BAB 18

19 1 2
                                    

                                   ✧*。

               TERIK    matahari pada waktu tengah hari,hingga panas matahari mampu dirasa bahkan orang yang memakai baju tebal pun masih dapat rasa kepanasan. Kulit kalau dibiarkan terdedah pastinya akan terpanggang dek bahang matahari. Tapi rasanya emosi setiap anak muda yang berdiri di jeti itu sama panas juga dengan suhu matahari sekarang. Muka mereka usah dikata masam, tegang dan bengis.

Rasa teruja , gambira, lega kerana membayangkan mereka akan pulang sirna dek hilangnya bot besar mereka digantikan dengan perasaan hampa, kecewa, geram dan marah. Sesampai aje mereka di sana mereka tidak nampak kelibat bot besar itu. Puas mereka cari di kawasan itu namun hasilnya nihil. Seakan bot besar itu lenyap ditelan lautan dalam. Jejak bot itu pun mereka tidak dapat kesan.

Fatima, Syafina, Syarah , Aisya, Nabila Huda dan Arni Syahirah terduduk frustasi di bawah pokok yang redup. Berbeza dengan Fatheehah, Amylia, Zubaidah, Fauziah dan Riedzman hanya diam di tempat seraya memerhati yang lain melempar argument masing masing tentang misteri hilangnya bot

Selepas sahaja mengelilingi pantai dan jeti itu selama sejam 30 minit mereka beralih tempat ke pondok besar yang terdapat di situ. Penat usah dikata tapi demi mencari bot mereka gagahkan juga namun usaha mereka menemukan jalan buntu.

" Apa sekarang kita nak buat? Bot kita dah hilang. Macam mana kita hendak balik?" Soal Mustaqeem pada Adzlan yang terduduk penat. Kepalanya disandarkan pada bahu Amir Fikri

Adzlan menggeleng lemah.
" Don't ask me, I'm super tired. Finding bot in one hour 30 minutes made me exhausted. I felt like my leg will broke. " Adzlan memegang kakinya yang sakit.

" Macam mana bot kita boleh hilang? Takkan ada orang curi kut? Ke bot tu kena sorok dengan makhluk bunian? Mustahillah"
Kata Hafiz Hadi, lelaki itu merenung di mana bot itu kali terakhir ada. Minta minta bot tu muncul, dia mahu balik. Dia rimas kat pulau ni.

" Semalam bot tu ada lagi. Aku ngan Syarah datang check enjin sekaligus aku ambil barang aku yang tertinggal. " Jelas Adzlan dengan raut wajah sedih. Bot tu uncle dia punya kut. Kalau hilang habis la dia kena marah.

" Mesti ada dalang di sebalik semua ini. Pastinya orang yang sembunyikan bot tak nak kita semua balik sebab dia ada niat jahat " ujar Rayyan, dia pasti bot takkan saja saja hilang tanpa motif dari pelaku. Pelaku tu mesti inginkan sesuatu dari mereka.

Tapi pelaku itu mahu apa?

" Jangan kata ni ulah Pak Dol " kata Zafar pula. Dia memang dah agak pasti lelaki tua itu takkan sesenang itu mahu lepaskan Yusuf.

" Tak baik tuduh kalau takde bukti kukuh. Manatahu ni kerja orang lain. Pak Dol takkan buat semua ni. " bantah Yusuf.
Dia tak yakin Pak Dol sanggup buat perkara jahat pada mereka mengingat kebaikan hati dan faktor usia Pak Dol yang dah dimamah usia. Tak mungkin Pak Dol sanggup aniaya dia dan kawan kawannya.

" Kau ni masih lagi nak bela si Dol tu. Dia tu ada niat jahat kat kau. Kau masih nak percaya yang dia baik " Amir Fikri tidak terima Yusuf membela Pak Dol. Kawan dia sorang ni terlalu think positive, dah terang terang dah Pak Dol mahu perangkap lelaki itu masih lagi nak sebelahkan orang tua itu. Amir Fikri tak faham betullah.

" Ke kau suka kalau si Dol tu kahwinkan kau dengan cucu dia si Ika tu. Kalau kau nak cakap la awal awal tak perlulah dia guna trik kotor. Tak perlulah kita semua perlu hadap semua ni " Nak aje Syafina baling Yusuf guna pasir ni biar mata tu dipenuhi pasir.

Yusuf meraup rambutnya ke belakang tanda kusut. Semua ni terjadi kerana dia ke? Kalau iya bergunung rasa bersalah pada kawan kawan ini. Kenapa la perempuan suka sangat kat dia? Apa yang diorang dapat ?

It is love.....?Where stories live. Discover now