. Kenapa Fauziah boleh demam?
Aiman , Amir Fikri dan lainnya saling pandang kerana mereka pelik akan tingkah ketiga gadis itu yang tak seperti biasanya.
" Kenapa tu? " Soal Kumar
" Entah " kata Nazni
-=-=-=-=-
Dr Laila menyimpan segala alatan perawatan ke dalam beg sandang hitam setelah selesai memeriksa keadaan gadis itu yang sedang tertidur di katil hotel. Dia terpaksa memasang IV drip pada tangan gadis itu untuk memasukkan air ke dalam badan kerana gadis itu kekurangan air.
Tak sia sia Dr Laila membawa peralatan nya ke sini rupa rupanya berguna patutlah dia rasa ringan hati nak bawa rupanya dapat digunakan merawat gadis ini.
Yusuf yang menyedari wanita yang merawat Fauziah telah selesai, dia bangkit daripada duduk untuk mengucapkan kata pada wanita itu. Mereka sangat menghargai kebaikan wanita itu.
" Terima kasih Dr sebab tolong kami, tak sepatutnya kami ambil masa anda sedangkan anda sedang menikmati cuti anda. Kami minta maaf. " Ucap Yusuf
Dia boleh saja menelefon doktor lain untuk datang ke sini atau boleh saja dia bawa Fauziah ke klinik tapi Dr baik hati ni terlebih dahulu menangani Fauziah.Cerita dia begini semasa mereka berjalan nak masuk hotel Yusuf dan Rayyan tidak sedar Fauziah jatuh terduduk di lantai memandangkan mereka berjalan di hadapan Fauziah. Mereka berbuat begitu kerana mereka tahu gadis itu segan dengan mereka berdua Dan memilih berjalan di belakang mereka
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...