BAB 10

32 1 3
                                    

                                   ✧*。
   
 
                    SETELAH selesai meletak barang barang mereka yang tak berapa banyak kerana mereka dimaklumkan hanya dua hari satu malam sahaja mereka berada kat situ jadi masa diorang tak la dihambat dengan mengemas barang barang ke dalam almari.

Fikir mereka, mereka akan mendapat tugas pertama mereka pada hari itu namun tidak kerana Pak Dol memberi peluang pada mereka untuk meneroka keindahan kampung Donah dan juga bermesra dengan penduduk kampung Donah. Memang bersorak besar la mereka sebab dapat peluang menghayati keindahan kampung Donah itu.

Di kesempatan itu, Zubaidah, Amylia dan Fatheehah tidak melepaskan peluang untuk bersuka ria dan jangan lupa mereka mahu mencipta kenangan indah kat situ. Fauziah yang tak tahu hendak buat apa memilih mengikut saja ke mana ketiga gadis itu pergi.

                                  ✿⁠ ( ❛⁠  ⁠❛

Ain, Haura memandang jengkel sebahagian anak anak dara kampung Donah itu yang berkerumun kat halaman rumah Pak Dol hanya kerana kehadiran Yusuf, lelaki idaman gadis gadis kampung. Halaman rumah kiri dan kanan penuh dengan orang ramai semata mata nak menyaksikan perlawanan sahabat bola tampar di antara member reunion dan jejaka kampung.

Dengan gelagat mereka yang dibuat ayu sehabis mungkin, siap ada yang berdandan cantik. Nak tarik perhatian Yusuf mungkin.

Dalam hati Ain menggerutu, mereka semua ni takde keje lain? Sibuk nak cari perhatian Yusuf.

Haura merenung Yusuf dongkol. Kenapa la lelaki itu selalu nampak handsome dan nampak menyerlah dalam sekumpulan itu. Kan dah ramai yang aim lelaki itu. Frust dia dibuatnya.

Siapa je kan tidak tertarik mahu menatap Yusuf yang sentiasa kacak dan menawan.
Lelaki itu nampak sangat segak walau tubuh tegap dan sasa itu hanya terbalut baju t-shirt lengan pendek bewarna violet sesuai dengan warna kulit Yusuf yang putih, seluar jog pants panjang jenama Fila bewarna hitam tersarung di kaki panjang itu. Topi hitam pula dipakai atas kepala secara terbalik menampakkan dahi lelaki itu yang licin dan mulus.

Bagaimana agaknya kalau para gadis gadis kampung ini semua nampak Yusuf dalam pakaian tuxedo atau baju formal, kemungkinan besar mereka akan pengsan terlalu terpesona akan kekacakan Yusuf atau lebih teruknya mereka ternganga sampai lalat masuk pun tak sedar. Membayangkan kejadian itu dalam mindanya membuat Haura terkekeh sendiri akan khayalannya.

Aisya merenung pelik pada gadis gadis kampung Donah itu. Kenapa mata diorang hanya mengarah pada Yusuf? Sedangkan Nazni, Amir Fikri, Riedzman, Hafiz Hadi, Rayyan, Angga dan Ali yang ada kat situ pun handsome juga.

lelaki bernama Akid yang sedang men servis bola itu pun tak kurangnya juga, kacak! . Dengan warna kulit tan, rambut lebat digunting kemas, kening tebal, hidung mencacak mancung, mata bulat, bulu mata lentik dan jangan lupa satu lesung pipit menghiasi pipi kanan lelaki kacak itu. Dengar cerita lelaki itu bukan jejaka kampung biasa biasa.

berbanding terbalik pula ada ahli member reunion perempuan yang terpesona dengan kecomelan Akid. Tak lepas pandang tau siap menjerit menyoraki lelaki itu. Siapa lagi tak tahu malu kalau bukan Syarah, Syafina, Nabila Huda dan Arni Syahirah. Tak tahu malu betul menjerit terlolong tak terkawal.

Sampai anak anak dara kampung Donah itu merenung mereka meluat. Sikap gadis bandar memang tak beradab ke apa? Sibuk menjerit sana sini. Tak tahu malu mempertontonkan tingkah mereka yang tak serupa anak dara. Mereka pun tak la beriak over camtu. Boleh jatuh air muka parents mereka itu fikir mereka.

Saling menilai tanpa mereka saling ketahui sesama mereka. Kampung girl vs City girl.

Sorakan city girl makin menjadi jadi bila team Yusuf menang. Makin meluat la kampung girl melihat mereka makin bergunung senarai buruk yang telah mereka listkan dari tingkah city girl yang tak serupa orang.

It is love.....?Where stories live. Discover now