◍ ✧*。◍
WAJAH Shiha ia renung untuk memastikan jika soalan itu memang ditujukan pada dia atau pada orang lain. Mana mungkin pada orang lain di meja itu hanya ada mereka berdua. Mata bundar Shiha juga merenung dia serius. Dan itu maknanya soalan itu memang ditanyakan pada dia. Tapi kenapa pula Shiha boleh bertanya soal 'cemburu' pada dia dan lebih teruk lagi itu berkaitan tentang Yusuf." What do you mean? Kenapa pula aku perlu cemburu Yusuf dekat dengan perempuan lain? Aku bukannya ada hubungan istimewa dengan Yusuf. Dia tu cuma bekas kawan sekelas aku je la. " Soal Fauziah, dia pelik kenapa Shiha bertanya seakan dia ada hubungan dengan Yusuf. Dia berharap Shiha tidak berfikiran bahawa dia ada hubungan istimewa dengan Yusuf oleh kerana itu la dia menerangkan di akhir ayatnya.
Shiha mengukir senyum manisnya, dia tak patut ada perasaan tidak suka pada Fauziah hanya kerana gadis itu adalah isteri Yusuf. Dan perasaan curious hadir, kenapa Fauziah mahu menyembunyikan ikatan perkahwinan daripada pengetahuan semua orang? Kerana perintah Yusuf?
Shiha boleh berfikiran begitu kerana bukankah dalam novel kebanyakkan lelaki yang menyuruh perempuan menyembunyikan perkahwinan.
Tapi berbeza dengan ia lihat pada Yusuf. Lelaki itu tanpa sedar kerap kali menunjukkan sikap concern pada Fauziah. Bukankah perhatian berlebihan itu menunjukkan keduanya ada hubungan istimewa yang mengharuskan si lelaki memerhatikan si gadis.
" takde salahnya seorang isteri cemburu wahai Cik Puan Fauziah. Aku kagum at the same time pelik dengan kau sebab kau langsung tak cemburu pun. Bagusla, kalau kau cemburu setiap saat kemungkinan hari hari kau makan hati. Ni la resiko kalau kahwin dengan lelaki handsome " Bicara Shiha tanpa dipinta.
Banyak cakap juga ek si Shiha ni ingatkan bila dengan orang lain hanya diam dan bercakap bila ditanya dan perlu sahaja.
Dahi Fauziah berkerut seribu dek ucapan Shiha. Mana gadis itu dengar? Siapa beritahu informasi palsu itu? Rayyan? Tapi lelaki itu takkan saja saja beritahu kalau tiada siapa pancing. Kalau bukan Rayyan siapa?
" eh? Isteri? Aku rasa kau dah salah faham ni, Shiha. Aku bukan isteri Yusuf. Kau kan tahu sendiri Yusuf tak kahwin lagi. Tunang ada la. " Bantah Fauziah. Dia rasa panik pula adakah bukan hanya Shiha sahaja yang tahu? Minta minta la keluarga Ain tidak mengetahui hal palsu ini. Ini sangat la memalukan. Tidak apa juga kalau Yusuf tidak terlibat sama.
Nanti dia dicop terhegeh hegeh mahukan Yusuf sampai membuat status palsu.
" By the way, siapa beritahu informasi salah itu? " soalnya lagi. Dia nak sangat tahu siapa yang memandai mandai ungkit status palsunya. Dia mahu meluruskan fakta bahawa itu tidak benar dan menbawa orang itu berbincang agar tidak lagi menyebar informasi salah.
Shiha memaklumi akan penafian Fauziah tentang statusnya dengan Yusuf. Shiha dah boleh agak dah. Oleh kerana itu dia tidak langsung terkesan akan bantahan Fauziah.
Dia lebih percaya pada Yusuf dan Rayyan." Secret ... " Kata Shiha dengan senyum lebarnya. Memang tak la dia akan beritahu mahu dia kena bebel dengan Rayyan. Lelaki itu dah awal awal memberi amaran pada dia untuk tidak ungkit hal ini dengan sesiapa pun.
Pulak dah ... Rahsia. Habis bagaimana Fauziah hendak membanteras informasi palsu ini daripada terus menyebar.
❣️❣️❣️
" TANPA membuang masa lagi, mari kita mulakan game kita pada hari ini. " Hasya selaku pengacara mereka membuka kata apabila semua peserta telah selesai makan sarapan pagi dan selesai membuat birthday surprised untuk Ain . Kini semua peserta berkumpul di hadapannya mengikut kumpulan masing masing. Rayyan seperti biasa memotret gambar dan tanpa mereka semua sedar tanpa mereka tahu lelaki itu merekod video. Untuk sesuatu...😁 Dia ada terfikir nak buat Vblog. Mesti gempak kan?
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...