,,,,,,,,,,,,
DALAM tiga jam mungkin dia berendam di dalam bath tub dan pada masa itu juga dia merasakan tidak ada lagi kesan ubat dalam dirinya. Tiada lagi rasa sesak dan panas membelenggu dirinya. Nafasnya kini kembali teratur. Kepalanya pun dah tak pening. Yusuf melerai ikatan tali yang ada kat hujung kakinya. Tidak susah pun nak dilepas tanpa bantuan daripada benda seperti gunting atau pisau. Tambah lagi susah untuk dia dapatkan dua benda itu kerana dia tidak akan mendapati gunting dan pisau dalam tandas. Selain itu, Fauziah tidak mengikat terlalu kuat tali itu pada badannya memudahkan kerjanya.
Comforter nipis itu memberat bila terendam dalam air. Agak sulit juga dia mahu singkirkan comforter nipis itu.
Tuala yang memang sedia tergantung kat tempat penggantung tuala ia capai sebaik keluar dari bath tub. Baju kemeja hitamnya yang melekat pada badannya hingga badan sasa dan perut kotak-kotaknya membentuk pada kain baju dek kerana basah ia buka.
Badan dia mengigil kerana kesejukan. Siapa je boleh tahan sejuk bila berendam tengah malam selama tiga jam 25 minit pula tu. Ingat dia tak kira ke?
Habis kecut semua urat dan otot dalam badannya. Sampaikan tangannya yang sedia putih bertambah putih pucat bagaikan tiada aliran darah dalam badan.
Tuala lagi satu ia ambil untuk menutupi badannya. Mahu pengsan Fauziah gamaknya apabila melihat dirinya yang hanya bertuala. Tambah lagi dia perlu mencari baju dan seluar untuk ia pakai.
Tidak mahu berlama lama dalam tandas pintu tandas ia buka, dan membawa dirinya keluar dari tandas.
Dan terpampang la Fauziah yang lena diulit mimpi dengan gaya duduk dan bersandar ke kepala katil. Kepala gadis itu memiring ke sisi kiri memandangkan pintu tandas terletak berhadapan dengan katil membuat Fauziah menjadi orang pertama yang dilihat oleh Yusuf. Selendang hitam setia menutupi kepala Fauziah daripada rambut gadis itu terlihat olehnya
Pasti gadis itu kepenatan kerana melayan kerenah dia malam tadi. Rasa bersalah dan bersyukur memenuhi perasaan dia. Bersyukur kerana Fauziah orangnya yang terperangkap satu bilik dengan dia. Kalau perempuan lain mungkin seharian penuh dirinya akan asyik muntah dan merasa jijik. Semestinya badan dia akan melemah dan mudahla para perempuan gila itu akan mengambil kesempatan pada dia.
Senyum tipis diukir buat gadis itu
" Syukran Fauziah, Jazakallahu Khairan ... " Ucapnya dengan nada ikhlas dan dia amat menghargai perjuangan gadis itu dalam melawan godaan dia.Tidak mahu memandang gadis itu lama lama dia membuka langkah ke almari baju.
Dia cukup bernasib baik kerana dapat menemukan beberapa baju t-shirt besar dalam almari itu lalu baju t-shirt bewarna coklat menjadi pilihannya. Entah milik siapa baju ni?Baju t-shirt coklat itu dipakai dipadankan dengan seluar tracksuit hitam yang muat di badannya sesekali Yusuf melirik ke arah Fauziah takut jikalau gadis itu terbangun dan melihat dirinya sedang berpakaian. Selesai berbaju Yusuf mengeringkan rambutnya menggunakan tuala lalu melirik Fauziah, gadis itu masih tidur. Baguslah, tidak la keadaan dalam bilik ni terasa canggung nanti
Yusuf mencari sejadah kerana dia mahu menunaikan solat tahajud.
Pergerakan Yusuf kesana kemari dalam bilik itu tidak mengganggu lena Fauziah. Gadis itu langsung tidak merasa terusik dan ralit melayan mimpi. Mungkin gadis itu dilanda kantuk yang amat
Sehinggalah Yusuf selesai menunaikan solat tahajud, solat taubat, solat Qabliyah dua rakaat sebelum subuh dan membaca doa. Tak lupa dia sujud syukur menzahirkan rasa lega dan gembira kerana dirinya masih lagi terpelihara dari 'menyentuh' mana mana gadis yang bukan halal untuknya.
Juga Yusuf menyampaikan rasa syukurnya tentang dia dan Fauziah tidak berakhir dalam hubungan haram
Lena benar Fauziah tidur sampai tidak sedar Yusuf duduk di sisi katil setelah melipat sejadah sambil memerhati dirinya yang tengah diulit lena dengan tudung di kepala tidak dibuka. Itu mungkin kerana Yusuf ada dalam bilik ni.
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...