BAB 17

20 1 0
                                    

                                    ✧*。

              MENJAGA keluarga sakit hal itu memang dah biasa tapi menjaga orang lain yang sakit terutama lelaki, itu yang tak biasa. Ditambah mereka tiada ikatan yang sah dan tiada hubungan darah.
Rasa kekok memenuhi diri. Kalau bukan kerana Nenek Kiki yang menyuruh dia menjaga Yusuf memang tak la dia akan buat. Dia akan pasti suruh Rayyan.

Lelaki itu sedang terbaring lemah di atas katil bilik tetamu. Macam mana la boleh demam bukankah Yusuf elok je tadi berbual dan memasak. Sekarang dah down pula. Fauziah menyelimuti badan Yusuf setelah memakaikan lelaki itu stoking kat kaki.

Dia sendiri pun takkan sedar akan keadaan Yusuf kalau saja Nenek Kiki tidak mengajak dia solat tahajud pada pukul 3:30 pagi. Tup tup dia dapat tahu Yusuf demam.

Nenek Kiki yang pergi ke luar rumah kembali bersama besen kecil di tangan. Nenek tua itu melabuhkan punggung di sofa kayu yang terdapat di dalam bilik tetamu itu.

" Apa tu, nek ?" Soal Fauziah mengerutkan dahi memerhati tingkah Nenek Kiki yang memerah tuala kecil di dalam besen itu. Ada serpihan daun daun yang melekat pada tuala.

" Air daun puding. Ni la petua orang orang kampung kalau nak demam cepat kebah " kemudian Nenek Kiki melipat lipat tuala kecil itu membentuk segi empat panjang Lalu diserahkan pada Fauziah.

" Letak atas dahi Yusuf. " Arah Nenek Kiki.

Fauziah melakukan seperti yang diarah Nenek Kiki dengan meletakkan tuala itu di dahi Yusuf.

" Ni la cool fever orang kampung " Nenek Kiki meletakkan besen itu di laci meja yang terletak di tepi katil.

" Kamu jangan la risau suami kamu itu akan okay. Demam sikit aje tu. Mungkin dia demam sebab risaukan kamu. " Nenek Kiki menyandarkan badannya pada sofa kayu itu sambil memerhati sepasang suami isteri itu.

" Risaukan saya ?" Kenapa pula sebab dia? Tak betul tu Nenek Kiki Yusuf demam sebab stress pasal kerja tak pun stress sebab masalah lelaki itu yang langsung tiada kaitan dengan dirinya. Takpun lelaki itu demam kerana terkena hujan semasa hendak mencari Syarah, Ain dan mereka berlima. Itu pasti.

" Bukankah kamu hilang dalam hutan tadi. Mesti dia panik dan risaukan kamu. " Boleh tak Fauziah ketawa dengan ujaran Nenek Kiki yang baginya tak masuk akal. " Zia, kamu beruntung menjadi isteri lelaki hebat ini. Kamu pun tahu ramai yang berkehendakkan dia menjadi sebahagian dalam hidup mereka. " 

Dia tahu tentang itu, masa zaman sekolah dahulu pun ramai pelajar perempuan dari junior hingga ke senior jatuh suka dan terpesona pada lelaki itu. Mereka rata rata  ingin mendekati Yusuf namun tiada peluang kerana Yusuf jenis yang bukan senang didekati oleh mana mana perempuan. Sebab tu ramai yang kata classmates perempuan Yusuf beruntung sebab dapat lihat Yusuf dari jarak dekat lagi lagi yang dapat berkawan dengan lelaki itu.

Tapi dia, walau sekelas dengan lelaki itu
dia tak pernah berbual atau bercakap kerana dia tiada keperluan pun. Jeles juga dia bila lihat Yusuf dekat dengan perempuan lain.

'Nek,.Yusuf bukan suami saya ' ingin sahaja dia katakan itu tapi mulut dia terasa berat untuk meluahkan.

" Ni Nenek nak bagi petua supaya Yusuf tak lepas dari kamu. "  serius benar suara Nek Kiki. Petua ? Dia tak layak untuk dengar dan tahu.Nenek sepatutnya petua itu Nenek bagi kat tunang lelaki ini bukan dia.

" Petua apa? "  Dalam tak mahu mendengar Fauziah bertanya juga. Dia nak tahu juga apa petua tu. Kut kut dia boleh kongsi petua itu pada orang lain. Dapat pahala sebab tolong kukuhkan masjid orang.

" Ikat dia dengan anak. " selamba je Nek Kiki tuturkan ayat tu berlainan dengan Fauziah
sebaik je kata kata itu terdengar olehnya badannya rasa geli geleman. Nak telan air liur sendiri pun tak senang.

It is love.....?Where stories live. Discover now