BAB 15

16 1 0
                                    


                                 ✧*。

           MISI  mencari Syarah dan Ain masih diteruskan namun walau begitu ramai yang pulang dengan tangan kosong dan kecewa. Team Pak Man pulang dengan raut wajah lelah, team Pak leh kembali dengan wajah kecewa. Mereka gagal menjumpai Syarah dan Ain. Malam sudah larut tapi tiada tanda tanda mereka akan menjumpai kedua gadis itu. Kini mereka menanti kepulangan Team Yusuf, team Aiman dan team Nabil yang masih tidak muncul hingga sekarang. Mungkin masih bertungkus lumus menjejaki Syarah dan Ain.

Fatima gelisah di tempat. Akibat amaran bahaya dari Yusuf dia tidak jadi meneruskan niatnya. Dia pun takut mahu tanggung risiko. Huru hara hidupnya kalau ada benda buruk berlaku pada rakan rakannya

Jam dah menunjukkan pukul 12 malam tapi mereka masih tidak tidur. Macam mana mahu tidur kalau mereka tidak mengantuk, mata mereka masih segar kerana rasa risau dan resah yang bermukim di hati. Terutama Fatima yang tidak boleh duduk diam. Kesian pula dia melihat Fatima yang seperti hilang anak itu. Muram sahaja. Hasya dan Haura hanya mampu duduk dan menunggu. Mahu tolong tenangkan mereka, itu perkara susah hendak dibuat sebab mereka sedang dipenuhi emosi tidak menentu. Belum mahu buka mulut sudah disembur api. Febby pula awal awal dah minta izin mahu tidur. Dia tak rasa risau sangat sebab dia percaya Yusuf boleh handle masalah itu.

Menyipit mata Arni Syahirah cuba mengenal pasti seseorang yang sedang berjalan dalam gelap dan menuju ke arah hutan.

Mata gadis itu membulat apabila dapat mengenal pasti orang itu. Dari duduk tegak terus dia ter berdiri. Panik punya pasal.
" Eh! Kenapa Fatheehah berjalan ke arah hutan itu? " soal Arni Syahirah.

Pernyataan Arni Syahirah membuatkan semua mata memandang ke arah Fatheehah yang berjalan terus dalam gelap. Nasib la Arni Syahirah nampak mungkin kerana warna tudung Fatheehah yang bewarna kuning.

" Apa yang Fatheehah fikir sampai nak masuk hutan? " soal Syafina. duduk nya jadi tegak bila melihat Fatheehah yang menuju ke hutan. Mata yang mengantuk tadi dah segar.

" Mungkin dia tak boleh bersabar dah. Dia nak cari Ain dan Syarah kut. " Jawab Fatima mudah. Malas dia nak fikir baik dia tunggu saja.

" Tak boleh jadi, Kita kena hentikan dia. Macam mana kalau dia pula yang hilang?
Memang kaw kaw kita kena marah dengan Yusuf " kata Nurul Hana.

" Arni, Amylia, Nabila, Fauziah korang pergi panggil Fatheehah. Bawa dia ke sini. Bahaya jalan sorang sorang dalam gelap " arah Aisya selaku penolong Zafar. Memandangkan tiada para lelaki disini dia la kut yang kena keluarkan arahan.

" Baik " sahut mereka. Sebelum tu mereka mengambil Torchlight sorang satu. Arni ambil dua. Sekeliling gelap sangat, kalau dia ada 2 Torchlight mesti terang macam waktu siang. fikirnya.

Amylia menarik tangan Fauziah sebab gadis itu malas hendak ikut dan boleh pula gadis itu memejam mata hendak masuk ke Alam mimpi sambil menyembamkan muka ke tepi sofa. Memang dia tarik sampai gadis itu terberdiri dibantu oleh Arni Syahirah dan Nabila.

Nak tak nak kena ikut la...

Adehla ingatkan dia takkan dapat jejakkan kaki ke dalam hutan pada waktu malam.



                                     ◍



" FATHEEHAH" Panggil Arni dan Nabila tapi gadis itu tak menyahut masih statik berjalan dan pandangan mata lurus ke hadapan. Langsung tidak menoleh ke arah mereka seakan bukan dia yang dipanggil.

Mereka terpaksa berlari mengejar langkah Fatheehah yang dah jauh berjalan. Laju benar gadis itu berjalan. Sulit untuk mereka menyaingi langkah. Arni melajukan larinya. Dia harus menghalang Fatheehah dari masuk ke hutan, salah!
Mereka memang dah ter'masuk' ke dalam hutan. Fatheehah punya pasal la ni.

It is love.....?Where stories live. Discover now