◍ ✧ ◍
TERPAKSA dia harus tangguhkan dulu sesi menyoal dan menuntut penjelasan daripada Ash dan Adam. Dia harus memikirkan itu nanti namun yang penting sekarang dia harus mengetahui keadaan Adam yang sekarang berada di bilik rawatan beberapa minit yang lalu. Dia sangat merisaukan keadaan Adam. Apakah lelaki itu akan baik-baik saja?
Tapi perasaan risau dia tidak sebanyak apa yang dirasa Ash, lelaki itu berdiri di tepi muka pintu bilik rawatan menanti doktor keluar dengan gelisah. Terpapar jelas di raut wajah Ash.
Petang tadi Adam pengsan di muka pintu dewan sebaik sahaja majlis selesai . Entah kemana Adam hendak pergi tapi Mak Noor tiba tiba menjerit bersama isak tangis hal itu mengejutkan semua orang yang ada di dalam dewan itu sambil berteriak bahawa Adam tidak sedarkan diri.
Ash, Yusuf, Ehsan dan Dr Harith berlari ke arah lelaki itu bagi memeriksa keadaan Adam yang tergeletak tak berdaya di tepi pintu dewan seraya dipangku oleh Pak Saad namun Harith menyarankan Adam dibawa ke hospital kerana keadaan Adam sepertinya teruk apatahlagi lelaki itu tidak mengikuti kemoterapi malah memilih menghabiskan sisa hidupnya di Arrietty Village mengakibatkan tubuh Adam melemah
Malam itu, Adam terpaksa dibawah oleh ambulans ke hospital Raven di Indigo City kerana hospital di sunflower city kekurangan peralatan perubatan jadi Harith membuat keputusan terpaksa membawa Adam semula ke hospital utama di mana perubatan dan perawatan lengkap di sana.
Ash sebagai keluarga Adam menyetujui saran Dr Harith kerana dia tak nak kehilangan sang abang. Sepanjang majlis abangnya tampak baik-baik sahaja tapi kenapa lelaki itu boleh pengsan. Nyatalah abangnya suka benar memendam rasa sakit sendirian hingga tidak memberitahu mereka akan keadaan lelaki itu.
Fauziah kesian melihat Ash, mata lelaki itu yang selalu menghunus tatapan tajam buat dia kini memerah menahan tangis. Lelaki itu tampak tidak bermaya hingga Fauziah mahu menghulur bantuan untuk memandu kereta Ash ke Indigo City. Dia pun mahu ikut ke Indigo City untuk mengetahui keadaan Adam. Hatinya rasa tak tenang
" Let me drive you to Indigo City, hari tu kau dah bagi aku tumpang ke sini. So biar aku pula --.... "
Sepertinya Fauziah lupa tentang status barunya yang baru saja bertukar petang tadi hingga melupakan batasan yang seharusnya gadis itu letak pada lelaki lain selain pada lelaki yang bergelar suaminya. Sepertinya Fauziah melupakan kehadiran Yusuf
" Nope, biar Ehsan yang drive kereta Ash, don't worries Ash tak sendiri akan ada yang teman Ash. Awak pula naik dengan Abang " sampuk Yusuf dan memotong bicara Fauziah pada Ash. Dia tak setuju dengan tawaran yang ditawarkan oleh isterinya.
Fauziah menoleh ke sampingnya di mana Yusuf datang bersama Ehsan dan Pak Saad dari dalam hospital kerana mengurus bil hospital dan juga tadi dia sempat melihat mereka berbicara dengan Dr Harith sebelum lelaki itu berangkat pergi menaiki ambulans, Dr Harith bertugas memantau keadaan Adam manakala pula Fauziah dan Ash menunggu di parkiran kereta bersama Mak Noor yang duduk di kerusi yang tersedia di kawasan itu sembari menelefon anak dara wanita itu .
Yusuf seperti biasa selalu segak, nampak memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihat termasuk la para nurse dan doktor perempuan tadi yang acap kali melirik lelaki itu semasa di koridor hospital. Ada juga para pesakit mencuri pandang ke arah Yusuf. Sungguh pesona lelaki itu sangat kuat hingga menarik perhatian semua orang. Tak pelik la kalau ramai yang jatuh cinta pada pandangan pertama.
Ini kali pertama Fauziah melihat Yusuf memakai hoodie selalunya lelaki itu gemar memakai jaket. Dah tukar style ke?
eh? jap ... Abang? Yusuf bahasakan diri dia Abang?
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...