BAB 34

19 1 0
                                    

                                  ●🍒●

          KERTAS       -kertas kerja yang menimbun atas meja kerja pejabat yang diminta perhatian untuk dikerjakan tidak mampu menarik fokus lelaki itu yang terduduk lesu di kerusi kerja dengan tali leher ditarik longgar, muka kusut dan tak bermaya walau lelaki itu cuba untuk menyibukkan diri agar permintaan sang abang dan kakaknya tidak terngiang ngiang di telinganya yang seakan menghantui hidupnya dan menganggu ketenangan mindanya sejak abang Adam mengutarakan permintaannya pada dia dan Kak Aina.

Sudahlah kerja menimbun belum lagi dia ada meeting dengan klien. Tenaga dia awal awal dah terkuras dek masalah atas permintaan sang abang yang baginya merepek dan mustahil untuk ia penuhi tapi dia tiada pilihan. Ash tersepit dengan permintaan terakhir sang abang dan keinginan dirinya untuk menolak.

Ash meletak pen ke atas tumpukan file lalu menyandarkan kepalanya pada kerusi kerjanya bagi merehatkan minda dan fikirannya yang sesak. Ini semua kerana sang abang. Ash memicit kepalanya yang berdenyut sakit. Lengan kemeja kerjanya ia singsing. Dia rasa rimas

Permintaan gila dan perbuatan gila abangnya yang melarikan diri daripada hospital yang menghebohkan mereka sekeluarga dan pihak hospital yang menerima amukan sang Umi. Tapi sia sia la kerja Uminya yang menghabiskan suara di hospital memarahi doktor dan jururawat yang bertugas. Adam takkan dapat dijumpai.

Ash sebenarnya memang tahu di mana abangnya berada kerana sang abang menghubunginya demi merealisasikan impian lelaki itu tanpa pengetahuan Abah dan Umi. Ash takkan sesekali beritahu keluarga dia sebagai tanda protes kerana Uminya bukannya risaukan keadaan abangnya malah risaukan perkahwinan abangnya dan Hawa yang tidak jadi.

Kalau abang Adam tahu pasti abang Adam akan merasakan kecewa berganda di mana sang Umi lebih mementingkan perkahwinan daripada kesihatan anak sendiri.

Biarlah abahnya dan Uminya mencari Adam hingga ke luar negara, dia dan Aina? Semestinya pura pura mencari Adam dengan kononnya ke hulu ke hilir mencari padahal mereka berdua tahu di mana Adam sebenarnya berada.

Kata kakaknya biarlah mereka menuruti keinginan Adam kali ni. Mana tahu itu adalah permintaan Adam yang terakhir kali sebelum lelaki itu pergi meninggalkan mereka. Doktor Harris pun ada beritahu keadaan kesihatan Abang Adam semakin down dan teruk ditambah lelaki itu pergi melarikan diri. Nasib la Kak Aina membawa dua doktor dan dua jururawat lelaki ke Arrietty Village untuk merawat Adam tanpa sepengetahuan Umi dan abah.

Doktor Harris salah satu doktor yang mereka bawa kerana lelaki itu tahu keadaan Adam dan lelaki itu yang merawat Adam.

Doktor Harris ada menasihati mereka supaya bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Oleh kerana itu, Kak Aina menyuruh dia memenuhi permintaan Abang Adam untuk berkahwin dengan Fauziah walau ia enggan. Dengan berat hati dia terpaksa kata setuju.

Ye, selain dia. Kak Aina juga tahu perihal rancangan Adam dan wanita itu menyokong plan Abang Adam. Juga dia menjadi sasaran lalu dipaksa untuk menuruti keinginan abang Adam. Jadi di sini Ash tiada pilihan selain menerima

Hal ini la yang membuat kepala dia kusut dan pening. Dipaksa bernikah sedangkan dia tiada perasaan istimewa pada gadis itu.
Macam mana nak kahwin?

Ash tak bersedia nak kahwin lagi kut, tak pernah terfikir oleh dia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Ash rasa buat masa sekarang dia tidak sesuai untuk berkahwin, dia mahu fokus menikmati single lifenya dan kalaupun dia terbuka hati mahu berkahwin dia hanyakan mahu calon isterinya itu adalah gadis idaman dia yang berjaya buat dia jatuh cinta berkali-kali

Cuma sekarang dia tidak lagi jumpa gadis idamannya. Mungkin tersesat kut sebab tu tak jumpa jalan ke arah dia

Tengahhari ini Abang Adam meminta dia menjemput Fauziah untuk dibawa ke Arrietty Village. Apa agaknya akan Adam lakukan agar Fauziah setuju? Dia tahu Fauziah takkan setuju seperti dirinya juga. Siapa juga nak kahwin secara mendadak tanpa berbincang dengan gadis itu? Tup tup terus kahwin.

It is love.....?Where stories live. Discover now