BAB 31

21 1 1
                                    

                                 ^  ✧  ⁠^

    
                AGAK sengit juga perlawanan di game kedua ini kerana keempat gadis itu sama hebat dan mahir dalam selok belok perihal makanan . Acap kali kedua group itu meneka nama makanan dengan benar sehingga markah mereka hampir seri namun Rasyidah tersalah langkah menyebabkan mereka kehilangan satu point. Kecewa memang kecewa tapi diorang tak boleh nak buat apa. Akhirnya, 2nd game dimenangkan oleh group 1 .

" Takpe yang penting kita dah buat yang terbaik. Don't be sad mungkin bukan rezeki kita. " Pujuk Amylia pada Rasyidah yang tampak lemah semangat.

Walau group 4 tidak menang namun ahli ahli group 4 tetap bersorak sakan dan mereka bangga dengan Rasyidah dan Amylia.

Hafiz Hadi memanggil Fauziah untuk mengikuti nya ke arena pertandingan kerana giliran mereka dah sampai.
Nak tak nak Fauziah kenalah pergi juga
dengan bacaan Bismillah dia melangkah ke kawasan pertandingan.

" Good luck Fauziah, Hafiz..." Ucap Kumar bagi menyemagati rakan seteam nya.

" Go ! Go ! G4 !!" Semangat Rasyidah dah kembali sebab tu dah boleh jerit sampai terkeluar anak tekak. Kumar hanya mampu gelengkan kepala saja. Bingit pun bingit la asalkan gembira.

Rayyan tak boleh nak kata bila mendapati Fauziah berdiri di tengah tengah arena pertandingan berdekatan Hafiz Hadi.
Baru tengahhari tadi dia nampak gadis itu terbaring sakit alih alih tak sampai 3 jam gadis itu berdiri di tengah permainan. Tak takut ke kalau jatuh pengsan lagi ?

Membulat mata Fauziah apabila mengetahui lawan dia dan Hafiz Hadi adalah Yusuf dan Zafar . Walau begitu cepat cepat ia kawal reaksi wajahnya.

Terukir sengih lebar di bibir Rayyan saat mendapati Yusuf turut ada di 3rd game itu. Dia tak perlu bimbang kalau kalau Fauziah jatuh ke apa ke sebab Yusuf ada dekat dengan gadis itu. Kerana dia tahu Yusuf takkan biarkan isterinya.

Rayyan rasa kalau ada award tahunan untuk kategori suami paling sweet confirm Yusuf yang dinobatkan. Sejak akhir akhir ni perasaan kagum dia pada Yusuf makin kuat. Kawan dia yang sorang tu layak bukan setakat layak tapi patut dijadikan idola.

" Sekarang kita berada di 3rd game iaitu
' I challenge you.....' . Peserta kita pada petang ni adalah Yusuf dan Zafar dari group 1 ,
dan kita ada Hafiz Hadi dan Fauziah dari group 4. Untuk permulaan korang kena osom dulu untuk menentukan siapa yang akan mencabut kertas terlebih dahulu. " Maklum Hasya

Haura setia memegang balang kecil yang berisi kertas kertas kecil.

Zafar dan Hafiz Hadi mara ke tengah gelanggang. Dan mula mengangkat tangan seperti diarahkan oleh Hasya

" Osom....." Zafar menunjukkan batu dan Hafiz Hadi pula kertas

" group 1 akan melakukan pencabutan , Zafar sila ambil satu kertas dan sila baca apa yang tertulis and kalau nak baca tu sila tambah I challenge you sebab kau kan nak challenge group 4 iaitu Hafiz Hadi dan Fauziah. " arah Hasya

Zafar mengangguk faham.
" Ok...." Bersamaan dengan itu kertas kecil itu dibuka . Mata Zafar yang sememangnya sepet tiba tiba mendadak menjadi besar. Terkejut mungkin. Semua tertanya tanya sendiri. Apa agaknya tu???

" Zafar sila baca...time is running. Tolong jangan lengah lengahkan masa " pinta Hasya

" Zafar cepatlah bagitahu kitorang.
Apa jenis challenge kau dapat? " Gesa Aisyah

Terlepas tawa Zafar , nak cakap rasa malu.
" Ok... hahahah....Group 4 I challenge
you to  hahaha..... " tawa terlepas lagi.

Semua ikut ketawa melihat Zafar lawak sangat ke apa yang tertulis kat kertas kecil tu.

It is love.....?Where stories live. Discover now