BAB 42

18 1 2
                                    

=⁠^⁠・⁠ェ⁠・⁠^⁠=     

                    ASH     menatap sendu sang abang yang terbaring di atas katil hospital dengan ventilator terpasang diantara hidung dan mulut. Wajah sang abang makin pucat daripada sebelum ini. Satu tetes dua tetes air mata dia jatuh apabila melihat badan abangnya yang makin mengurus. Walaupun dia dan Adam tidak rapat namun dia sangat sayangkan Adam kerana lelaki itu selalu ada untuk dia bila dia perlukan sokongan semasa melalui kesulitan. Abangnya ini tak pernah jemu memberi dia nasihat dan semangat
    
Dia mahu abangnya kembali sihat seperti dahulu. Ash mahu meluangkan lebih masa dengan Adam namun sayangnya Adam menolak untuk dibawa ke Singapore di mana ada doktor pakar yang boleh menolong Adam melewati masa sulit dengan penyakitnya. Puas dia, Kak Aina dan abah memujuk namun Adam masih tegas dengan pendirian dia

Atau mungkin dengan pujukan Fauziah, Adam mahu menuruti kata gadis itu tapi idea dia ditolak mentah-mentah oleh Umi Halimah

" Kamu jangan berani nak telefon perempuan penipu tu, Ash! Umi tak sudi dan tak izinkan dia bercakap dengan Adam " marah Umi Halimah pada Ash yang sikit lagi hendak mendail nombor Fauziah. Dengan lesu, Ash menyimpan kembali iPhone nya ke dalam poket

Nyatalah wanita itu masih berdendam dengan Fauziah dek Adam kononnya jadi penberontak kerana hasutan gadis itu. Amarah dia makin bertambah pada gadis itu apabila Yusuf pun terlibat sama. Anaknya dia idamkan sampai memaksa Adam dan Ash mencontohi Yusuf

Muak Ash melihat muka berseri-seri sang Umi saat berhadapan dengan Yusuf tak seperti bila berhadapan dengan mereka. Muka wanita itu sentiasa tegas

" Umi ... Fauziah bukan penipu. Dia tak berniat pun nak putar belitkan fakta tadi. Semua sebab muka dan suara Umi itu menakutkan dia tadi " bela Ash, mulai berani melawan bicara pada uminya namun nada bicara dia tak tinggi masih dengan tona suara yang lembut tak membentak. Dia sedar wanita itu masihlah ibu kandung dia wanita yang melahirkannya ke dunia.

" Berani ek sekarang nak menyambung kata Umi! Siapa ajar? perempuan tu? Ke kamu dah tangkap cintan dengan Fauziah, Ash? Macam abang kamu? Huh! Umi dah agak dah mesti perempuan tu guna ilmu hitam untuk tarik perhatian kamu semua termasuk la Yusuf " tuduh Umi Halimah

" Astaghfirullahalazim Imah! Tak baik tuduh orang tu tanpa bukti boleh jatuh fitnah. " Abah Amirul tak habis fikir dengan tingkah isterinya yang bencikan sangat Fauziah.

" Daripada kamu fikirkan pasal Fauziah lebih baik rasanya kamu fikir macam mana nak pujuk Adam supaya mahu diubati kat Singapore agar Adam cepat sembuh " tambah Abah Amirul lagi

Lelaki paruh baya itu mengusap rambut anak keduanya yang sedang tertidur itu dengan penuh kasih. Timbul rasa penyesalan di hati kerana mengabaikan perhatian yang anak anak dia mahukan

" Nak pujuk macam mana lagi Adam keras kepala tak mahu mematuhi kata kita lagi. Sibuk sangat ikutkan hati kan dah menderita sakit. Ni la akibatnya kalau jadi anak tak dengar kata " ujar Umi Halimah, wanita paruh baya itu kesal kerana Adam memilih mempertahankan kehendak yang menurut dia egois

" Imah rasanya lebih baik awak balik ke rumah sekarang bersama Aina. Korang boleh kembali semula pada pagi esok. InsyaAllah saya dan Ash akan cuba pujuk Adam lagi " pinta Abah Amirul kerana malas mendengar celotehan sang isteri yang bukannya membantu menyelesaikan masalah malah menserabutkan lagi fikiran mereka

" Awak halau saya? Baiklah, nak sangat jaga Adam kat sini. Jagalah but make sure esok jangan lupa awak tu ada meeting dengan Dato' Sharif " wanita paruh baya itu mengingatkan suaminya akan meeting bersama orang berpengaruh. Dia tak nak Amirul melepaskan investasi terbesar mereka yang boleh menaikkan lagi saham mereka

" Imah, please! Balik sekarang, persetan dengan Dato' Sharif. Adam lebih utama sekarang, ini antara hidup dan mati anak kita Imah. So better you go now Imah kalau rasa diri tak dapat nak bantu cari solution dan lebih elok rasanya awak yang ganti saya kalau awak rasa saham tu lebih penting daripada Adam "  ini bukan permintaan lagi tapi lebih kepada perintah

It is love.....?Where stories live. Discover now