BAB 7

22 1 0
                                    

 
                                 ✧*。

               "ZAFAR ..." tegur Yusuf. Dia mengisyaratkan Zafar untuk diam. Dia tidak mahu Zafar membuka cerita lebih lebih. Lihat sahaja reaksi Fauziah. Gadis itu tampak terkejut.

Zafar pula tidak berpuas hati dengan larangan Yusuf, niat dia baik dia cuma tak nak Fauziah menuduh mereka sibuk hal gadis itu. Yang mamat ni nak kisah tentang perasaan Fauziah, kenapa? Lantak la dia rasa bersalah ke, rasa malu ke. Tiada kena mengena pun dengan mereka. Zafar cuma mahu menyedarkan gadis ini untuk tidak menyusahkan Yusuf. Banyak lagi perkara Yusuf kena uruskan selain menjalankan amanah dari sahabat dan keluarga Fauziah. Dia pun tak nak Yusuf dipersalahkan kalau terjadi apa apa pada gadis degil ini.

Perdebatan antara Zafar dan Yusuf,
Fauziah biarkan sebentar, dia membungkukkan badan dia untuk membuka kasut yang menutupi kaki dia. Kaki dia dah start dah buat hal. Kakinya mengeras dan mula tak boleh digerakkan, kalau bergerak sedikit pun atau tersenggol ianya mengakibatkan sakit.

Penyakit cramp memang tak boleh bawa kompromi. Fauziah tak lagi membungkuk, dia menghempaskan punggungnya di atas pasir pantai. Tak peduli dah seluar kotor ke apa.

Dia meluruskan kedua kakinya lalu ia membuka jaket untuk diletakkan ke pahanya, baju putih t shirt berlengan panjang ia betulkan.

Fauziah meringis sakit apabila kakinya dipegang oleh satu tangan.  lebih tepatnya untuk menggambarkan situasi , kakinya dipegang oleh tangan yang berlapikkan  tuala kecil. Walau begitu, sentuhan itu mengakibatkan kaki dia sakit..

" Jangan pegang...."

Bukannya mengikut arahan, Yusuf malah mengurut kakinya tak perlahan , tak juga kuat tapi sederhana. Tangan kiri Yusuf dibalut menggunakan sapu tangan bewarna merah dan tangan kanan Yusuf pula dibalut dengan tuala kecil bewarna hijau agar menyenangkan proses urut dan pakej terbaik adalah tangan Yusuf berbalut tuala kecil dengan berbuat begitu automatik kulit mereka tidak bersentuhan.

Cerdik sungguh pemikiran. Well... Yusuf kan. Tak pernah tak cerdik. Ex top student.

Entah sejak bila Yusuf kenakan itu. Zafar pula setia memegang minyak angin dan memberi minyak angin itu pada Yusuf jika perlu.

Rayyan, hmmm....

Yang sorang tu sibuk dengan iPhone dia. Entah la apa yang mamat tu buat. Jangan telefon ambulans sudah, dia bukannya sakit sangat pun. Setakat cramp ni , sekejap je la.

" sorry sebab pegang kaki awak. But don't worries ianya berlapik. Plus ini dalam keadaan darurat. Takkan kitorang nak biarkan awak tanggung kesakitan sendiri. I hope this gonna help you untuk redakan sakit.  " Celoteh Yusuf, tangan tidak berhenti daripada mengurut kaki Fauziah. Kedua sapu tangan itu dah basah dengan minyak angin.

Hmm. .. betullah terapi ini membantu menghilangkan sedikit rasa sakit cramp. Pandai betul Yusuf mengurut. Serba cukup la Yusuf ni, dahla encem, pandai, baik hati, dan.... entah la.

" Thanks.... " ucap Fauziah sepatah. Dia malu mahu hadap Yusuf. Lelaki itu dah banyak tolong dia, tapi dia pula balas kebaikan  dengan masalah  merepek ini. Kesian Yusuf jadi mangsa keadaan.

" No big deal, saya tolong awak sebab awak tu tanggungjawab saya. I need to make sure that you okay, saya bawa awak ke reunion dengan keadaan sihat walafiat dan saya mahu bila reunion ini habis saya nak pulangkan awak semula pada keluarga awak dengan keadaan sihat walafiat, sama seperti di awal saya ambil awak. "  Baru sahaja dia berbunga bunga tadi apabila Yusuf caring dengan dia tapi tiba tiba bunga yang baru subur itu dicantas paksa.

Rupanya Yusuf baik pada dia hanya sebab 'amanah'.
Agaknya kalau bukan kerana amanah, Yusuf takkan pernah mahu tegur dan berbuat baik dengan dia? Tanpa amanah, akankah Yusuf memperlakukan dia semesra ini?atau dia dibiarkan sahaja?  Kalau baik pada dia hanya sebab amanah je, baik
tak payah....

It is love.....?Where stories live. Discover now