BAB 20

31 1 2
                                    

                                  ✧*。

               POKOK pokok meliuk sana sini mengikut rentak tiupan angin, menggugurkan daun yang telah mati. Burung burung berterbangan pulang ke sarang . Kerja mereka mencari makanan telah usai kerana malam bakal datang menggantikan siang. Manusia manusia berjalan ke masjid untuk menyahut panggilan adzan dan menunaikan tanggungjawab pada Maha Esa.

lengkap dengan baju melayu putih, Yusuf mengimami solat maghrib dengan jemaah lelaki sebanyak 53 orang dan jemaah perempuan 41 orang. Dengan bersungguh sungguh dan penuh keinsafan Yusuf menyembah Allah S.W.T.  Tuhan yang Maha Esa. Ayat suci Al-Quran dibaca penuh penghayatan.

Doa dipanjat memohon dikurniakan pertolongan kerana sesungguhnya dia  hanya la manusia yang lemah yang bergantung sepenuhnya pada Allah S.W.T, dia juga memohon agar urusan nya dipermudahkan. memohon perlindungan daripada terjerumus pada manusia yang mempunyai niat jahat pada dia. Andai dia meninggal semasa melawan musuh, Yusuf redho dan dia takkan takut akan kematian.

Kerana mereka tidak tahu musuh seperti apa yang menanti mereka.

Dia juga tak lupa mendoakan keselamatan rakan rakannya, sahabatnya, kakaknya, abangnya dan ibu bapanya. Setelah itu zikir dan selawat pula mengambil tempat.

Masing masing jemaah lelaki memandang Yusuf hiba. Tak lupa mereka mendoakan keselamatan Yusuf yang akan berangkat selepas isyak.

suasana meja makan tidak lagi riuh dengan suara bingit Mustaqeem, Nazni dan tiada lagi gurauan yang dilempar oleh Zafar, Amir Fikri yang menceriakan meja makan seperti biasa. Mereka jadi risau akan keselamatan Yusuf. Mereka tahu disebalik wajah tenang Yusuf, minda lelaki itu pasti sibuk memikir.

Apa agaknya lelaki itu rasa bilamana dia akan ke sarang musuh sendirian? Takut?
cemas?

" Mana Rayyan, Ali dan Angga? " Yusuf membuka suara. Perilaku rakan rakan nya tak seperti biasanya. Dah jadi lelaki senyap ke mereka ni? Yang dia hairankan rakan rakan dia ni pakat pakai baju melayu tapi bukan warna putih la seperti dirinya.

" Diorang makan kat tempat Arni Syahirah dan yang lain. Katanya nak bergosip dengan Arni Syahirah. " Auta Mustaqeem. Iye iye je bergosip.

Berkerut dahi Yusuf. Sejak bila pula Ali dan Angga suka gosip. Kalau Rayyan iye la.
Pelik. Ke ada sesuatu yang mereka sembunyikan?

Yusuf merenung mereka satu persatu dengan penuh selidik. Mustaqeem pula hanya tersengih kerang busuk.

                                 ╹╹╹╹⁠ 

PARA penduduk kampung dan rakan rakan reunion bersiap sedia menghantar kepergian Yusuf yang akan menunggang kuda bewarna coklat. Lelaki itu akan diiring oleh Nek Kiki, wanita tua itu tahu di mana gua besar tersebut sebab dia pernah ke sana 5 tahun yang lalu untuk mencari herba.

Kuda coklat itu diusap lembut sebelum Yusuf menaiki kuda itu. Nek Kiki awal awal lagi dah naik atas kuda malah dah bersedia mahu gerak dan pergi.

Wanita itu jatuh kasihan dengan Yusuf. Lagi lagi lelaki baik hati dan hebat itu terjebak dengan niat jahat manusia. Dia selalu memanjatkan doa agar lelaki hebat itu tidak menjadi korban perbuatan manusia jahat. Dan dia berjanji pada diri sendiri akan menolong Yusuf sehingga nafas terakhir dia.

Pak Dol dengan wajah sedih dan gusar memberi pesanan pada lelaki itu agar berhati hati dan tidak gegabah. Hati tuanya jadi sayu.

Ika pula hanya merenung wajah kacak itu dengan rasa hampa dan risau. Semoga Yusuf baik baik saja. Pujaan hatinya itu nampak mengancam dengan baju melayu putih. Ingin sahaja Ika dakap tubuh sasa itu.

It is love.....?Where stories live. Discover now