BAB 43

17 1 5
                                    

 ⁠❛⁠ ⁠ᴗ⁠ ⁠❛

(⁠◍⁠•⁠ᴗ⁠•⁠◍⁠)⁠✧⁠*⁠。

          " KAU okay tak ni, Fauziah? " Fatheehah menyoal kawan baiknya itu yang sedari tadi sejak turun daripada kereta asyik tayang muka monyok dan tak bermaya. Hal itu dapat mereka saksikan bila mereka tadi menanti kedatangan Yusuf dan Fauziah juga Rayyan yang sebelum ni meminta izin sehari sebelum Yusuf pulang ke Pulau Permata bersama Aryani untuk mengurus pekerjaan katanya kat Onyx City di depan hotel. Fauziah seakan tidak mahu berbicara dengan Yusuf. Layan Yusuf pun acuh tak acuh je

Takkan la baru kahwin semalam mereka terus bertengkar. Adakah punca pertengkaran mereka adalah kerana isu pengantin Ash tertukar kepada pengantin Yusuf?

Boleh jadi jugak ...

Sebab Fatheehah tahu Fauziah tidak mahu berkahwin dengan Yusuf

Fauziah menghela nafas bagi membuang fikiran kusutnya yang memenuhi minda dia agar muka dia tidak kelihatan menunjukkan muka kesal. Dia mengukir senyum selebar mungkin agar Fatheehah, Amylia dan Zubaidah tidak merenung dia dengan raut wajah penuh tanda tanya akan keadaan dia

" Alhamdulilah, aku okay cuma kepala aku serabut sikit " mulut cakap lain dalam hati lain

Nyatalah dia tak okay manakan tidak Yusuf memaksa untuk sebilik dengannya tadi semasa mereka mahu menyimpan beg. Lelaki itu siap menggunakan kuasa dia sebagai suami disokong kuat pula oleh yang lain terutama Nazni, Riedzman, Syarah dan Hasya. Mereka bersikukuh memujuk dia untuk tidak membantah kemahuan lelaki itu

Nak tak nak dia kena patuh kalau tak bersiap siap lah tadah telinga kena ceramah dengan Hafiz Hadi dan Zafar. Dua orang tu pula yang terlebih semangat menyokong Yusuf. Bukankah Zafar tidak suka dia dekat dengan Yusuf? Sekarang dah lain ke?

" By the way, kenapa kau datang together dengan Rayyan? Kenapa bukan dengan Yusuf? " Tanya Amylia sesekali memainkan rumput di dekat kakinya

Sekarang ni mereka di area tempat pelatihan para polis yang terletak di dataran padang yang cukup luas cuma bezanya di hadapan mereka terbentang net hijau setinggi bangunan tingkat 5. Di sebalik net itu terdapat banyak kubu-kubu berbentuk segi empat mewakilkan tempat persembunyian semasa operasi perlatihan berlangsung

Kerana permainan mereka selanjutnya nanti akan diumumkan oleh Syarah dan Nurul Hana. Saat ini mereka sedang menanti yang lain datang

" Saja ... " Kata Fauziah seakan itu bukan masalah besar

Soalan Amylia itu mengingatkan dia akan kejadian pagi tadi di mana Rayyan yang memang sedia di Onyx City bagi mengerjakan sesuatu kerja menelefon dia hanya kerana mahu menanya khabar. Pucuk dicita ulam mendatang, dia ambil kesempatan itu untuk ikut Rayyan ke Pulau Permata

Fauziah tiada kekuatan untuk menghadap Yusuf setelah apa yang lelaki itu lakukan pada dia. Nak marah tapi tak boleh. Itu hak Yusuf

Jadi untuk redakan rasa marahnya dia memilih menghindari Yusuf buat sementara waktu. Lantaklah kalau lelaki itu tersinggung sekalipun dengan sikap dia. Fauziah perlukan masa

Lagipula sebelum mereka berangkat ke Rafflesia City, Fauziah meminta Rayyan untuk menemani dia menemui Adam kerana Ash menelefon dia selepas subuh tadi. Dia serba salah kerana Ash dan Abah Amirul berharap dia boleh memujuk Adam

Seperti yang mereka mahukan Fauziah mencuba walau Rayyan dilanda kebingungan kerana mamat seorang tu tak tahu apa-apa. Awalnya susah untuk dia memujuk Adam sebab lelaki itu sudah pasrah namun akhirnya Adam termakan pujukan dia setelah dia mengugut untuk tidak lagi peduli pada lelaki itu

InsyaAllah, tengah hari nanti mereka akan berangkat ke Singapore. Fauziah akan selalu mendoakan kesihatan yang baik untuk Adam.

" Like seriously Fauziah. Kau memang tak hormat Yusuf sebagai suami kau ke? Kau masih tak terima? " Zubaidah tak suka dengan respon Fauziah yang mengambil ringan tentang ini. Gadis itu mengabaikan Yusuf malah mengikuti lelaki lain yang bukan mahram gadis itu. Fauziah ni memang nak kena penangan ceramah tiga hari tiga malam dengan neneknya. Biar telinga minah sorang ni berasap

It is love.....?Where stories live. Discover now