BAB 38

27 1 1
                                    

                                 ◍✧⁠*◍

                 GAUN   pengantin putih yang tersarung di tubuhnya ia pandang dengan tatapan sayu. Mukanya yang telah dirias cantik dengan make up simple dipandang hampa. Hari yang ditunggu oleh Adam di mana lelaki itu mahu menyaksikan dia dan Ash berkahwin akhirnya tiba juga. Dia sedih kerana dulu dia mengharapkan perkahwinan dia akan terjadi sekali seumur hidup dan dia tidak mahu merasakan yang namanya penceraian tapi keadaan akan memaksa dia berbuat begitu nanti. Dia pun tak nak hidup bersama selamanya dengan Ash. Mereka tak sesuai hidup bersama.

Macam dalam drama tv dan di dalam novel
Berkahwin kerana bukan keinginan, membuat keputusan untuk bercerai setelah si pengatur majlis pergi. The most exciting part dalam plotline cerita they in love each other in decided to stay in the marriage. Happy Ending!

Fairytale... Itu semua hanya berlaku dalam novel atau drama. Realitinya, tak seindah seperti dalam angan angan. Dia dan Ash tak sesuai untuk berganding bersama.

Lihat saja la bagaimana Ash memusuhi dia kerana dia menolak lelaki itu jatuh terduduk, itupun nak marah. Seluar mamat tu kotor sikit je pun. Yang moody macam orang datang bulan kenapa? Fauziah tak faham betul. Malang betul nasib dia sebab dapat bakal suami pendendam seperti Ash. Boleh tak dia melarikan diri daripada majlis kahwin ni?

Tapi dia nak naik apa? Datang sini pun dia bersama Ash, taksi pun jarang masuk ke kawasan sekitar Arrietty Village.

Fauziah menghembus nafas besar dengan agak kasar kerana rasa frustasi yang ia rasakan. Dia rasa nak nangis la. Dia tak rela Ash menjadi suami dia.

Warghh.... mak nak balik!

Sejak dia menerima permintaan Adam pada hari itu juga dia tekad untuk meminta cerai pada Ash apabila Adam tiada nanti. Buat apa dia bertahan kalau keluarga Adam dan Ash pun tak suka dia sebab tu permintaan Adam mereka tolak.

Satu lagi yang meresahkan Fauziah, sangkanya majlis perkahwinan ini hanya dihadiri oleh saksi, Tok kadi dan orang penting tapi mata dia bagaikan nak terkeluar semalam bila lihat ibu, bapa dan keluarga besar dia yang lain ada kat sini bukan saja itu rakan rakan reunion yang lain pun ada kat sini cuma dia tak nampak kelibat Yusuf dan Rayyan.

Adam benar benar menyiapkan pernikahan dia dengan sempurna bahkan siap membuat majlis kahwin untuk dia dan Ash bahkan menjemput kawan kawan reunion dia padahal Adam tidak perlu melakukan itu semua, cukup ijab kabul di pejabat agama dan selesai.

Helaan nafas dilepas untuk ke sekian kali, buat apa semua ini kalau dia kahwin dengan lelaki yang ia tak cintai selepas ni mereka berdua akan berpisah juga. Membuang duit je

Apa kata keluarga dia nanti bila tiba tiba mereka mendapat khabar anak sulung mereka jadi janda? Pastilah mereka akan marah kerana dia tampak seperti mempermainkan perkahwinan suci ini. Tapi bukan salah dia juga tuh salahkan Ash.

Haih ... belum pun kahwin kepala dia sakit memikirkan nasib dirinya dan amukan keluarganya.

" tak payah la tenung muka kau lama lama kat cermin dah cantik dah tu. Kau nervous ek? " Tegur Adik perempuannya Rohana,  Gadis pendek itu cantik dalam sepersalinan baju dress labuh bewarna purple.

Fauziah hanya senyum tipis takde mood nak balas perkataan adiknya. Fikiran dan mindanya tengah serabut dengan masalah nasib perkahwinannya di masa depan di mana selepas kahwin ini, dalam satu bulan dia dan Ash akan bercerai lalu dia jadi janda. Pasti ramai yang akan menghina dirinya. Mesti mereka akan mengatai dirinya tak diinginkan oleh lelaki bergelar suami.

Haih .... otaknya ini advance thinking betul buat dia takut je. Nak lari la macam ni

Rohana yang faham kakaknya tidak mahu membalas katanya menggamit sang kakak untuk keluar dari dalam bilik yang dihias dijadikan bilik pengantin, dia mahu membawa sang kakak ke dewan di mana majlis akad akan diadakan. Di sana semua orang sudah menanti kemunculan kakaknya kerana pengantin lelaki pun dah sampai dahulu.

It is love.....?Where stories live. Discover now