✧*。
BERLARIAN ke sana ke sini sambil membawa baldi kecil yang berisi air demi memadam api marak yang memakan tiga buah rumah kayu. Orang ramai kini riuh cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam rumah kerana jalan keluar dihadang oleh api.
Teriakan demi teriakan memenuhi kawasan itu menggesa lebih ramai orang datang membantu dan meminta orang ramai membawa air.
Tangis kanak kanak turut mendominasi dengan suara suara manusia dewasa yang menjerit minta tolong.
Zafar menarik Mustaqeem, Aiman dan Kumar untuk meredah masuk salah satu rumah untuk menyelamatkan pak tua yang uzur. Lelaki itu juga arahkan Yusuf, Hafiz Hadi, Nazni dan Amir Fikri menolong yang lain mengambil air. Baldi turut disua pada mereka.
Namun langkah Yusuf yang mahu mengikuti sahabat sahabat nya terhenti kerana satu remaja lelaki menarik bajunya dengan raut wajah penuh air mata. Muka remaja lelaki itu comot.
" Kak Ika.....dia ada dalam rumah tengah tu. Dia....dia tolong aunty Clar dan adik chacha tapi diorang terperangkap dalam rumah tu.
tolong mereka abang Yusuf....." ujar remaja lelaki itu sambil menahan tangis." Cepat abang Yusuf! abang kena selamatkan Kak ika ..." Remaja lelaki berusia 11 tahun itu menarik tangan Yusuf supaya lelaki itu segera mengikutinya.
" Korang pergila ambil air. Aku nak tolong Ika dulu. I'll be back. " Ujar Yusuf pada Hafiz Hadi, Nazni dan Amir Fikri yang terkebil kebil sambil memegang baldi sederhana besar.
Mereka hanya menghantar pemergian Yusuf bersama remaja lelaki itu dengan pandangan. Mereka langsung tak halang. Kalau dah Yusuf nak tolong kan buat apa nak halang.
Tak lama Rayyan datang dengan raut wajah panik macam kucing hilang anak.
" Kau kenapa Rayyan? " soal Amir Fikri
" kau boleh tanya kenapa... mangsa kebakaran makin banyak. Yang korang tercegat je kenapa. Jom kita pergi kat rumah hujung sana. " Bengang pula Rayyan bila ditanya lagi sedangkan mereka dah tahu situasi sekeliling tegang.
" Jom..." Ajaknya
TERBIT rasa sesal pula dalam hati Fauziah kerana dia dengan senangnya menyetujui rancangan gila Ika. Gadis itu memang sakit jiwa boleh gadis itu suruh dia naik sampan lalu dibiarkan dia hanyut di tengah laut bukanla tengah laut jarak dia dengan jeti tak la jauh mana namun arus ombak perlahan lahan boleh menghanyutkan dia ke tengah laut.
Rasa takut memenuhi dirinya sekarang dengan sekeliling dia laut dalam berbumbungkan langit kebiruan yang luas dan bahang matahari yang boleh membakar kulit. Satu yang dia cemaskan macam mana kalau sampan ni tiba tiba terbalik then dia jatuh ke dalam laut. Sudahla dia tidak pandai berenang. Dayung sampan pula awal awal lagi Ika dah campak ke laut kononnya nak menampakkan yang dayung tu terlepas dari tangan Fauziah.
Satu pun dia tidak dapat melihat manusia kat situ.
Dengan rasa gementar, Fauziah membetulkan duduknya. Hatinya sekarang tak putus putus berdoa supaya ada orang datang selamatkan dia. Dia tak kisah pun kalau orang itu bukan Yusuf. Dia tak mengharap pun akan kedatangan lelaki itu.
' Ya Allah.....
Lindungi la hamba mu ini ' pohon Fauziah dalam hati. Sekali sekala zikir membasahi bibir.Tidak kah gadis itu sedar yang sampan itu sebenarnya bocor. Perlahan lahan air laut mula memasuki sampan.
Raut wajah itu kini tak lagi tenang apabila tersedar kakinya kini tenggelam dalam air.
Cemas dan rasa panik kini memenuhi dirinya.Tangisnya pecah tanpa mampu ditahan lagi. Akankah dia mati lemas?
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...