๑˙❥˙๑
" KAU gila ke, Sofia! Kau minta cuti then kau tipu Dr Bara yang nenek kau sakit semata mata nak stalk mamat Yusuf ni ke Rafflesia City. Kau sedar tak kau hanya orang asing dalam hidup dia. Dia takkan terima kau. Kenal pun tak! "
Diana tak faham benar lah dengan sifat kawan baiknya ini. Sanggup menipu demi lelaki, kenal mereka pun tak. Hanya setakat mereka mengidolakan mamat tu. Lepas tu sanggup berhabis duit semata mata nak ke Pulau Permata.Jauh tu ....
Takpe juga kalau minah ni pergi sendiri tapi boleh pula heret dia sama then naik kereta dia. Baik punya idea minah ni! Kalau bukan kawan baik dah lama dia tinggal kat tengah jalan, sudahlah sekarang nak dekat waktu tengah malam minah ni tak boleh agaknya tunggu esok nak juga bertolak malam ni. Kalau bukan pasal kawan baik juga dia takkan tolong minah ni untuk perangkap mamat Yusuf tu.
Tapi kalau Sofia beruntung dengan dapat kahwin dengan Yusuf boleh la dia tumpang sekaki dan manatahu dia boleh guna trik yang sama untuk ikat sepupu Yusuf yang bernama Ziel Eleanor tu. Boleh tahan kacak juga.
" No worries, lepas ni my future husband aku tu akan kenal aku, kau dan our big family. Kau jangan risau la Dr Bara takkan tahu, alah tipu sekali sekala takpe " jawab Sofia dengan penuh yakin , tangan sibuk memegang iPhone nya untuk mengstalk IG kawan-kawan Yusuf
" Kau ni menjawab macam banyak pahala je, by the way mana kau dapat keyakinan untuk perangkap usahawan muda tu? " Tanya Diana, mulut bercakap tapi mata tengok ke depan. Dia kan tengah drive, dahlah drive tengah malam so dia kena extra hati hati
" Dalam novel dan Wattpad " mudah saja Sofia menjawab berbanding dengan Diana yang ternganga mendengar jawapan Sofia yang pendek akal. Minah ni terikut saran daripada novel ke apa. Ke feeling heroin ...
" What?! " Biar betik, nak aje Diana tepuk dahi Sofia biar sedar sikit. Ni semua pengaruh novel dan Wattpad rupanya
" I'm serious, tajuk novel ' Be Mine ' dan tajuk kat Wattpad pula ' my cold husband ' best tau kedua cerita tu. Banyak idea dan pengajaran yang kita boleh ambik. From there aku belajar banyak benda and yeah
this both is my favorite stories "" Novel Be Mine dan Wattpad ' my cold husband ' bercerita tentang apa? " Soal Diana ingin tahu. Dia mahu tahu apa yang membuat kawan baiknya ini tertarik pada cerita itu
" Be mine, kisah tentang Haryani terlalu cintakan Firdaus hingga sanggup buat apa sahaja demi memiliki lelaki idaman dia tu. Then one day, Haryani plan untuk perangkap Firdaus and her plan succeed they get married. Walaupun Firdaus bencikan dia dan tak suka dia but at the end Firdaus jatuh cinta juga dengan Haryani sebab Haryani cantik, sexy dan pandai. Alhir cerita, they got happy ending " riang benar Sofia bercerita
" And Wattpad My cold husband pula bercerita tentang Khadijah, seorang model sexy, gorgeous dan tak tahu malu. Khadijah jatuh cinta pada Shamer Shauqeen, seorang CEO kat hotel padahal mereka tak saling kenal pun. Khadijah jatuh cinta pun sebab Shamer Shauqeen tolong Khadijah bayarkan barang belian dia kat kaunter. Then daripada situ dia selalu ke office Shamer Shauqeen untuk goda cold man itu walaupun dia tahu lelaki itu dah ada tunang tapi Khadijah tak peduli kerana selagi lelaki itu tak kahwin lagi dia masih ada peluang. Selepas tu, ada satu hari pertahanan cold man luluh juga hingga dia tergoda dengan godaan Khadijah. After that Shamer Shauqeen terpaksa kahwin dengan Khadijah demi untuk bertanggungjawab. Kita pendekkan cerita, Shamer Shauqeen terpikat juga dengan Khadijah kerana gadis itu cantik sangat, baik dan berubah jadi gadis hebat. In short, they got happy ending too with baby twins. The end! "
Dari yang Diana dengar, menurut dia kedua cerita itu mempunyai jalan cerita yang hampir sama cumanya Khadijah tak perangkap Shamer Shauqeen, gadis itu cuma goda that cold man. Kedua karakter lelaki itu terpikat hanya kerana Haryani dan Khadijah cantik dan sexy. Dasar lelaki!
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...