◍•๑˙❥˙๑•◍
NEK Habibah menatap Aryani bersama senyum lebar terukir di bibir saat melihat gadis itu tampak sungguh berselera memakan makanan yang dimasaknya. Tidak henti henti gadis itu memuji masakan yang ia masak. Senang hatinya akan pujian Aryani juga dia gembira kerana sekarang dia ada peneman di meja makan tidak lah dia makan sendiri lagi
Sejak Harith bekerja sebagai doktor di luar country dirinya kesunyian di rumah besar ini bukan salah Harith juga kerana meninggalkan dia tapi semua kerana dirinya yang tidak mahu minta ditemani oleh saudara maranya. Dia tidak menyukai mereka kerana mereka semua bermuka dua.
Baik di hadapan tapi di belakang mereka memburuk burukkan dirinya.
Satu kenangan yang takkan ia boleh lupa di mana mereka menghancurkan kepercayaan nya pada mereka iaitu di mana saudara maranya datang menginap satu malam di sini balik saja mereka ke rumah masing-masing banyak cerita mereka putar belit di mana dirinya dikata seorang yang jahat, tidak pandai layan tetamu, kedekut, selepas itu dia difitnah kononnya ada hubungan terlarang dengan cucu sendiri memandangkan Harith hanya mahu duduk dengannya setelah kematian kedua ibu bapa iaitu anak dan menantunya.
Memang dia berang habis apabila adik tirinya si Shima memberitahu akan berita tipu saudara maranya yang bertandang ke rumahnya hari itu.
Apalagi dia serang mereka dan menuntut mereka kerana me'reka' cerita palsu,
Namun kesan daripada cerita mereka adalah sebahagian penduduk kampung mula memandang dirinya dan sang cucu serong dan juga merendahkan. Siapa je tak sakit hati para penduduk kampung bukannya menyoal siasat perkara sebenar yang berlaku, penduduk kampung terus manjatuhkan tuduhan pada mereka.
Maka daripada situ la Nek Habibah bencikan mereka semua, dia malas bergaul dengan orang orang yang mudah mempercayai bicara orang tanpa menyelidiki terlebih dahulu.
Kesian cucunya ikut terkena fitnah sekali tapi dia beruntung Harith seorang yang memahami dan tidak mudah melatah. Nasiblah mereka masih ada Shima, Ilyas dan kak Faridah yang membantu mereka menegakkan kebenaran
" Makanan nenek semua sedap, Yani suka. Nek nak tahu tak Yani tak pernah makan makanan sesedap ni. " Kata Yani sambil mencedok sayur bayam ke dalam piring dan sedikit kuah ke dalam piringnya
" Sebelum ni kamu tak pernah makan masakan kampung ke? " Soal Nek Habibah, dia mengunyah makanannya dengan pelan berbeza dengan gadis di hadapannya ini. Makan macam tak makan sebulan pun ada. Dia kena maklum la sebab gadis bandar mana makan makanan begini sebelum ini
Mereka tahu makanan western aje, tak makan makanan kampung ni semua dah. Bak kata Harith, makanan orang bandar adalah fast food, street food or makanan sushi, setengah masak.
Aryani geleng seraya menyuap nasi ke dalam mulut
" Yani jarang dapat makan macam ni sebab kat bandar Yani makan apa je yang ada depan mata atau makanan cepat saji sebab Yani busy work, kerja banyak sampai Yani tiada masa untuk cari makanan sihat hehehe..." Ungkap Aryani
" Takkan kamu tak ambil pembantu untuk tolong masakkan kamu, kalau kamu teruskan gaya hidup macam tu badan kamu akan mudah sakit, makanan cepat saji macam tu makanan tak berkhasiat. Memang la makanan begitu mudah, masak pun cepat tapi makanan begitu boleh memudaratkan tau tambah lagi kalau kamu makan hari-hari "
Nek Habibah berpendapat makanan cepat saji itu tidak baik dalam proses digestion, oleh kerana itu walau cucu lelakinya seorang doktor namun dia acap kali menasihati cucunya itu untuk tidak menkonsumi makanan cepat saji terlalu banyak.
" tak sebab Yani jarang selalu ada kat rumah, mostly Yani habiskan masa Yani kat hospital kalau dapat balik pun terus tidur dan makan apa yang ada dalam refrigerator atau makan kat restoran sebab Yani tiada masa nak berlama lama kat dapur, sebab tu Yani jarang dapat makan macam ni " jelas Yani setelah mulutnya tidak lagi penuh dengan makanan sembari tangan menambah nasi ke dalam piring
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...