Nafa Arleanne Karyl seorang gadis lincah anak kepada ahli konglomerat yang terkenal Datuk Johan Mehboob Al Amin dan pasangannya Datin Zara Najla Smith. Gadis kacukan Melayu, Arab dan Inggeris ini mempunyai wajah yang jelita dan tinggi lampai. Terima kasih atas jasa papa dan mama, dia mempunyai wajah kacukan yang menjadi dambaan ramai.
Handal menunggang kuda, cekap dalam memanah dan juara berenang merupakan pakej lengkap bagi gadis muslimah tapi malangnya pemakaiannya tidak menepati ciri-ciri muslimah. Rambutnya yang ikal mayang berwarna kecoklatan, mengurai indah menghiasi kepala. Walaupun dia gemar memakai seluar panjang tetapi baju dan seluar mesti ketat hingga hampir melekat di badan. Sememangnya dia tidak gemar memakai dress tak kira labuh atau pendek sebab dia tidak suka mendedahkan kakinya.
Matanya yang berwarna coklat jernih merupakan aset yang paling menonjol, memikat lelaki-lelaki tua dan muda. Mata yang menikam kalbu sesiapa saja yang bertemu dengannya, membuatkan kepala berpusing dua kali setiap kali berpapasan dengannya. Namun Nafa Arleanne Karyl tidak pernah peduli dengan tatapan mata keranjang lelaki-lelaki itu kerana baginya perbuatan itu hanya membuang masanya sahaja.
“Ann, nak ke mana tu?” suara mamanya memanggil ketika dia turun ke dapur untuk membasahkan tekaknya.
“Ann nak ke kandang kudalah ma, hari ini Ann nak Doktor Rama periksa Black Beautie, rasanya BB tak sihat.” Wajah Nafa agak keruh apabila teringatkan kudanya yang sakit.
“Ann tak ke ofis ke hari ini? Papa dah bising tu, berapa hari dah Ann ponteng kerja?” Datin Najla risau dengan karenah anak daranya yang begitu malas untuk bekerja.
Nasib baiklah bekerja di syarikat papanya sendiri. Kalaulah bekerja dengan syarikat orang lain agaknya kena pecat selalu. Nafa hanya senyum sinis. Alaa… itu pun nak kecoh. Dia tahu syarikat papanya sudah cukup mantap dan maju. Tanpa kehadiran dia pun, papa tak akan bankrap.
“Haa… tu kenapa senyum-senyum macam siput sedut pula?” Datin Najla menyelar Nafa.
“Kerang busuklah mama, mana pula datang siput sedut. Sebut siput sedut, ma suruh Mak Bib masak siput sedut masak lemak. Teringin pula nak makan siput sedut. Slurpp!” Nafa ketawa mendengar Datin Najla begitu gigih menggunakan peribahasa Melayu walaupun kurang tahu.
Datin Najla mendengus, dia tidak faham dengan anaknya seorang ini. Walaupun berdarah kacukan tapi Nafa cukup suka makan masakan melayu. Wajah saja kacukan tapi tekak Melayu. Jangan beri makanan barat kepada Nafa, dia akan tolak jika ada makanan lain. Sebab itu mereka jarang makan luar kerana selera yang tidak sama, boleh mendatangkan perang mereka tiga beranak.
“Nantilah ma beritahu Mak Bib. Sukalah tu dapat makan makanan kegemaran dia.” Datin Najla tarik muka.
“Terima kasih ma, sayang ma. Ann gerak dulu eh dah lambat ni.” Nafa mengucup pipi Datin Najla dan bergegas ke porch yang menempatkan motosikal besarnya.
“Hey! Where are you think you’re going young lady?” suara garau milik Datuk Johan bergema di vila itu membuatkan Nafa terpaku.
Langkah terhenti serta merta. Kepala dipusing ke arah suara macho kepunyaan papanya. Sengih ditarik bersama satu langkah diatur ke arah Datuk Johan.Tangan Datuk Johan ditarik dan Nafa mencium kekura papanya dengan penuh kasih. Matanya melirik tampang Datuk Johan yang masih gagah dan kacak bagi lelaki berusia 50an.
“Papa Ann yang hensem lagi macho, Ann nak ke kandang hari ini, esoklah Ann masuk kerja ya.” Lantas tanpa menunggu lama Nafa terus berlari menuju ke motosikalnya.
Pintu pagar yang tersedia dibuka memudahkan Nafa memboloskan diri dengan cepat. Tangan diangkat dengan syarat selamat tinggal kepada Abang Bree, pengawal keselamatan vila Datuk Johan. Ahmad Sabree hanya mampu tersengih lebar melihat anak majikannya menunggang dengan penuh gaya membelah jalan raya.
“Bertuah punya anak. Belum sempat nak cakap, terus lari macam lipas kudung.” Datuk Johan berleter dan memandang isterinya. Datin Najla hanya mampu mengangkat bahu dan meneruskan suapannya yang terbantut tadi.
Kereta yang bersesak di atas jalan raya sedikit pun tidak mengganggu kepantasan motosikalnya. Darah rempit entah datang dari siapa membuatkan pemanduan Nafa langsung tidak tergugat malah Ducati merahnya meluncur tanpa ada halangan. Sekali imbas macam lelaki yang menunggang motor besar begitu tapi apabila diteliti pakaian penunggangnya semua tahu penunggangnya adalah wanita.
Setibanya di Countryside Stable kepunyaan Datuk Johan, Nafa berlari-lari anak menuju ke kandang BB, kuda kesayangannya. Halil penjaga BB mengikuti langkah cemas Nafa menuju ke kandang BB.
“Kenapa dengan BB, Halil? BB nampak tak ceria.” Nafa mengusap badan BB dengan penuh kasih sayang. Kuda baka Arab yang dihadiahkan oleh Datuk Johan sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 21, merupakan kesayangan Nafa dan dia sudah cekap menunggang kuda itu.
“Entahlah kak, BB muram mungkin kak lama tak tunggang dia kut.” Halil sudah lama bekerja di kandang Datuk Johan. Dia amat cekap menunggang kuda dan menjadi pelatih untuk sesiapa yang mahu menunggang kuda-kuda di sini.
“Ohh… BB rindukan mommy ya. Kita tunggu Dr. Rama periksa dulu, nanti mommy bawa BB jalan-jalan okey.” Nafa memujuk BB seperti anaknya pula.
Halil yang sudah sedia maklum dengan kelakuan Nafa hanya tersenyum manis. Siapa yang mendengar Nafa memujuk pasti merasa cair tapi Halil tahu Nafa hanya akan pujuk kudanya saja. Jangan harap Nafa hendak membuat suara manja begitu dengan lelaki lain. Malah kekasih Nafa iaitu Tengku Fahad tidak pernah dipujuk oleh Nafa.
Dr. Rama tiba tidak lama kemudian dan terus memeriksa BB. Selalunya Dr. Rama akan datang sebulan sekali untuk memeriksa kuda di ladang ini. Namun hari ini Dr. Rama datang atas permintaan Nafa setelah diberitahu yang BB kurang selera makan.
“Miss Nafa, BB okey ja tapi saya rasa dia stress sikit sebab rindukan miss.” Dr. Rama ketawa melihat Nafa yang sudah tercengang.
“BB apa ni? Buat mommy terkejut saja. Ingatkan sakit teruk tadi.” Nafa menepuk punggung BB tanda geram. BB meringkik perlahan.
“Tak apa. Saya kasi vitamin supaya dia cergas dan Nafa, kuda pun ada perasaan.” Dr. Rama tersenyum memandang BB sekilas lalu berbisik di telinga kuda itu. “You’re naughty BB.”
Nafa hanya tersenyum melihat BB meringkik manja lalu bersedia membawa BB berjalan-jalan. Halil dan Dr. Rama hanya mampu tersenyum puas melihat Nafa menunggang BB. Untunglah BB ditunggang oleh gadis jelita seperti Nafa.
Seperti kata Dr. Rama… BB sangat nakal.
YOU ARE READING
RAFFA: THE DISOWNED MAFIA
ActionNafa Arleanne, gadis kota yang lincah serta periang melarikan diri setelah menjadi saksi satu pembunuhan. Pembunuhan itu melibatkan kekasihnya, Tengku Fahad. Nafa tidak pernah tahu Tengku Fahad adalah seorang ketua mafia. Tengku Fahad berselindung d...