BAB 5

29 1 0
                                    

✧*。

                  SEBELUM permainan dimulakan sempat lagi mereka menyuruh Rayyan memotret gambar mereka by group berlatar belakangkan pantai. Berbeza dengan group lainnya Group 5 dan 8 sahaja yang hanya kekurangan satu group dikarenakan tidak cukup orang. Seisi tepi pantai itu dipenuhi hiruk pikuk dengan tawa dan desas desus perbualan. Ada juga yang bersenda gurau dengan saling kejar mengejar. Mereka berlari anak di sekitar pantai itu. Dah macam budak budak pula padahal umur dah lanjut.

Zubaidah mengajak Amylia dan Fauziah pergi ke arah Zafar dan yang lainnya setelah selesai bergambar bersama.

Kelihatan Zafar sedang memegang mic
di tangan bersama Syarah di tepi sedang memegang buku, buku yang berisikan aktiviti mereka mungkin sepanjang Reunion itu berlangsung.

" Ok, semua dah ada kat sini kan? Takde siapa yang tertinggal ke?" Soal Zafar ingin memastikan ahli Reunion semua lengkap.

" Semua dah ada kat sini. We can proceed to our first game. " Sahut Fatimah dengan lantang setelah memeriksa orang.

" Alright, tanpa membuang masa saya akan beri mic ini pada Syarah selaku pengurus Reunion. Dipersilakan......."

Syarah menyambut mic yang dihulur Zafar padanya. Buku ia pegang di tangan sebelah kirinya. Semua yang ada di situ excited menanti, agak agak game apa akan diorang mainkan.

" First of all, I wanna say welcome to our
Reunion-3A1-2015. Semoga korang semua
akan enjoy dengan game nantinya. Dengan
ini saya menyatakan game pertama kita
semua hari ini adalah search and found." Syarah berkata sambil memandang wajah setiap ahli member Reunion. Mereka fokus mendengarkan bicaranya.

" Search and Found?? " Aiman menyebut kata itu dengan nada tanda tanya seraya memandang Mustaqeem di sebelahnya.
Mustaqeem angkat bahu

" Macam mana nak main game tu?" Soal Fatheehah

" Apa yang kena kitorang cari?" tanya Zubaidah pula.

" Ok, game search and found,
korang kena cari peti, peti bewarna coklat yang kitorang sorok kat merata tempat. "

" Apa ada dalam peti tu?" Soal Hafiz tidak sabar. Syarah jadi geram sendiri. Dia tak suka ada manusia yang potong bicaranya.
Nak aje dia baling kepala Hafiz dengan mic kat tangan dia ni.

" Bagi la aku habis cakap dulu,
aku akan bagitahu juga. " Marah Syarah
Hafiz hanya tersengih kerang busuk dengan rasa tak bersalahnya. Dia tahu Syarah bukanya marah betul pun pada dia. Syarah hanya marah sebentar lepas tu marah dia akan hilang dengan sendirinya.

" Okay, dalam peti coklat tu ada kertas yang tertulis tempat di mana korang boleh menemukan titik akhir dari game ini.
Titik akhir game itu, kitorang letak bendera bewarna kuning. Sesiapa yang dapat bendera warna kuning itu dinyatakan sebagai pemenang. Korang faham tak?"

" Maknanya setiap tulisan dalam peti coklat
tu will lead us pada titik akhir, di mana
bendera kuning tu berada?" Tanya Shafina cuba meminta kepastian.

" Exactly!" Syarah mengangguk sebagai tanda pertanyaan Shafina adalah benar.

" Peti coklat tu ada banyak ke? Atau hanya ada satu? Kitorang kena rebut peti coklat tu ke? " Soal Yusuf sambil memegang botol air bersaiz besar bewarna dark blue. Dah siap dengan air, takut haus agaknya di tengah permainan berlangsung.

kenapa la pesona lelaki itu tak pernah berkurang? Karisma lelaki itu selalu menebar sehingga gadis gadis atau wanita yang berada di kawasan itu kerap kali melirik ke arah Yusuf. Tak kurang yang ada mencuri memotret lelaki itu. Gaya dah macam artis pun ada.

Rasidah si tukang jeling pada orang orang yang suka curi tangkap gambar Yusuf. Diberinya jelingan padu. Diorang ni memang mengada. Bukannya nak tengok dan menghayati ciptaan indah Allah S.W.T di depan mata. Sibuk nak potret gambar crush dia tanpa minta izin apa hal.

It is love.....?Where stories live. Discover now