Rosnita tergamam. Nampaknya mimpi indah tadi sudah bertukar menjadi mimpi ngeri. Nightmare in Elm Street. Rosnita gigit bibir. Seram tengok wajah Abang Rosli merah serupa naga Tahun Baru Cina.
Luke masih lagi mampu tersengih melihat wajah harimau Abang Rosli. Dia langsung tak takut dengan Abang Rosli sebab dia tahu Leo bukanlah seorang yang garang walaupun wajahnya bak harimau jadian.
“Nita! Abang dah pesan kan. Jauhkan diri daripada Luke. Abang tak suka!” Abang Rosli cekak pinggang menghadap dua makhluk yang tiba-tiba mengaku ingin mendirikan rumahtangga walaupun baru mengenali. Tak masuk akal langsung.
“Tak… tak… abang salah faham ni. Bukan Nita nak kahwin dengan Luke. Kami gurau-gurau saja.” Rosnita hampir terkencing menjelaskan perkara sebenar.
“Chill bro. Kami sekadar bergurau. Bukan betul-betul pun.” Luke terpaksa memberi alasan untuk meredakan kemarahan Abang Rosli.
Abang Rosli ambil galah yang tersandar di tepi bangsal. Galah itu ditimang-timang seperti memeriksa sesuatu. Rosnita sudah cuak. Janganlah Abang Rosli pukul dia dengan galah itu. Galah itu dah la panjang, kuat pula. Kalau kena boleh masuk hospital, kalau tak patah tubuh badan rasanya koma setahun.
“Abang, nak buat apa dengan galah tu?” Rosnita bangun dari duduk, bersedia untuk lari jika Abang Rosli hendak memukulnya.
Luke turut bangun dan berdiri di hadapan Rosnita, juga bersedia untuk menyelamatkan Rosnita jika Abang Rosli mengamuk. Namun Luke tidak gentar kerana dia sudah nekad ketika pertama kali datang ke kampung ini. Dia rasa sudah masa untuk dia berundur dalam dunia mafia. Dia merasa tenang ketika berada di sini. Luke juga sudah terpaut kepada Rosnita walaupun gadis itu bukanlah dari kategori menawan seperti Ratu Cantik Dunia.
“Nita tahu tak yang Nita tak habis lagi belajar? Nita nak sia-siakan pengorbanan abang, mak dan Kak Muna? Nita tahu tak abang bertungkus lumus bekerja untuk memberi pelajaran yang tinggi pada Nita. Abang tak mau Nita jadi macam abang.” Suara Abang Rosli mengendur dan wajahnya kelihatan muram.
Rosnita hanya menekur memandang tanah. Bukan dia tak ingat semua itu. Dia tahu abangnya sentiasa memastikan dia lulus dalam setiap peperiksaan di sekolah. Dia tahu Abang Rosli pernah bekerja jauh meninggalkan emak dan Kak Muna di sini. Ketika itu dia masih di sekolah menengah rendah. Kak Muna berkorban menjaga emak dan dirinya walaupun Ehsan masih kecil. Kepulangan Abang Rosli menggembirakan keluarga kecil mereka tanpa mereka ketahui sebab sebenarnya Abang Rosli kembali.
“Abang nak Nita mendapat kerja yang baik. Bukan abang tak boleh jaga Nita tapi sekurang-kurangnya abang nak Nita ubah diri Nita sendiri. Tak perlu duduk terperuk di kampung ini.” Abang Rosli sambung berleter.
“Aku boleh jaga Ros err Nita…”
“Kau jangan campur urusan keluarga aku! Aku tak benarkan!” Amarah Abang Rosli kembali semarak apabila Luke masuk campur. “Lebih baik kau berambus sebelum bala menimpa kami!”
“Abang!”
“Leo!”
“Sekali lagi kau panggil aku Leo, aku hentak kepala kau dengan galah ini.”
Luke angkat tangan tanda menyerah melihat Abang Rosli kembali menyinga. Tangan kanan dibawa ke mulut untuk menutup keceluparannya sambil menampar perlahan mulutnya. Rosnita tercengang. Dari tadi dia mendengar Luke memanggil Abang Rosli dengan panggilan Leo. Dia nak tanya tapi ayatnya tersangkut di kerongkong, serius melihat wajah membunuh Abang Rosli. Tiba-tiba Rosnita rasa gementar. Selalunya dia tak kisah pun bila Abang Rosli marah-marah tapi kali ini dia nampak sesuatu yang lain pada wajah abang kesayangannya.
“I'm sorry. I didn't mean to meddle in your business but I really love this place. I think…”
“Jangan… jangan kau kata apa yang kau fikirkan. Kau tak sesuai tinggal di sini. Sini bukan tempat kau.” Abang Rosli mendengus. “Nita balik dulu.”
“Tapi…”
“Tolong dengar cakap abang. Cerita kahwin habis di sini. Abang tak mau mak atau Kak Muna dengar. Tolong, balik.”
Suara sendu Abang Rosli menyentap hati Rosnita. Entah apa masalah di antara abangnya dan Luke pun dia tak tahu. Nampaknya seperti mereka pernah mengenali satu masa dulu. Abang Rosli kelihatan amat takut jika Luke membuka cerita silam mereka. Apa cerita silam Abang Rosli? Rosnita ingin sekali nak tahu tapi hari ini nampaknya dia akan pulang dengan tangan kosong.
“Tapi Rosli, aku tak main-main bila aku kata yang aku dah jatuh hati pada Ros err Nita. Aku nak berhenti.” Luke cuba meyakinkan Abang Rosli.
“It's good to be true but you can't. This is not your place.” Rosnita pula tercengang mendengar abangnya speaking. Sejak bila? Abang Rosli tak pernah sekali pun bercakap dalam bahasa Inggeris. Dia ingat abangnya tak pandai.
“Nita. Tolong. Balik. Sekarang.” Abang Rosli menekan suaranya lagi apabila Rosnita masih lagi statik di situ.
“Ros! Don't go.” Luke pula menghalang.
Rosnita merasa gerun melihat jegilan Abang Rosli dan akhirnya terpaksa melangkah meninggalkan Abang Rosli dan Luke. Di antara abangnya dan Luke, Rosnita memilih untuk mengikut kata-kata Abang Rosli. Abang Rosli sudah berkorban demi membesarkan dia jadi dia akan hormatkan Abang Rosli. Biarlah bunga-bunga cinta yang baru nak mekar terpadam begitu saja demi menghormati ketua keluarga mereka.
“Ros, please wait.” Luke lari mendapatkan Rosnita.
Rosnita teragak-agak untuk berhenti atau terus berjalan. Dia berpusing sekejap dan mencari Abang Rosli tapi Abang Rosli hanya terpaku tanpa berkata apa-apa. Jadi Rosnita mengambil keputusan untuk berhenti dan menunggu Luke. Biarlah. Mungkin ini kali terakhir dia dapat bercakap dengan Luke.
“Ros. Nanti.” Luke berdiri di hadapan Rosnita apabila Rosnita sedia menunggunya. Luke memberi senyuman sedikit untuk menghilangkan rasa cuak di hati Rosnita. “Please wait for me.”
“Hah?!”
“Tunggu aku.”
“Saya tahulah makna tu tapi kenapa?”
“Satu hari aku akan kembali lagi tapi tolong tunggu aku. Aku tak main-main bila aku kata… nak kahwin dengan kau.”
Rosnita tutup mulut, tak percaya dengan apa yang didengarnya. Luke bergurau lagi agaknya.
“Apa yang awak cakap ni? Awak tak buat lawak kan?”
“Betul. Aku tak cakap bohong. Untuk kali ini percayalah.” Luke macam nak nyanyi lagu Siti Nurhaliza semata-mata untuk meyakinkan Rosnita. “Boleh tak kau tunggu aku. Aku janji akan kembali lagi.”
“Tapi abang?” Mata Rosnita terus mencari kedudukan Abang Rosli dan yang anehnya abangnya hanya terpaku di tepi bangsal. Tadi garang sangat, kenapa sekarang seperti bagi peluang pula kepadanya.
“Jangan risau. Setiap highway pasti ada rnr, bila lapar kita akan berhenti dan cari makan kat situ.”
“Apa yang awak merepek?”
Luke ketawa. Dia pun pening. Entah mana dia ambil ayat itu, dia sendiri pun tak tahu. Tiba-tiba saja muncul dalam kepalanya. “Where there's a will there's a way.”
Bunyi tepukan tangan bergema dalam dusun itu membuatkan mereka bertiga tercengang.
“Black!”
“Black!”
“Black?”
Rosnita kehairanan? Siapa pula Black? Kepala dipusing memandang ke arah mata Abang Rosli dan Luke memaku. Rosnita pula telan liur. Siapa pula Black yang berdiri gagah dan senyum sinis itu? Aduh! Macam-macam manusia muncul pula sekarang.
Untuk kesekian kalinya, Rosnita tonyoh mata.
*
*
*
SELAMAT TAHUN BARU 2025
Terima kasih kepada anda yang masih sudi membaca story CikInzzz.
Azam tahun baru? Tak pernah ada tapi InsyaAllah CikInzzz akan terus menulis jika diberi kesihatan yang baik.
Terima kasih sekali lagi kerana vote dan komen.
*Where's the will... there's the way.*
YOU ARE READING
RAFFA: THE DISOWNED MAFIA
ActionNafa Arleanne, gadis kota yang lincah serta periang melarikan diri setelah menjadi saksi satu pembunuhan. Pembunuhan itu melibatkan kekasihnya, Tengku Fahad. Nafa tidak pernah tahu Tengku Fahad adalah seorang ketua mafia. Tengku Fahad berselindung d...