◍•ᴗ•◍
DIA mengalihkan wajahnya ke arah lain. Tak betah rasanya memandang wajah itu lama lama. Tak baik untuk kesihatan jantungnya. Fauziah sangat yakin perasaan ini hanya sementara. Sama seperti perasaannya dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dahulu. And then this feeling gone dengan sendirinya. Dia akan pastikan perasaan ni akan pudar sebaik sahaja Reunion itu berakhir.
" So......" Ain memandang Fauziah.
" Fine, aku setuju nak join Reunion ni but aku nak jumpa Mardiya jap. Aku mahu bagi kunci rumah pada Mardiya " putus Fauziah akhirnya. Kunci turut ditunjuk pada mereka sebagai bukti dia tak tipu dengan kata kata nya , manatahu mereka fikir dia nak larikan diri lagi.
" Syarah kau teman Fauziah jumpa kawan dia. Kalau ada apa apa telefon je kitorang. Kitorang tunggu kat parking lot. " Kata Yusuf tapi bunyinya itu kedengaran lebih pada mengarah.
" Ain pun kena ikut aku dengan Fauziah. " Syarah tarik tangan Ain merapat dengannya. Fauziah hanya memerhati gelagat mereka.
" Baiklah. See you guys in parking lot. Jangan lama lama diorang dah tunggu kita lama" kata Adzlan memberi peringatan. Macam tak tahu kalau perempuan dah seronok berborak boleh lupa masa Tau.
" Ok" ujaran Adzlan dibalas Syarah dengan simbol ok .
KEKOK satu kata yang mengambarkan situasi Fauziah. Dia hanya memerhati Syarah dan Ain ralit benar berbual entah apa yang Fauziah tak dapat nak catch up. Mahu sampuk perbualan mereka, tak elok pula. Lagi merimaskan Fauziah apabila Syarah bertembung dengan rakannya di hospital itu. Berbual tak ingat dunia la. Dia orang ni lupa ke tujuan asal? Teruja benar Syarah melihat teman lamanya itu. Fauziah membuat keputusan meminta izin pada keduanya mahu ke bilik wad Mardiya agar urusan nya segera selesai. Syarah dan Ain mengizinkan dia pergi asalkan dia kembali ke situ semula.
Keluhan penat dilepaskan apabila dia mendapati Mardiya tiada di bilik wad.
Menurut Nurse yang bertugas di situ Pesakit bernama Mardiya dibawa ke tingkat 2 di mana Mardiya perlu diperiksa lebih lanjut takut takut Mardiya menghidap demam denggi. Kerana mengikut laporan demam Mardiya tidak surut surut.Langkah dibawa menaiki tangga walau begitu Isi kepalanya sibuk memikirkan kenapa dengan Mardiya, semalam dia lihat Mardiya makin sihat? Bermacam lagi persoalan persoalan memenuhi kotak fikiran sampaikan Fauziah lupa akan sesuatu, dia lupa mahu memaklumkan pada Syarah dan Ain dikarenakan risau punya pasal akan keadaan Mardiya. Tempoh hari Doktor Riana kata demam Mardiya tidak tinggi. Mardiya hanya terkena demam panas.
Syarah tidak boleh duduk dengan benar apabila Fauziah masih lagi tidak kembali sejak satu jam yang lalu. Terpapar wajah cemas di wajah Ain juga.
" Fauziah ni kemana? Menyusahkan betullah....dahlah nombor fon dia pun aku takde. Aduii...kau kemana? Tak boleh ke tak menyusahkan orang. " bebel Syarah sambil meliarkan pandangan ke sekeliling hospital itu.
" Jangan jangan dia lari tak" kata kata Ain bukannya menenangkan Syarah malah menambah kecemasan Syarah.
" Alamak....minah tu dah setuju nak join Reunion itu takkan tiba tiba ubah pikiran pula. Menyusahkan orang betullah. " Dalam membebel Syarah mendial nombor seseorang di layar skrin telefon. Dia memang give up akan hal menjejaki Fauziah. Jadi dia perlu pertolongan yang lebih pandai.
" Kau nak call siapa?" Soal Ain heran.
Tadi Syarah kata dia tiada nombor
Fauziah." Aku nak call Yusuf... Let him settle this annoying problem. " Jawab Syarah, telefon ia lekapkan pada telinga. Dia menunggu Yusuf mengangkat panggilannya.
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...