✧*。NAIK PENING Uwais, Nabil, Harun, dan Johan dengan layanan super baik orang kampung pada mereka. Sebaik sahaja Pak Dol dan Mak Senah pulang dari lawatan tadi. Mereka membuat mesyuarat tergempar sekejap di dewan khas perjumpaan untuk semua penduduk kampung dan ber puluh puluh ucapan terima kasih mereka ucapkan pada mereka dan juga kata maaf keluar dari bibir mereka kerana berlaku kesalahfahaman dan melontarkan kata kasar selama ini terutama pada Tuan Muda Ammar.
Alasan mereka mahu menyerahkan Pulau Jernih pada Tuan Muda Ammar kerana mereka tahu lelaki hebat itu boleh menaikkan nama Pulau Jernih Dan membuat Pulau Jernih lebih baik, mereka percaya pada janji Tuan Muda Ammar untuk menjaga Pulau Jernih. Mereka juga dialu alukan untuk melawat jika rindu.
Tambah lagi penduduk kampung Donah mahu bergaul dengan orang orang lain dan keluar dari zona nyaman dengan membuka diri pada masyarakat .
Oleh kerana itu la mereka mahu melepas Pulau Jernih pada Tuan Muda Ammar.
Demi menebus salah mereka Penduduk kampung mahu masakkan makanan istimewa khas untuk mereka. Lagi teruk mereka diminta bermalam dan hancurnya Tuan muda Ammar menerima pelawaan itu.
Mereka hanya mampu tayang wajah pasrah walau mereka enggan dan segera ingin pulang. Kerja mereka di pejabat masih banyak yang menanti mereka terutama Lawyer Farish. Sudahla dia ada temujanji dengan kliennya esok pagi.Satu yang mereka tak sangka Tuan muda Ammar mengikut para kampung bergotong royong. Pandai pula Tuan muda mereka itu menyapu daun daun. Lagi mereka terkejut dan tak boleh terima pakcik pakcik kampung menyuruh Ammar memanjat pokok dan membuang sampah. Dan oleh sebab takut kena marah oleh Tuan Besar Aniq nanti mereka menghalang Tuan muda Ammar daripada melakukan kerja itu. Kang ada spy Puan Besar Hariesa kat situ lepas tu report hal anak emas mereka disuruh menyapu tu, tak ke mereka naya. Jangan main main dengan Tuan Besar Aniq dan Puan Besar Hariesa. Kelam terus masa depan orang orang yang cari pasal dengan anak emas mereka.
Uwais yang hendak mengetuk pintu rumah Pak Dol yang sedia terbuka tidak jadi mengetuk. Niatnya datang ke situ meminta izin ingin membawa pulang Tuan muda Ammar awal pagi esok. Nampaknya hasrat dia tidak kesampaian dek telinga mendengar satu nama yang ia sangat kenali. Oleh sebab itu la dia tidak menerobos masuk dan mengetuk pintu. Uwais pasang telinga dan memfokuskan pendengarannya. Kedengaran sayup sayup bicara Pak Dol dan perempuan? Mak Senah ke? atau Ika?
" Atuk yakin ke dengan rancangan atuk malam ni? " Suara ni mungkin cucu perempuan Pak Dol. Tapi yang pasti bukan suara Ika
Diorang rancang apa sebenarnya? Dia mencuba untuk mengintip gerangan orang orang yang berada dalam bilik itu .
Sebagai agen pengawal peribadi yang terbaik dan berpengalaman Uwais yang pernah menjawat jawatan Inspektor, dia dah boleh teka Pak Dol ada niat tak baik pada seseorang atau dia salah tafsir. Mungkin sahaja rancangan surprise birthday ke?" Sangat yakin. Atuk tak nak lepaskan peluang ini. Ini je satu satunya cara untuk menyatukan ika dan Yusuf. Atuk akan pastikan Yusuf jadi cucu menantu atuk walau bagaimana pun caranya. " Balas Pak Dol dengan keputusannya yang nekad. Nada suara lelaki tua itu kedengaran tidak sabar.
Uwais terlopong akan fakta yang ia temukan. Sungguh mengejutkan dia!
Pak Dol yang dah tua keriput ada niat jahat pada Yusuf sehingga sanggup merancang sesuatu. Rancangan yang bagaimana?" Pastikan letak ubat tido itu dalam cawan kopi Yusuf dan ika malam ni. Pastu suruh abang kamu bawa Yusuf ke bilik Ika. " Ujar Pak Dol bersama seringai jahatnya. Dia tidak sabar ingin melihat Yusuf dan Ika ditangkap basah esok pagi. Dan dia tidak sabar mahu menjadikan Yusuf sebagai cucu menantunya.
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...