BAB 29

21 1 4
                                    

                                 ⁠❛⁠ ✧⁠* ⁠❛⁠ 

                     
                KEDUA jejaka itu memulakan pencarian setelah diberitahu oleh Amylia, Fatheehah dan Zubaidah tentang Fauziah tiada dalam bilik malah gadis itu juga tiada di kawasan kolam renang kerana selepas mengganti baju atau makan tengahhari mereka akan berkumpul semula di situ untuk makan tengahhari. Amylia dan Zubaidah ada juga mencari Fauziah di koridor hotel tapi tidak menjumpai juga. Fatheehah ada juga mencari di taman hotel namun tiada.

Oleh kerana itulah Amylia, Fatheehah dan Zubaidah memaklumkan ketiadaan Fauziah hanya pada Rayyan. Manatahu Rayyan tahu. Lagipun mereka tak nak hebohkan ketiadaan Fauziah dibuatnya gadis itu tak hilang dan berada di suatu tempat cuma gadis itu tidak memaklumkan pada mereka. Buat malu je.

Namun kenapa gadis itu tidak mengangkat panggilan mereka? Berpuluh-puluh missed call , message pun tak reply.

Tak sangka pula Yusuf pun ada kat situ bersama Rayyan sedang berbual di koridor hotel.

Kenapa Rayyan? Entahla mungkin sebab Fauziah nampak dekat dengan Rayyan.
Lagipun masa Fauziah hilang dalam hutan Rayyan orang pertama yang begitu risaukan Fauziah dan lelaki itu juga yang beriya riya mencari Fauziah sehingga gadis itu dijumpai.

Nampaknya masih tiada yang tahu Fauziah hilang walau Amylia, Fatheehah dan Zubaidah telah maklumkan pada Rayyan dan...Yusuf.  pasal Yusuf tiada dalam perancangan mereka untuk memberitahu perihal ketiadaan Fauziah tapi saat mereka menghampiri dan menyerbu Rayyan dengan informasi Fauziah hilang mereka tidak sedar Yusuf juga ada kat situ duduk bersama Rayyan.

Ahli reunion yang lain masih sibuk dengan bermacam cerita dan menikmati makan tengahhari mereka dengan gelak tawa.  Berbeza dengan Amylia, Fatheehah dan Zubaidah yang tak senang duduk. Mereka tengah dilanda kesusahan hati sekarang. Nak makan pun tiada selera.

Mahu suap makanan pun rasa macam tak mampu apatahagi nak telan. Rasa macam susah je nak telan makanan. Fokus dan selera mereka hilang semuanya kerana rasa risau memikirkan keberadaan Fauziah.

Harap harap la Fauziah dijumpai dan semoga Fauziah tak hilang atau tak kena culik. Aaamminnn...

Hasil pemeriksaan di CCTV hotel, melalui CCTV Yusuf dan Rayyan mendapat klu kemana Fauziah dibawa pergi oleh seorang lelaki berpakaian hoodie hijau lumut gelap. Tapi CCTV itu hanya takat sampai luar resort selepas itu mereka hilang jejak. Persoalan memenuhi mereka sekarang.

Rayyan terfikir, apakah lelaki itu ex-boyfriend Fauziah? Tapi takkan la sampai ikut Fauziah ke sini? Urusan mereka di masa lalu tak selesai lagi ke? Kasar sungguh mamat tu. Memang patut pun Fauziah tinggal.

Yusuf diam di tempat tapi minda sibuk berfikir. Dia tertanya tanya siapa lelaki itu pada Fauziah? Tampak lelaki itu menarik tangan gadis itu dengan kasar. Sudahlah tangan gadis itu sakit. Yusuf rasa cemas pula. Bagaimana kalau lelaki itu melakukan sesuatu yang tak baik pada gadis itu?

' Ya Allah ,... Lindungilah Fauziah .
Engkau peliharalah dia dari manusia manusia yang mempunyai niat jahat pada dia. ' doa Yusuf dalam hati.

Gadis itu benar benar tidak menepati janji untuk menjaga diri sendiri dan memastikan dirinya baik baik sahaja selama gadis itu ada di sini. Banyak benda berlaku pada gadis itu sampaikan dia jadi ragu dan tak yakin untuk membiarkan gadis itu sepanjang reunion.

Dan ini memang dah masuk ketiga kalinya benda buruk berlaku pada gadis itu.

Di kampung Donah pun sama, gadis ini memang berbakat benar hendak membuat dia risau dan silap silap boleh gugur jantungnya kalau asyik dengar Fauziah bukan dalam keadaan baik.

It is love.....?Where stories live. Discover now