✧*。
TERCENGANG , satu kata yang menggambarkan dirinya bilamana melihat Akid, dengan baju atasan baju kurung bercorak Bunga kecil warna peach pink dipadankan dengan kain batik coklat Nek Wan. Selendang berwarna hitam diselempangkan ke kiri dan kanan bak perempuan melayu terakhir. Serious... Akid nampak cantik berpakaian begitu cuma badan sasa dan tegap lelaki itu tak boleh nak disembunyikan. Tak lepas Fauziah memandang Akid yang 'baru' . Sungguh kalau Akid jadi perempuan pasti Akid akan menjadi perempuan tercantik kat kampung ini.
Ini semua mesti ulah Thea, Lila dan bunga mungkin sebagai ganjaran atas penglibatan mereka dalam misi konyol Akid. Pelik-pelik je permintaan Thea, Lila dan Bunga. Ke mereka memang sengaja nak kenakan Akid?
Ramai yang meletus tawa melihat penampilan baru Akid, tawa mereka tambah pecah saat Akid berjalan bak perempuan sopan kononnya seperti perempuan melayu terakhir. Lemah lembut gemalai gitew ...
Muka Akid memang cemberut habis. Malu, hanya Allah je yang tahu. Serasa mahu lari dan mengganti pakaian. Tapi dia dah janji dengan ketiga gadis itu. Dia tak boleh mungkir janji.
Promise is a promise ...
Dia telah dididik oleh atuk, nenek, mak dan bapanya untuk menjadi manusia yang selalu menepati janji, bukan penipu, menghargai manusia sekeliling dan menghormati perempuan.
Nak tak nak kena tepati la.
Kalau la bukan kerana dia harus membayar Thea, Lila dan bunga dek atas kerjasama juga deal mereka, pasti dia takkan berakhir begini dengan baju pinjaman dari sang nenek tercinta.
Thea, Bunga dan Lila ketawa terbahak bahak di samping Amylia, Zubaidah dan Fatheehah yang turut sama ketawa bagaikan pontianak. Hilang dah sopan santun. Hilai tawa semua orang memenuhi lapangan luas itu.
" Wah ... Cantiknya Akid! " Puji Nurul Hana di sela tawanya.
" tu la, kalau dia jadi perempuan confirm ramai lelaki masuk meminang. " sahut Arni Syahirah, mata tak lepas melihat Akid yang sedang berjalan di tengah kerumunan ramai
" Wait, ... dia lelaki yang menyampuk perbualan kita hari tu kat klinik kan? " soal Ain,
Syarah mengangguk" ye, dia la tu. Kenapa? "
" Aku rasa dia memang sukakan Fauziah la. Tengok la tu, orang pertama yang Akid cari adalah gadis itu. " ujar Ain lagi, mata indahnya sibuk memerhati Akid yang berjalan penuh gembira ke arah Fauziah.
" Bagus la tu, tak perlu la kau mendongkol cemburu je. " Ucap Syafina, yang memang telah mengetahui perasaan Ain.
" I do think Rayyan pun macam sukakan Fauziah. Lihat la, mamat tu suka usik Fauziah, selalu ambil berat dan asyik dekat dengan Fauziah. " Kata Nurul Hana, dia sedikit tidak menyukai Rayyan dekat dengan Fauziah. Dia harap sangat sangkaannya salah.
Apa yang Akid dan Rayyan lihat pada Fauziah? Gadis itu bukannya cantik pun. Ain, Haura, Rasidah lagi cantik.
" tak mungkin Rayyan sukakan Fauziah. Bukankah lelaki itu dah ada kekasih? Aku rasa dia layan Fauziah macam kawan baik je. Tak lebih " ujar Ain bagi membantah spekulasi Nurul Hana
Mereka saling memandang dan angkat bahu. Tidak tahu mahu menanggapi bicara Ain bagaimana. Mereka lebih memilih mencuri pandang ke arah Rayyan, Fauziah dan Akid.
Di tengah keriuhan semua yang tertawa
Rayyan pula ketawa besar namun sempat mempotret Akid yang cantik. Kejadian itu patut diabadikan. Nanti boleh dia guna untuk usik lelaki itu.
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...