✧*。
KAMPUNG DONAH digemparkan dengan kedatangan orang orang yang mereka tidak alu alukan kehadiran mereka. Sebaik sahaja Yaakob memberitahu akan ketibaan para lelaki businessman itu mereka dilanda rasa panik dan cemas. Semua penduduk kampung berkumpul di rumah Pak Dol dan Mak Senah meninggalkan kerja dan kegiata mereka
Yusuf, Zafar, Nazni dan Riedzman tidak pelik akan keadaan itu kerana mereka sedia maklum. Pak Dol sempat memberitahu mereka bahawa ada businessman hendak membeli pulau ini dengan bayaran yang sangat mahal.
" Zafar, Yusuf kenapa? Kenapa penduduk kampung nampak panik? What happen?" Soal Ain. Melihat penduduk panik dia pun ikut panik juga. Ada sesuatu merbahaya akan datang ke?
' Ya Allah, lindungi la kami ' doa Ain dalam hati.
" Kampung kena serang ke?" soal Syafina pula. Dalam kepala dah terbayang orang orang jahat mengepung pulau itu lalu membunuh mereka menggunakan senapang dan pistol. Sudah terbayang badannya akan ditembusi peluru seperti dalam filem aksi.
Oh no!... Dia tak sedia nak mati! Dia tak kahwin lagi kut." Guys calm down. Nothing bad will happen.
Cuma ada beberapa businessman datang nak jumpa Pak Dol mungkin " sahut Zafar
untuk menenangkan para sahabat daripada rasa takut dan mencegah mereka berfikiran negatif." Then kenapa penduduk kampung perlu cemas dan takut? " Soal Nabila dengan tona suara yang panik
" Businessman tu mafia ke? " Tanya Adzlan dengan nada takut sesekali melirik kawasan sekeliling mereka. Manatahu ada musuh sedang bersembunyi di mana mana seperti di belakang pokok besar tu dan sedang membawa senapang. Juga senapang itu akan dibidik ke arah mereka.
" Jangan la overthinking lan. " Ujar Amir Fikri tak suka dengan kata kata Adzlan. Dia pula yang seram. Semoga apa yang dikata Adzlan tu tak betul. Dia tak nak jumpa dengan orang bernama mafia. Mereka manusia kejam.
Nauzubillahiminzalik. Minta dijauhkan..
" Bukan la. Businessman tu nak beli pulau ni and penduduk kampung tak nak diorang beli sebab diorang sayang kat pulau ni and because of that penduduk kampung rasa cemas dan takut. " Jawab Yusuf.
" Ohhh.... ingatkan apalah. "
Wajah lega kini terpapar di wajah masing masing .
" Mereka datang!!!" Umum Pak Man selaku bendahara Kampung Donah.
Yusuf dan yang lain memanjangkan leher melihat gerangan businessman yang mereka sempat kira tua, perut buncit, bermisai tebal dan botak
Mereka selain Yusuf, Zafar, Nazni dan Riedzman langsung tidak melihat kelibat ciri ciri yang mereka gambarkan itu malah yang dilihat mereka ialah pemuda kacak yang tinggi bersama pengikut pengikut lelaki itu yang turut sama muda. Mereka sebaya ke?
Yusuf sangat kenal pemuda itu. Well, siapa je tak kenal, lelaki itu sangat terkenal di dalam dunia business. Mereka pernah menjadi rakan business dahulu. Tuan muda Ammar Mikael adalah anak kepada Tuan Besar Aniq dan Puan Besar Hariesa
Memang tidak mustahil Ammar Mikael boleh memiliki AI paling tercanggih di Japan dan Jet peribadi yang harga juta apalagi hendak beli pulau ini Tuan muda sorang tu memang terlebih mampu. Yang Yusuf tidak paham kenapa lelaki itu mahu beli pulau ini? Apa yang istimewanya.
Pak Dol menjemput lantas menyambut salam pemuda itu. Suka tak suka Ammar tetap tetamunya juga. Para cucu cucu perempuan enggan menghidang minuman pada tetamu yang mereka tidak ingini itu.
Pada masa yang sama Amylia, Zubaidah dan Fauziah mengambil tempat di antara rakan rakan mereka sambil mengibas ngibas muka dengan kotak nipis yang mereka ambil di atas meja kecuali Fauziah kerana di atas meja hanya terdapat satu kotak kecil itupun Amylia dan Zubaidah kerat jadi dua. Zubaidah hendak kerat kotak untuk diberi pada dia tapi dia halang. Kalau Zubaidah berbuat demikian alamatnya tinggal kecik je.
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...