BAB 31

208 16 4
                                    

Tengku Fahad yang baru kembali ke tanahair selepas bercuti ke Paris mengunjungi Ferhad di mansion Tuan Felix. Wajahnya ceria dapat menghabiskan cuti bersama skandal terbarunya. Siapa kata dia risau atas kehilangan Nafa? Tidak! Dia langsung tidak risaukan keadaan Nafa kerana dia tahu Nafa berada dalam keadaan baik-baik saja.

Hamid sudah jumpa Nafa di sebuah kampung jadi rasanya dia tidak perlukan bantuan Ferhad untuk mencari Nafa. Dia sendiri boleh menjemput Nafa namun dia masih mahu berehat seketika sebelum kembali ke vila keluarganya.

“Welcome back my man. How's your vacation?” Ferhad memeluk Tengku Fahad dengan mesra.

“Biasa saja. Kau pun, bukan tak biasa makan angin dengan awek?” Tengku Fahad senyum sinis kepada Ferhad.

Sebenarnya Tengku Fahad agak cemburu dengan sepupunya kerana kekayaan dan kemasyurannya dalam dunia gelap. Siapa yang tidak kenal dengan Ferhad anak billionaire Tuan Felix? Nama Ferhad begitu gah sehingga tiada siapa yang mampu menggugat kedudukannya.

Kejam? Sudah pasti.

Licik? Sudah tentu.

Itu belum masuk pakej tinggi, hitam manis dan kacak. Siapa yang suka lelaki sebegitu pasti akan terpesona dengan Ferhad. Sekali pandang macam hero filem Hindi. Siapa? Bayang sendiri. Walaupun Tengku Fahad dikategorikan sebagai lelaki idaman kaum wanita tetapi dia akan kalah dengan ketegapan dan ketegasan Ferhad.

“Aku tak macam kau. Buaya di Malaysia pun mengaku kalah dengan kau,” suara Ferhad kedengaran mendatar tapi sinisnya menyucuk jantung. 

Tengku Fahad hanya mampu ketawa tapi dalam hati mengutuk sakan Ferhad tapi siapa dia nak lawan dengan Ferhad. Penumbuk Ferhad saja 5 kilo. Dia pula jarang mengotorkan tangannya melakukan kerja-kerja kotor. Dia hanya arahkan pengikut-pengikutnya yang tak berapa ramai itu tapi lagaknya lebih samseng daripada samseng yang tersenarai di balai sana. Berbeza dengan Ferhad, pengikutnya ramai dan dia mampu menguasai beberapa kawasan sebagai jajahan takluknya. Sememangnya Tengku Fahad akan kalah dalam dalam semua segi jika hendak dibandingkan dengan Ferhad.

“Hidup kita singkat, bro. Lebih baik kau enjoy habis-habisan. Siapa tahu…” Tengku Fahad tidak jadi sambung ayat tapi dalam kepalanya dia nak kata ‘siapa tahu esok kita mati’ tapi dia tak mampu mengeluarkan kata-kata sesadis itu. Tengku Fahad takut dia pula mati berdiri di situ jika Ferhad tembak dia.

“Huh! Kau bercuti dengan orang lain tapi masih nak kejar gadis tu, kenapa?” Ferhad tempelak Tengku Fahad.

Tengku Fahad telan liur, agak ketar tubuhnya mendengar suara seumpama guruh itu. Dia sendiri tidak sangka Hamid jumpa Nafa jadi dia minta tolong Ferhad supaya mencari Nafa. Tengku Fahad tahu Ferhad cukup bijak dalam hal ini. Ferhad mempunyai pengikut yang ramai. Setakat nak cari dalam Malaysia rasanya tidak menjadi masalah. 

“Err… perempuan itu bakal isteri aku. Yang aku bawa ke sana sini tu cuma skandal touch and go aku saja.”

“Lepas kau puas, kau bunuh mereka, gitu?” Ferhad senyum senget.

Tengku Fahad hanya senyum, tak perlu rahsiakan apa-apa daripada Ferhad. Ferhad tahu semua kegiatan dia… semua berada dalam tangan Ferhad.

“Aku tak akan bunuh kalau mereka tak minta aku bertanggung jawab. Aku dah pesan, aku tak mahu anak tapi ada juga yang mengandung. Isshhh…”

“Aku dah pesan banyak kali, pakai protection… pakai protection tapi kau degil! Itu pun kau tak boleh ikut!” Suara Ferhad bergema di ruang tamu mansion itu.

“Aku dah pakai tapi entahlah.” Tengku Fahad menikus. “Tapi apa masalahnya kalau aku hapuskan mereka, bukannya ada kena mengena dengan kau pun.” Dalam takut-takut pun, Tengku Fahad masih mahu berlawan cakap dengan Ferhad.

RAFFA: THE DISOWNED MAFIAWhere stories live. Discover now