〃✧〃
くコ:彡
SELEPAS sahaja game pada petang itu selesai mereka diminta untuk berkumpul di lobi hotel selepas menunaikan solat maghrib dan Isyak. Adzlan memberi tahu bahawa Mak saudara lelaki itu yang tinggal di sekitar bandar Rafflesia menjemput mereka untuk makan malam sempena juga untuk menyambut kedatangan mereka. Awalnya Yusuf menolak untuk ikut malah memilih tinggal namun Syarah dan Adzlan berkeras mahu lelaki itu ikut.
" Aku janji, Yusuf. Sebaik je habis makan malam kita semua akan balik. Kita semua tidak akan menginap " kata Adzlan sambil mengangkat tangan kanan dengan gaya seakan bersumpah.
Dia faham akan ketidakselesaan Yusuf bila dia sebut nama Elena. Tapi tidak seronok la kalau mereka tinggal Yusuf sendiri di sini sendirian. Lagipun mereka ramai kut pasti la Elena takkan berani berbuat apa apa benda buruk pada Yusuf. Mereka semua ada untuk lindungi lelaki itu.
" ala kita bukannya menginap kat rumah Aunty Sally. Pergi sana makan then terus balik. " Pujuk Syarah pula
Fauziah tidak faham, mengapa Yusuf seakan keberatan mahu ikut ke rumah mak saudara Adzlan? Ada apa apa ke yang Yusuf takutkan?
Zafar menepuk bahu Yusuf. " Kitorang akan protect kau dari Elena. Don't worries kita pergi kejap je. "
Mereka kecuali Fatheehah, Fauziah, Amylia, Zubaidah, Hasya, Haura, Kumar, Aiman, Mustaqeem faham akan gelojak hati Yusuf yang seakan trauma dengan Elena dan para perempuan yang cuba menggoda lelaki itu hingga sanggup menggunakan cara kotor.
Siapa pula Elena? Bekas kekasih Yusuf ke? Fauziah mahu tahu tapi nak tanya siapa? Amylia, Zubaidah dan Fatheehah pun tidak tahu. Haihla...yang dia penat penat nak fikir buat apa. Buat kepala dia sakit balik adalah. Sekarang dia pula yang rasa tidak mahu ikut.
Siapa je tak kenal Elena terkenal dengan kecantikan dan seksi.
Gadis itu salah satu yang cuba memerangkap Yusuf juga pernah cuba hendak memperkosa Yusuf. Bunyinya lawak namun ianya kenyataan yang sampai sekarang Yusuf tidak mampu terima dan takkan mampu terlupakan kisah menjijikkan itu.
Helaan nafas berat dilepas. Didesak terus terusan buat dia rimas. Namun dia nak takut apa. Mereka semua kan ada. Takkan la perempuan miring tu tiba tiba mahu terkam dia sedangkan Adzlan dan rakan rakan ada bersamanya.
" Fine, lepas makan terus balik. " Yusuf terpaksa mengalah
Usai perbahasan kecil itu mereka diminta memasuki kereta masing masing dan kereta Adzlan yang akan jadi ketua kerana hanya lelaki itu yang tahu arah rumah mak saudara nya.
selepas menempuh perjalanan selama setengah jam akhirnya mereka sampai juga di perkarangan rumah banglo dua tingkat sangat luas juga rekaan ala ala rumah barat terpampang depan mata. Kedatangan mereka disambut baik oleh wanita dalam umur 45an dan gadis cantik yang mempunyai kulit putih melepak yang bernama Elena.
Gadis itu sangat cantik dengan selendang digayakan ala ala gadis turkey. Pakaian gadis itu sangat sopan. Terpukau Fauziah akan kecantikan Elena. Tak berkedip mata dia melihat gadis itu.
Namun reaksi yang lain kecuali Fatheehah, Fauziah, Amylia, Zubaidah, Hasya, Haura, Kumar, Aiman, Mustaqeem tampak sangat terkejut dengan penampilan baru Elena yang sangat berlainan.
" Itu Elena kan? Bukan kembar Elena atau kakak atau adik? " soal Nazni bingung.
Bukankah dahulu gadis itu gemar memakai pakaian yang sangat seksi dan ketat sehingga lekuk tubuh boleh terpampang. Penampilan gadis itu yang sekarang berbanding terbalik dengan dahulu.
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...