BAB 8

31 1 0
                                    


✧*。

KAKI rasa kejang dan susah hendak digerakkan, tapi walau nak gerak seinci pun rasanya sakit. Dia cuba menahan sakit saat cuba meluruskan kakinya tak peduli seluar tracksuit hitam kotor terkena pasir. Dia menstatikkan kakinya begitu dan berusaha tak bergerak tanpa menyedari wajah risau, panik dan sedih Adam dan Adrian.

" Are you okay, Fauziah? Kaki awak
kenapa? " Adam jadi jatuh kasihan pula apabila Fauziah sedari tadi dia lihat dahi gadis itu berkerut mungkin kerana menahan sakit. Adam harus bagaimana? Nak tolong, tapi dia tidak tahu sakit gadis itu.

" Cikgu......" Adrian seperti mahu menangis, wajah comel Adrian memerah mungkin kerana cuba menahan tangis tapi tak pula ia hamburkan keluar.

Semua nya sebab uncle Ash ada kata kat dia bahawa lelaki macho tak boleh nangis. Dan dia mahu menjadi lelaki macho dan hebat. Walau begitu Adrian tak sanggup melihat orang yang dia sayang dalam kesakitan, air mata sulit hendak dia tahan. Biasalah kan budak budak. Adrian mahu tolong cikgu Fauziah tapi dia bukan doktor.

" I'm okay, no worries. Hal kecik je ni. Kaki saya cuma cramp. Ianya bukan penyakit serius. Kejap lagi kaki saya akan elok sendiri. Awak berdua jangan risau, I just need a few minutes untuk redakan kejang kat kaki saya"
Jelas Fauziah dengan mimik muka dibuat ceria. Sempat lagi dia mengusap kepala Adrian.

Angin pantai yang membawa udara sejuk, menghadirkan rasa kantuk pula. Sekarang ni dia hanya mahu bantal dan selimut. Mesti best ni kalau tidur konferm tak bangun hingga subuh. Fauziah memejamkan mata, niat dia cuma mahu menghayati suasana pantai. Jangan dia tertidur sudah...

Adam tak melepaskan pandangan dari merenung raut wajah itu. Dipandang dengan perasaan yang berbaur antara rasa kasih, sedih, kecewa dan marah pada diri sendiri sebab tak mampu berbuat apa apa untuk meredakan sakit yang dirasakan gadis itu. Ikutkan hati nak sahaja dia angkat Fauziah lalu ia ingin bawa ke klinik atau hospital terdekat tapi dia tidak boleh berbuat demikian.

Pandangan Adam beralih pula pada Adrian yang terus menerus melihat cikgu kesayangan nya dengan mimik muka sedih. Kepala sang anak buah diusap pelan. Adam terkejut melihat wajah comel Adrian dipenuhi dengan linangan air mata saat si kecil mengangkat pandangan untuk memandang ke sisi dia.

Tapi Adrian tak pula memandang dia. Dirasakan ada satu figura duduk di sisinya dan seorang gadis yang duduk bersimpuh di kaki Fauziah.

Bau minyak angin menyengat menusuk ke dalam hidung. Dia melihat lelaki bercermin mata di tepinya. Siapa agaknya lelaki ini?

Laju benar Fauziah membuka mata apabila dia merasakan kakinya disentuh oleh satu tangan. Dia meringis kecil pada masa yang sama terkejut dengan sentuhan itu ditambah dengan rasa sakit sedikit.

" Ehh... Hasya.......a...pa....."

" Sakit ke? Saya urut kaki awak pelan
pelan ye " ujar Hasya seraya memperlahankan urutan di kaki Fauziah.

" Tapi kaki saya mak....."

" Jangan banyak cakap, just stay still.
Hasya tengah urut kaki awak tu. " Celah Yusuf langsung tak memberi peluang pada Fauziah untuk menghabiskan kata kata.

Nak aje Fauziah memprotes kat situ dengan membalas balik kata kata Yusuf dengan kasar.
" Saya tak nak di....."

Lagi dan lagi kata kata nya dipotong tapi kali ini bukan Yusuf tapi Adam.
" Fauziah,... Listen to us please. Kaki awak perlu diurut tu supaya kaki awak cepat baik.
Don't make any protess. Just be quiet and process mengurut ni won't be long. Sabar ye" pujuk Adam dengan penuh kelembutan.

Hasya pula yang menarik sengih lebar bila melihat adegan sweet suami isteri itu secara live. Sweet melebihi drama melayu, dapat dia lihat sang suami merenung isteri dengan penuh kasih. Hmm.... dia pun nak juga.
Nanti dia suruh Mikail jadi lelaki sweet untuk dia la. Jap lagi dia call hehehe....

It is love.....?Where stories live. Discover now