✧*。
" JADI KAU LAH suami kepada gadis ni " kata Nenek tua bongkok itu dengan tatapan menyelidik. Ditenungnya Yusuf dari atas hingga ke kaki. Menilai pemuda itu dengan mata tuanya. Dia berdecak kagum akan rupa Yusuf yang sangat kacak dan menawan. Paras rupa elok yang menjadi kegilaan dan idaman semua wanita. Tapi kalau pun muka handsome perangai buruk, baik tak payah!Tapi pemuda ini dia sangat tahu dan mengenali lelaki ini dengan baik. Cucu menantu idaman si Dol. Tak sangka lelaki itu dah kahwin. Melepas la si Dol. Padan muka!
Haih...kat sini pun ke orang mesti salah faham lagi. Tak cukup hanya Doktor Afiq yang salah faham. Kenapa la Rayyan ni masih tak faham akan hubungan sebenar dia dan Yusuf. Berapa kali lagi dia harus terangkan. Mamat tu tak faham bahasa melayu agaknya. Kenapa Rayyan mesti berkata begitu pada Nenek tua itu? Fauziah frustrated dibuatnya.
Yusuf melirik pada Rayyan yang ada di sampingnya. Dia agak mesti Rayyan membeberkan hal itu kerana dia tak yakin yang Fauziah mahu memberitahu status palsu itu. Lagipun tiada keuntungan pada gadis itu kalau dia beritahu. Dari mimik muka Fauziah yang macam nak cekik Rayyan, dia dah tahu. Rayyan orangnya.
Mamat sorang ni tak faham faham. Dah berkali kali dia dan Fauziah terangkan masih juga berdegil tak mahu percaya. Ingat ni drama TV3 ke? Nak berahsia hubungan bagai. Ada juga yang kena ketuk dengan kayu ni biar otak kepala lelaki itu berfungsi dengan baik semula.
" Aku takkan izinkan korang balik lagi melainkan kamu semua tolong aku bawa kayu dalam guni ni ke rumah aku. " Ujar Nenek tua bongkok itu yang lebih kepada mengarah mereka.
" Jangan risau rumah aku tak jauh sangat. Dekat je . " Ujar Nenek tua bongkok itu lagi apabila terpandang wajah malas Rayyan.
" Berapa guni kayu nenek?" Soal Yusuf
" 3 " jawab Nenek tua itu " tapi kau jangan risau aku takkan suruh isteri kau ni bawa guni berisi kayu tu. Aku tak nak tanggung risiko dengan dipersalahkan jika dia keguguran ke nanti. kita semua mana tahu kalau kalau isteri kau ni mengandung ke. kan,? " kata Nenek tua seraya mengambil satu guni berisi kayu yang berat.
Fauziah sikit je lagi nak ter sembam ke tanah sebab salah melangkah dek mendengar kata kata Nenek tua bongkok itu.
Dia mengandung? Mustahil. Kahwin pun belum macam mana nak mengandung. Nenek tua itu merepek aje. Fauziah melirik Yusuf untuk melihat reaksi lelaki itu.
Relaks je. Macam hal itu perkara biasa bagi lelaki itu. Namun dia tahu pasti Yusuf bengang sekarang kerana dicop suami kepada dia.
Sorry Yusuf.....
Makin menggunung rasa bersalah dia pada lelaki itu. Dah setinggi Gunung EverestTerbit rasa hendak ketawa pun ada mendengar celoteh Nenek tua itu. Kalau Zafar dan Syarah ada di sini pasti mereka akan ketawa terbahak bahak. Ye la dulu Doktor Afiq ingat anak dia dan Fauziah ada 2 sekarang nenek tua itu mengira Fauziah mengandung anak dia. Yusuf rasa geli hati .
Rayyan pula mengangguk setuju dengan ujaran Nenek tua bongkok itu siap berborak lagi sepanjang perjalanan ke rumah Nenek tua itu. Aik...sejak bila Rayyan ngam dengan Nenek tua itu? Bukankah tadi Rayyan tampak takut dengan Nenek tua itu? Apa apa je la Rayyan asalkan kau bahagia.
Rumah kayu yang tinggi, besar dan agak luas di tengah tengah hutan itu rupanya milik Nenek tua itu. Rumah itu tampak usang dah macam rumah hantu pula. Nasib ada lampu dari solar yang di connect pada batteri kereta yang besar sehingga boleh menampung 3 lampu bulb. Terang jadinya.
Mereka bertiga dijemput naik ke atas memandang kan hujan masih lebat. Pada mulanya Yusuf menolak pelawaan Nenek tua itu tapi Nenek tua itu tetap berkeras menyuruh mereka masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...