BAB 12

22 1 0
                                    

   
                                *.✧              

               RIUH-RENDAH keadaan dalam rumah Pak Dol tak kira la di luar rumah, belakang rumah atau tepi rumah. Penduduk kampung Donah kini mengelilingi rumah tu sambil sibuk dengan kegiatan memasak,  memotong sayur dan sebagainya dan tak terlupakan mulut sama laju bergerak membicarakan jejaka hot. Namun keadaan di belakang rumah Pak Dol lebih riuh di mana pak cik pak cik, Yusuf, Ammar, Ali, Angga, Rayyan, Uwais, Nabil dan Johan turun tangan membantu menyembelih dua ekor lembu.

Mana tak riuh kalau anak anak dara kampung Donah lebih memilih mencuci mata melihat jejaka jejaka kacak yang bersatu di belakang rumah memudahkan mereka meng usyar. Dengan harapan jejaka jejaka kacak itu memilih mereka untuk dijadikan kekasih.

Lagipun semua kerja di dapur telah diurus oleh mak cik mak cik lebih tepatnya mak mak kepada anak anak dara semua tu. Mereka memberi peluang pada anak anak dara mereka memperlihatkan diri di hadapan jejaka jejaka itu dengan harapan jejaka jejaka itu tersangkut pada anak dara mereka dan mereka pun dapat la merasa ada menantu kacak.

Dan Pak Dol tak mahu ketinggalan sama seperti niat mak cik mak cik tadi namun berlainan cara. Ika disuruhnya membantu memegang pisau dan mengambil pisau. Diletaknya cucu dia berdiri di sisi Yusuf.

Disebabkan anugerah baik yang datang Pak Dol menjamu satu kampung Donah siap membiarkan dua ekor lembu miliknya disembelih lalu Pak Dol membeli 20 ayam.

Tugas Zafar , Amir Fikri, Mustaqeem Hafiz Hadi, Adzlan, Riedzman pula menolong Pak cik pakcik kat situ memotong ayam menjadi bahagian kecil.

Berlainan dengan rakan rakan perempuan reunion yang sibuk memotong sayur yang boleh tahan banyak. Sayur pun banyak jenis.
Sayur labu, bayam, kangkung, sayur cabbage, dan lain lain lagi.

Fauziah pula disibukkan dengan baby Nawra. Siapa lagi kalau bukan anak Kak Rai. Boleh wanita itu memintanya menjaga semata mata nak usha jejaka jejaka elok rupawan tu kat belakang rumah.

Apalah dah kahwin pun masih ada hati nak usha lelaki bujang. Suami Kak Rai tak cemburu ke?

Dan untungnya baby Nawra tak meragam dalam jagaan dia. Elok je diam dan tak menangis.

Sedang dia duduk menyusukan baby Nawra dengan botol susu yang dibawanya dalam beg yang telah disediakan oleh Kak Rai dia dihampiri oleh dua kanak kanak kecil yang berusia lima tahun. Dan yang paling menakjubkan adalah dua kanak kanak itu adalah kembar.

Comel betul keduanya.

Si budak perempuan bertocang satu mendudukkan diri di sisi kanan Fauziah dan budak lelaki itu ambil tempat di sisi kiri Fauziah

Keduanya ralit merenung baby Nawra minum susu.

" Comelnya baby menyusu " ujar budak lelaki itu.

" Nama akak siapa? " soal budak perempuan itu. Entahla kenapa budak perempuan tu tertarik untuk mendekati gadis tinggi itu padahal dia dan abangnya pemalu orangnya.

Diorang tak pernah dekat dengan orang asing malahan mereka takkan memulakan percakapan kerana mereka dilarang keras oleh atuk dan nenek mereka untuk tidak menegur orang asing.

Namun sekarang berlaku sebaliknya. Nek Fat yang berada dalam kerumunan mak cik makcik memotong sayur melihat cucunya menghampiri orang yang tak dikenali tersenyum haru. Cucunya mula terbuka pada orang fikirnya

" Panggil je Kak Zia, nama adik berdua apa?" Soalnya ingin tahu. Kanak kanak perempuan ni comel betul. Nak aje dia cium pipi gebu itu

" Nama saya Anas Afnan " jawab si budak lelaki memakai baju dark blue dan jogger pants hitam.

It is love.....?Where stories live. Discover now