BAB 9

32 1 0
                                    

                                  ✧*。

                     PERASAAN   Fauziah bercampur baur antara teruja dan takut dalam masa yang sama di aktiviti kali ini. Mereka akan ke Pantai jernih tapi Nazni cadang mahu berhenti kat laut dalam kerana hendak menyelam. Sebenarnya Fauziah teringin sangat menyelam untuk melihat keindahan alam laut dibawa sana. Mesti best kan dapat menyelam boleh lihat khazanah di bawah laut. ...huh.. nasib la tak pandai berenang. Nanti dia hanya mampu jadi penonton. 

Jeti menjadi tempat mereka berkumpul sebelum menaiki bot besar yang telah disediakan khas untuk mereka. Sepatutnya tepat pukul 2 petang mereka semua dah ada tapi kelihatan orang yang ada di situ hanya separuh sahaja.

Sementara menunggu yang lain Hafiz Hadi dan Nazni mengarahkan mereka naik terlebih dahulu ke dalam bot mewah besar layar yang boleh memuatkan ramai orang menggunakan jambatan besi. Kagum mereka melihat akan kemewahan yang ada pada bot besar itu. Kata Zubaidah bot besar ini milik Yusuf. Lelaki itu belikan khas untuk mereka naiki ke Pulau Jernih. Tak perlu menyewa free je.

Mendengar akan cerita tentang Yusuf sangatlah kaya membuat Fauziah terasa kerdil dan dia tidak layak hendak berangan memiliki Yusuf. Lelaki itu tidak layak untuk dia. Tak sama taraf. Baik dia kubur perasaan suka ini. Mungkin lebih baik dia buka hati kat Daiyan. Schoolmates dia dahulu di Shah State University di Periwinkle City.

Kata Lorna lelaki itu macam ada hati dengan dia. Ye la kerap kali bertanyakan dia. Tapi Daiyan tak sehebat dan tidak sehensem Yusuf la.

Itu tidak apa, yang penting lelaki itu sayang dan cintakan dirinya.

Saat kaki dia menjejakkan ke dalam bot besar layar itu rasa gayat dan teruja kian membelah bahagi.

Tentunya perasaan negatif mempengaruhi kotak fikirannya. Macam mana kalau dia tersilap langkah yang akan menjerumuskan dia jatuh ke dalam laut. Terdetik juga di hati mahu pasang life jacket. Namun hasrat dia tak kesampaian apabila memikirkan hanya dia seorang sahaja yang mengenakan nanti.

Sudahla ini kali pertama dia naik bot. Moga moga dia tak terkena mabuk laut. Oleh sebab dia takut dilanda rasa loya dan muntah Fauziah sudah mempersiapkan diri dengan membawa 2 bungkus gula gula perisa strawberry. Pandai tak dia. Hehe.....

Tidak seperti Amylia dan Zubaidah yang pergi menjelajah isi di dalam bot besar ini Fauziah memilih duduk statik di kerusi besi yang disediakan di atas bot itu. Dia takut melangkah di atas bot yang agak bergoyang kerana alunan ombak walau goyang itu tidak terasa sangat memandangkan bot ini besar. Dia je yang overthinking.

Siapa kata dia hanya duduk, di tempat cantik berlatarkan belakang laut yang indah Fauziah mengambil kesempatan itu dengan berselfie semestinya sendiri. Dia boleh buat begitu kerana bot besar layar tidak penuh lagi dengan rakan rakan bekas sekelasnya.

Jangan disangka tempat sunyi tiada orang
begitulah kut pepatah sesuai untuk menggambarkan situasi saat itu di mana Fauziah ralit berselfie tanpa gadis itu sedar dirinya diperhati oleh seseorang. Seseorang yang tak sengaja ingin menjelajah tempat itu tapi terhenti di tepi cabin. Awalnya dia berhenti kerana takut mengganggu acara bergambar orang itu dan membuat keputusan untuk berpatah balik.

Namun sebelum Fatheehah hendak beredar pergi tawa kecil hampir terlepas di mana tuala kecil jatuh Fauziah bukannya bangun berdiri malah Fauziah merangkak untuk mengambil tuala kecil itu. Fatheehah ketawa lagi kerana dalam sibuk berselfie gadis itu takut untuk berdiri. Entah apa yang nak ditakutkan. Gayat dengan laut mungkin. Fatheehah mahu tolong Fauziah tapi dia takut Fauziah tidak akan menerima dia dan Fauziah tidak mahu berbual dengannya

Perangai Fauziah yang cepat panik dan gelabah masih sama rupanya.

Keberanian dia untuk menegur Fauziah masih tipis bak setipis bawang merah. Keyakinan hilang digantikan dengan rasa gugup sebab rasa bersalah mengabaikan Fauziah dan dia pernah menolak satu kumpulan dan satu kereta dengan Fauziah, Fatheehah takut Fauziah terasa dan marah pada dia.

It is love.....?Where stories live. Discover now