✧*。
SUDAH dua hari sejak hari bertragedy berlaku. Kini mereka mampu menarik nafas lega dari bayangan mimpi buruk akibat kesan penculikan. Terutama dengan suasana kampung yang baru dan semestinya pemimpin pun baru. Penduduk kampung pun tampak lebih bahagia dan damai dari sebelumnya. Rakan rakan reunion pun dah mula berbaik dengan para penduduk kampung. Mulanya agak susah kerana trauma, nak berinteraksi dengan penduduk kampung Donah pun mereka enggan dan rakan rakan reunion nya lain jadi susah untuk percayakan penduduk kampung Donah lagi namun berkat keyakinan Yusuf pada penduduk kampung Donah, mereka cuba memaafkan.
Bukan kah saling memaafkan itu indah.
Sebab tu la Yusuf memujuk mereka berdamai lagipun katanya ini semua angkara Pak Dol sendiri. Penduduk kampung Donah hanya terikut.Bermacam macam juga yang berlaku sepanjang 2 hari itu. Salah satunya perlucutan jawatan Pak Dol sebagai ketua kampung dan pemimpin kampung Donah. Digantikan dengan Pak Yaz, tok Imam kampung. Lelaki tua itu terpilih bukan kerana dia imam tapi kerana sifat dia yang penyabar, selalu dahulukan Allah S.W.T daripada segalanya dan lelaki itu juga baik.
Entah bagaimana keadaan Pak Dol dia tidak tahu, kali terakhir dia nampak pun bilamana lelaki tua itu baru keluar dari klinik. Keadaan Pak Dol cukup parah juga. Dengan muka babak belur, lembam sana sini, tepi bibir pecah, paha yang berbalut sampai lelaki tua itu terpincang nak jalan. Siapa yang buat Pak Dol sampai jadi begitu?
Juga salah satunya adalah sandiwara mereka semua yang diarahkan oleh Nek Kiki. Drama mereka nak dekat habis dah sebab puncak episod drama ini di mana sesi sidang penghukuman ke atas Pak Dol dan sesi perlucutan jawatan serta penduduk kampung Donah meminta maaf pada mereka semua.
Keluhan nafas berat terlepas dengan lelah. Memikirkan peran atau wataknya yang amat berat dilakonkan. Nak aje dia tukar peran dengan rakan rakan reunion yang lain.
" Fauziah,..." panggil Fatheehah seraya menghulur tupperware berisi kuih bebulu donat.
Oh lupa pula, dia, Fatheehah, Amylia Zubaidah ada kat tepi sungai bersama dengan anak anak dara kampung. Mereka bukan lebih tepatnya Thea, Lila dan bunga ditugaskan membasuh langsir dewan yang bilangannya agak banyak belum lagi termasuk 10 alas meja yang lebar. Memang berkampung la anak anak dara kampung kat sungai tu.
Oleh kerana hati murni Fatheehah yang berniat mahu menolong ketiga gadis kampung itu lagipun diorang takde kerja diheretnya Amylia dan Zubaidah. Kenapa dia boleh ikut? Sedangkan mereka tak bagi ikut sebab kononnya dia masih dalam mode pantang. Senang je, dia yang berkeras nak ikut lagi lagi alasan diorang yang sebenarnya sebab nak menyorok dari Nek Kiki. Malas katanya nak diarah berlakon. Itu menguatkan alasan dia mahu ikut. Ketiga orang itu tak boleh nak kata tidak.
Watak mereka pun tak kurang beratnya oleh sebab tu kalau boleh diorang tak nak terserempak dengan Nek Kiki. Pengarah mereka hehehe....
Mata bulatnya ia larikan untuk melihat sekeliling kat sungai tu. Dan matanya jatuh pada manusia manusia yang bising bagaikan tak pernah masuk dalam air sungai siapa lagi kalau bukan si Rayyan, Mustaqeem, Aiman, Kumar dan Riedzman yang sedang bermain kejar kejaran dalam air. Dah macam budak budak.
Haih....para rakan perempuan reunion pun ada kat sini. Comel je mereka bergosip sambil main percik percik air. Ain, Syarah, Syafina, Fatima dan Aisya sibuk berselfie. Gembira la tu ada nak update profile picture yang baru.
Dan si cantik artis Febby yang cantik dengan outfit sibuk dengan dunianya berpose bak model dan dipotret oleh Angga yang merangkap photographer tak berbayar gadis itu
Berlainan dengan Ali yang ralit memotret khazanah alam dengan DSLR Canon.
Macam macam la telatah diorang tu yang mencuit hati.
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...