๑🍒๑
ZAFAR terduduk kaku di kerusi sofa merenung Yusuf yang sedang berdiri di tepi tingkap dengan muka tidak bermaya. Dia tahu lelaki itu sedih dan kesal akan kejadian malam tadi. Namun dia lagi terkejut bila dengar cerita Yusuf. Sehabis saja makan tengahhari tadi. Dia mengheret Yusuf masuk ke dalam bilik untuk menyoal siasat tentang keadaan lelaki itu malam tadi. Mereka mengharap kan tiada benda buruk terjadi namun harapan mereka tinggal harapan. Siapa je kan tidak tercengang. Nazni, Adzlan, Riedzman, Amir Fikri, Hafiz Hadi, Aisya, Amylia dan Syarah ikut sama kaku. Tiga perempuan yang menyibuk ikut masuk ke dalam bilik hotel Zafar oleh kerana mahu tahu apa yang telah menimpa Yusuf malam tadi.
Tapi masing masing berakhir terkedu sebaik sahaja Yusuf selesai bercerita akan kejadian lelaki itu bersama Elena dan seorang gadis misteri. Yusuf tidak pula menyebut nama gadis itu, entah apa sebabnya.
Mereka memandang Yusuf dengan mata membulat, mulut ternganga. Namun dalam pemikiran para gadis ada juga terlintas tentang betapa agresifnya Yusuf juga bila terpengaruh ubat perangsang. Ini kali pertama mereka mendengar Yusuf menyentuh perempuan lebih daripada sentuhan.
Padahal sebelum ini Yusuf diperangkap oleh perempuan-perempuan hauskan belaian namun berakhir melarikan diri kerana rasa jijik namun berbanding terbalik dengan yang ini. Siapa gadis hebat yang meruntuhkan benteng pertahanan Yusuf?
" You....you've touched her. Omo...." Aisya tidak tahu mahu marah atau nak simpati pada Yusuf dia malah rasa excited mendengar cerita Yusuf dan gadis itu mungkin sebab ini kali pertama Yusuf tak merasa jijik pada seorang gadis yang berada satu bilik dengannya
" But that girl saved him from Elena. Bayangkan la kalau perempuan tu keluar dari bilik then Elena menjumpai Yusuf sendiri dalam bilik tu ditambah kesan ubat tu dah mengambil alih separuh kesedaran Yusuf. Lagi teruk..." Ujar Nazni bagai menyokong tindakan 'that girl' yang tidak keluar dari bilik dan tolong membalut tubuh Yusuf dengan comforter.
" But he has stolen that girl's first kiss " sahut Riezman mengingatkan kejadian itu pada Yusuf membuat telinga lelaki itu memerah apabila terbayang aksi dia yang tak terkawal masa itu
Amir Fikri angguk " yeah and through Yusuf stories, it made me adore that girl. Dia tak mengambil kesempatan pun atas Yusuf padahal dia boleh kut berbuat begitu tapi dia buat yang sebaliknya iaitu mempertahankan diri daripada terus hanyut bersama Yusuf yang tiba tiba hilang kawalan, she's great! "
" Obviously she's a good girl ..." Kata Syarah memuji gadis itu, dia sebagai sesama perempuan merasa bangga mendengar tindakan gadis itu.
" Dan dia tak nak Yusuf bertanggungjawab ke atas dia. Wah....berani betul tolak tuah. Sedangkan jejaka idaman para gadis dah ajak kahwin. Kenapa agaknya dia tolak?" Tanya Hafiz Hadi macam lebih kepada diri sendiri.
Yusuf diam.
Yang lain angkat bahu tanda tidak tahu.
" Alhamdulilah, Syukur la kau jumpa gadis baik itu, Yusuf. Kalau perempuan lain yang bersama kau malam tadi mesti sekarang ni hidup kau kacau dan huru hara sebab perempuan tu akan minta pertanggungjawaban daripada kau . Alhamdulilah...." kata Zafar mencari sisi positif pada apa yang telah menimpa pada Yusuf dan gadis itu
Lega. Satu kata yang tergambar apa yang mereka rasakan sekarang kerana kalau hal sebaliknya yang berlaku confirm Amethyst Country ni heboh dengan berita jejaka idaman tertangkap basah atau jejaka idaman memperkosa seorang gadis. Itu satu hal, hal lainnya lagi reunion mereka akan hancur dan tidak berakhir seperti yang mereka rancangkan.
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...