BAB 47

54 1 10
                                    

Σ⁠(⁠ಠ⁠_⁠ಠ⁠)

        KATA tak peduli dan tidak mahu ambil tahu perihal Yusuf but why she can't take off her gaze away daripada terus melihat segala gerak geri lelaki itu sejak Yusuf sedang bermain catur dengan Nazni hingga lah lelaki itu beranjak ke lapangan rumput di tepi pantai menyusun kerusi untuk game pertama mereka. Sungguh sesiapa pun takkan mampu mengalihkan pandangan daripada terus menatap wajah kacak lelaki itu yang makin menyerlah dengan baju reunion bewarna violet. Sangat sesuai dengan kulit lelaki itu yang putih.

Serasa rendah diri lah pula kerana kulit Yusuf lebih cerah dan halus. Tak macam dia. Kusam, pakai lotion pun kadang-kadang je. Ikut mood rajin

Mata dia ni nakal lah sebab suka suki je mencuri pandang kat tunang orang itu. Tak baik!

Tapi setiap kali dia tak mahu menjatuhkan pandangan ke arah Yusuf namun matanya tanpa mampu ia kawal tetap tertuju ke tempat di mana lelaki itu berada

Satu yang buat Fauziah sakit hati dan cemburu adalah Ain

Gadis itu acap kali mencari kesempatan untuk sentiasa dekat dan mengajak Yusuf berbual

Haura pun tak mahu mengalah, konon gadis itu sengaja bertanya sesuatu tak lama meminta Yusuf membantu mengangkat kotak bersama

Rasyidah dan Evelyn tidak mahu ketinggalan juga.

Entahlah dia tak tahu lah nak gelak ke atau nak rasa cemburu kerana keempat gadis itu seakan bersaing mahu mendapatkan perhatian Yusuf

" Well, who wouldn't fall for him ..."

Rayyan menegur Fauziah yang berdiri sendiri di tepi pot bunga sambil memerhati Yusuf dalam diam. Dari jauh dia perhati gadis itu yang langsung tiada tanda mahu menghampiri Yusuf, gadis ini lebih memilih perempuan lain mengerubungi Yusuf. Fauziah ni pelik betul. Kalau lah dia boleh membaca fikiran orang semestinya orang pertama yang ia ingin baca adalah minda Fauziah. Rayyan mahu tahu apa yang difikirkan oleh gadis itu

tapi Rayyan dapat rasa Fauziah pun ada perasaan istimewa pada Yusuf

Ini kes ego ni, di mana gadis ni ada rasa suka namun memilih memendam perasaan itu sendiri

" He's so handsome and talented " sambung Hasya pula, gadis itu juga memilih berdiri di samping Fauziah daripada ikut mengurus peralatan untuk next game mereka. Alah ... tenaga dia tidak diperlukan lagi sebab ketiga gadis termasuk sang kakak sudah turun tangan mahu mengambil alih kerjanya

Tidak dapat dinafikan, semua orang pasti akan berkata begitujuga saat melihat Yusuf. Siapa je kan tidak terpesona. Fauziah yang telah lama menaruh perasaan suka pada lelaki itu sejak di tingkatan 1 lagi sampai sekarang gagal move on dek melihat Yusuf yang lebih hebat daripada dulu

Tak boleh nak munafik semua orang akan menyukai atau tergila-gila pada seseorang dari segi rupa, status semakin tinggi status kekayaan seseorang semakin tinggi juga orang itu digilai ramai. Konon tak suka lelaki handsome sebab poyo then at the end tersuka juga. Fauziah dapat pengalaman fakta ni daripada novel dan dalam drama akasia

Kata benci tapi terpaut juga. Dikarenakan rupa paras seseorang itu. Rupa yang menawan adalah salah satu sebab person easily falling in love

" Face everything to everyone ..." Fauziah akui dia pun tertarik pada Yusuf kerana rupa paras dan pencapaian lelaki itu semasa di zaman sekolah yang agak rare

Bayangkanlah lelaki itu berjaya mempertahankan tempat pertama either it in one whole school and in classroom selama 3 tahun berturut turut.

Masa ujian praktes PT3, lelaki itu mendapat tempat pertama 1 out of 357 dengan markah penuh aka straight A. Wosss.... siapa je tak teradmire akan kelebihan mamat sorang tu. Akibatnya penghuni sekolah heboh dengan pujian banyak yang dilontarkan pada lelaki itu.

It is love.....?Where stories live. Discover now