◍✧*◍
ANGIN bertiup sedikit kuat, hujung tudung selendangnya menari nari mengikut gerakan angin. Angin membelai pipinya hingga dia merasakan udara di sekitar Arrietty Village sangat sejuk dan menyenangkan tapi semua itu tidak mampu menghilangkan rasa keterkejutan nya akan satu permintaan Adam yang membuat dia bungkam di tempat. Permintaan yang tak terlintas di fikirannya. Kahwin dengan Ash?
Sangkanya Adam akan meminta dia menerima cinta lelaki itu dan berharap dirinya akan mahu kahwin dengan lelaki itu namun sangkaan dia meleset.Terdiamnya Fauziah di tempat seraya menatap Adam mengharapkan permintaan lelaki itu hanya sebatas gurauan dengannya tapi Adam juga menatap dia dengan raut wajah serius menandakan lelaki itu tidak bergurau. Dia pun tidak melihat ada tanda tanda gurauan di situ.
" Itu permintaan pertama dan terakhir saya untuk awak, Fauziah. Please ... Kahwin dengan Ash. " Ujar Adam sembari berdiri dan membuka langkah untuk menghampiri Fauziah. Entah apa yang lelaki itu mahu lakukan hingga la Adam berdiri di samping Fauziah yang sedang duduk di kerusi
Tiba tiba Adam menjatuhkan diri lalu melutut disamping Fauziah.
" Astagfirullahalazim, Adam! What are you doing? Jangan melutut, bangun ....! " Fauziah terkejut akan kelakuan Adam yang tak terduga. Adam melutut sudahlah lelaki itu sakit.
Kalau ada orang melihat ni pasti akan salah faham, mungkin fikir mereka Fauziah menganiaya Adam hingga lelaki itu sanggup berlutut di hadapan dia
Cepat Fauziah bangkit daripada duduknya, kerusi ia tolak ke belakang bagi memberi dia banyak ruang untuk berlutut sama di depan Adam guna membantu lelaki itu untuk berdiri.
Tapi sepertinya Adam tidak mahu malah bertindak menyatukan kedua tangan lantas memohon dengan muka sedihnya.
" No, I won't stand up until you wanna fulfill my last wish " Adam takkan bangun selagi Fauziah tak kata ya. Adam sanggup buat apa sahaja agar rancangan dia berjalan dengan lancar. Majlis kahwin tak boleh batal dia tak nak usaha dia menjadi sia sia
Fauziah memijit dahinya yang pening menghadapi sifat keras kepala Adam yang tak pernah ia hadap dulu.
" Adam .... "
" I beg you,... Fauziah. Tolong penuhi permintaan saya. Tolong jangan tolak permintaan saya sama seperti yang Abah dan Umi lakukan pada saya. Ianya sakit ... " Kata Adam bersama air mata yang bertakung di tubir mata. Lelaki itu mendongak ke arah Fauziah sambil tak henti henti memohon.
Bukan saja saja dia menangis di depan Fauziah namun Adam teringat akan kenangan pahit dalam memori yang telah cuba ia lupakan di mana dia menyuarakan permintaan dia pada kedua ibu bapanya tapi penolakan yang dia dapat. Kata Uminya, segalanya telah wanita itu atur buat dia hingga kata Uminya permintaan dia tak membawa kebaikan.
Hati dia memang terluka, tapi yang dia tak faham salahkah dia meminta pertimbangan untuk dia mengejar cita-citanya sebagai doktor. Adam tak minat dengan business .
Namun apalah dayanya.Jika dia tetap bersikeras untuk mengejar impian dia sang Umi mengugut untuk memotong duit belanja dan menghantar dia belajar di luar negara. Adam tak nak,
dia tak mampu berjauhan dengan keluargaAir mata Fauziah meleleh dengan sendiri mengalir membasahi kedua pipinya. melihat keadaan Adam yang sangat jauh beza dengan keadaan lelaki itu dahulu, terlalu banyak perubahan terjadi.
Adakah Adam bersungguh- sungguh dengan permintaan pelik itu sampaikan sanggup berlutut demi sebuah keinginan. Terbit di benaknya apakah begini yang dilakukan oleh Adam apabila meminta sesuatu pada parents dia?
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...