◍•ᴗ•◍
PERJALANAN ke Lumut, Rafflesia dari Onyx City mengambil masa 4 jam untuk sampai ke sana. Kereta miliknya yang dipandu Yusuf memimpin perjalanan diikuti kereta Riedzman,kereta yang berada di urutan ketiga adalah kereta Mustaqeem, Nombor empat pula adalah kereta Fatimah, dan diikuti kereta Hafiz Hadi, di urutan ke 6 kereta Adzlan menyusul. Diikuti kereta Nurul Hana dan urutan ke nombor 8 adalah kereta Zubaidah.
Selepas berhenti di RnR untuk menunaikan solat maghrib yang terdapat surau di situ. Sebaik sahaja selesai mereka meneruskan perjalanan tanpa berhenti di mana mana lagi.
Fauziah yang duduk di kerusi belakang membuka tudung untuk menyikat rambut ikal mayang nya sudahla rambut dia basah. Nak cepat punya pasal rambut basah pun ia main ikat dah pakai anak tudung. Dengan perlahan lahan ia sikat rambutnya menggunakan sikat rambut milik Zubaidah.
" Panjang juga ek rambut kau" tegur Amylia
Fauziah mengangkat pandangan, Amylia menoleh ke belakang untuk melihat rambut kusut masai Fauziah dengan lebih terperinci." Aah, tapi aku ada juga terfikir nak potong. tapi keluarga aku tak bagi. Katanya perempuan yang berambut panjang adalah perempuan cantik. " Ringan Fauziah mahu bercerita. Dia selesa dengan Zubaidah dan Amylia.
" Mak aku pun kata camtu tapi leceh la kalau rambut panjang. Susah nak kering bila lepas mandi time time pula kalau nak cepat. Efek sampingan, rambut kita akan gugur bila kita pakai tudung tapi rambut basah. " Sahut Zubaidah yang sedang fokus memandu tapi tak menghalang dia daripada menyertai perbualan Amylia dan Fauziah.
" Kau dah banyak berubah, Fauziah. Dulu aku ingat lagi kau ni jenis yang tak pernah peduli pada penampilan kau sampai penampilan kau dulu agak selekeh dan muka kau hitam banyak jerawat but now kulit kau cerah sikit although your skin more on tanned skin and kau pun dah pandai pakai liptint. Penampilan kau sekarang more stunning, you've glow up very well " Komen Amylia tiba tiba tanpa dipinta, Fauziah yang sedang menyikat rambutnya terkedu kerana menerima kritikan dan pujian.
Teruk sangat ke penampilan dia dahulu? Dia akui muka dia masa zaman sekolah tak putih, tak cantik, pipi dia tak mulus, bibir dia bukan pink natural. Mungkin ni sebab kut kenapa crush dia tak suka dia. Faham ...
Semua orang cintakan keindahan dan kecantikan seseorang termasuk juga dia. Penampilan yang cantik menjadi sebab utama menjadi tarikan orang ramai namun jikalau rupa dan penampilan kau tidak indah, jangan harap ada orang nak lirik macam yang dia alami dari tingkatan 1 hingga dia masuk ke alam college.
" Ohh ... thanks. Korang berdua pun sama makin cantik daripada dahulu. " Sahutnya
Bukan hanya dia yang berubah malahan semua ahli bekas 3A1 juga, mungkin kerana semua dah menempuh alam pekerjaan, yang lain pula dah masuk alam pertunangangan tak lama lagi nak kahwin. Mestilah masing masing semua makin matang dan makin hensem dan cantik.
Dilihatnya sebahagian ahli rakan reunion tampak menawan dengan gaya mereka sendiri mungkin karier mereka berpengaruh besar atas penampilan mereka, semakin penampilan cantik dan bergaya maka semakin tinggi jenis status kerja dan pangkat di tempat kerja.
Bukan macam dia, dia kan kerja cikgu so more on baju kurung tapi Fauziah selalu pakai long dress dengan motif-motif simple biar nampak menawan depan anak anak muridnya.
" Biasa je la,
" Zubaidah,kalau kau penat memandu , biar aku pula yang pandu. " tawar Fauziah. Dia sedar Zubaidah beberapa kali dah menguap. Bahaya kalau dibiarkan nanti tak pasal pasal masuk ICU. Nasibla keadaan jalan raya pada waktu malam lenggang.
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...