BAB 1

178 3 0
                                    

✧*。

                  SUASANA di hospital Silver nampak sibuk dengan doktor yang sibuk merawat pesakit, pesakit pula terlantar di atas katil wad dengan bermacam reaksi dan berlainan keadaan . Ada yang tertido lena, ada yang sedang menangis menahan kesakitan dan ada yang bermuka pucat, mayatla tu hehehe..
Manusia manusia sama ada bertitle Doktor,nurse, pesakit dan pelawat memenuhi ruang hospital itu.

Fauziah duduk sendirian di ruang menunggu menanti doktor akan keluar dari wad yang menempati sang sahabat yang demam. Ibu bapa sang sahabat masih lagi on the way. Maklumla mereka tinggal di Onyx City. Keluarga Mardiya pula tinggal kat Indigo City.

Sedang dia sibuk memerhati sekeliling sekaligus menanti kedatangan ibu bapa Mardiya, kelihatan beberapa nurse mendorong strecher menuju ke sebelah bilik Wad Mardiya. Satu sosok lelaki menarik perhatiannya. Tak berkalih dia melihat Lelaki tinggi bercermin mata, berkulit putih , rambut lebat dan memakai kemeja kerja dan lengan baju pula dilipat hingga ke siku.

Hmm...betullah orang kata lelaki yang suka lipat lengan baju kemeja hingga ke siku nampak menawan. Ke'enceman' lelaki tinggi lampai itu menyerlah. Malah beberapa gadis gadis yang ada di situ kerap tertoleh untuk melihat Lelaki bercermin mata itu termasuk dia hehehe... , nurse yang bertugas pun tampak malu malu dengan senyum meleret berdiri di sebelah lelaki itu.

Lelaki encem tu setia menemani sang sahabat atau adik beradiknya yang sakit.
Fauziah mengalihkan pandangan ke arah lain apabila lelaki encem tu 'ter' pandang dia ye la mana tak pandang dia duduk kat kerusi berdekatan bilik wad yang akan mula ditempati sang sahabat atau adik beradik tak pun saudara mara lelaki encem tu. lelaki bercermin mata itu meliriknya.
Mata bertemu mata, Fauziah tersentak detak jantung Fauziah tak beraturan macam nak keluar dari tempat pun ada. Tapi acara renung merenung itu hanya sebentar, mungkin tak berminat mahu pandang dia lama lama tahu la dia tidak cantik.

Isy....apa kau . merepek ni Fauziah?.
Lagi elok Lelaki bercermin mata itu alihkan pandangan dengan segera. Tak la kau dan dia dapat dosa free.

Bila Fauziah perhatikan betul betul wajah Lelaki encem tu yang dah masuk ke bilik wad 0311 tadi, dia seakan rasa macam familiar la.

Tiba tiba Fauziah tepuk dahinya sendiri.

' Allah Akbar ....tu kan tu.... macam mana la dia boleh lupa sedangkan 3 bulan yang lepas dia baru sahaja stalk Facebook lelaki itu. Mungkin efek ngantuk kut ye la dari malam tadi dalam pukul 10 malam dia bawa Mardiya ke hospital ni lepas tu peluang dia mahu lelapkan mata pun hanya setengah jam apabila banyak yang dia kena uruskan borang dahlah kena jawab banyak pertanyaan dari doktor.

Segala hal soal jawab antara dia dan Doktor, Nurse dan soalan pada atas kertas selesai jua pada pukul 3 pagi tadi. Dapatla dia lelapkan mata sebentar walau ia rasa rehat dia tadi tak berapa cukup. Ikutkan hati mahu sahaja dia membaringkan diri dan menyelesakan diri di atas sofa empuk yang terdapat di bilik wad Mardiya.

Fauziah segera bangun dari situ dia tidak mahu Yusuf melihat dia lagi. Dahla jantung dia tak berhenti dup dap dup dap tahula jumpa crush lama. Takkan perasaan ni still ada? Pesona Yusuf memang hebat. Perasaan dia yang dah lama mati pun boleh hidup semula. Tak boleh jadi ni....

Tapi sebelum tu dia mahu ke kantin, mahu makan, lapar. Jam pun dah menunjukkan pukul 9 pagi. Perut dia pun dah berbunyi minta diisi.

Sandwich, hot chocolate, kuih seri muka jadi pilihan, dia segera mendudukkan dirinya di meja makan yang disediakan di situ. Nasibla ada tempat kosong lagi. Kantin tu dipenuhi dengan manusia manusia yang hendak sarapan pagi. Ada juga segelintir orang take out sebab meja semua dah penuh.

Sedang dia menikmati sarapan paginya seseorang menegur... bukan.... dua orang
lebih tepatnya.
" Assalamualaikum, can we sit here? Meja semua dah penuh la " kata satu suara itu.

It is love.....?Where stories live. Discover now