BAB 28

93 1 8
                                    

                                   ◍◍✧⁠*⁠。

 

                BERDIRI di posisi masing masing menanti tiupan wisel ditiup. Lawan mereka adalah dari group 3 iaitu Syafina dan Nazni. Seperti mereka tahu kedua orang itu sangat pandai dan aktif oleh kerana itu la Fauziah rasa lemah semangat tau. Ditambah Syafina dan Nazni adalah atlet sukan dahulu. Dia nak telan air liur pun terasa kesat di leher. Cuak punya pasal. Rasa rasanya harapan untuk mereka menang sifar. Dia pandang Hafiz Hadi untuk melihat reaksi mamat itu.

Hmm....nampak tenang dan selamba. Untunglarh..

Sedangkan Fauziah tidak tahu Hafiz Hadi sedang memikirkan kata kata Yusuf tadi. Ingatkan apalah perkara penting sampai lelaki itu harus terjun semula ke dalam kolam dan datang mendekati dia . Rupa rupanya, ....

" Aku cuma nak cakap yang sebenarnya Fauziah tak pandai main volleyball bukan tak pandai mungkin tak mahir ...." Dahi Hafiz Hadi berkerut tanda tak faham. Apa kaitannya dengan hal penting sangat yang Yusuf hendak berbicara berdua dengannya itu. Inikah?

" Jadi aku minta pada kau untuk tak marah dia ke apa kalau dia terlepas bola atau tak pandai tangkap bola. Kau tahulah perempuan kan jenis yang hati tisu. Aku tak nak la dia tiba tiba back out dari reunion ni. So aku nak minta tolong kat kau jangan berkeras dengan dia dan jangan marah dia " Pinta Yusuf , muka di acah cool ye la rakan rakan yang lain sedang melihat mereka. Mungkin tertanya tanya apa yang mereka bincangkan terutama si Rayyan tu, busybody betul. Entah sejak bila la kawan dia sorang tu jadi penyibuk sebelum ni tak pun. Lelaki itu terkenal dengan tidak peduli akan orang sekeliling namun sekarang sudah tidak. Mungkin kerana Fauziah kut.

Kelihatan tumpuan Rayyan beralih arah pada Fauziah yang baru masuk kolam.
Pantang nampak Fauziah terus perhatian mamat tu beralih. Adalah tu hal nak diusik Rayyan.

Hafiz Hadi cuba memproses kata kata Yusuf dengan baik dan disematkan dalam kepalanya.

Jap ...

Kenapa ek Hafiz Hadi rasakan niat Yusuf untuk memberitahu tentang kelemahan Fauziah pada dia bukan kerana takut gadis itu akan keluar dari reunion dan balik ke Indigo City semula. Benarkah hanya itu sahaja alasan Yusuf? Ke ada hal lain? tapi apa?

" Boleh tak Hafiz? " soal Yusuf meminta persetujuan.

Nak tak nak Hafiz Hadi terpaksa mengangguk lagipun itu permintaan pertama Yusuf padanya sebagai kawan.
Tapi kenapa harus tentang Fauziah pula?
Yusuf takut sangat ek dia marah Fauziah
Tapi ada betulnya juga dibuatnya kalau gadis itu menangis lalu balik tak ke satu hal dia kena minta maaf dan pujuk. Memang leceh...
Nasib baik Yusuf beritahu dia awal awal.

Yang dia naik hairan adalah kenapa Yusuf baik hati sangat beri pinjam jaket pada Fauziah? Tapi bila difikir balik bagus juga niat Yusuf ye la kan nak jaga aurat kawan kawan perempuan namun begitu kenapa hanya Fauziah?kenapa tidak pada kawan perempuan mereka yang lain juga?

Arghh....kusut kepala dia fikirkan. Lantakla apa motif Yusuf sekalipun. Buat sakit kepala dia je nak fikir. Point utama adalah jangan marah Fauziah bila buat silap. Tegur elok elok. Fullstop!

" Go! G4!!!!" Suara nyaring Rasyidah, Amylia dan Zubaidah mematikan lamunan Hafiz Hadi. Group 3 dan 4 bersorak kuat di tepi kolam mengelilingi mereka. Paling kuat suara Fatima, Syarah, Rasyidah dan Aisya.
Hafiz Hadi melirik pada Fauziah, gadis itu tersenyum kecil ke arah Zubaidah dan Amylia.

Sorakan sorakan memenuhi swimming pool. Menyemangati rakan seperjuangan game.
Hasya dah bersiap sedia dengan wisel di tangan.

Dalam hitungan 3,...2,... 1

It is love.....?Where stories live. Discover now