Hafiz, Rosli, Rosnita dan Nafa masuk ke dapur setelah pemergian Hazwanie. Nafa duduk di sebelah Rosnita manakala Hafiz dan Rosli duduk bersebelahan bertentangan dengan Rosnita dan Nafa. Rosnita menolong Nafa mengelap kesan kekotoran yang melekat di wajah Nafa.
Wajah Nafa agak merah, bekas kena tamparan wanita Hazwanie… turut terdapat kesan calar di bahagian pipi. Hafiz sua minyak gamat kepada Nafa namun Nafa hanya menggeleng kepala.
“Tak apa, sikit saja ni… tak luka teruk pun.” Nafa dengan wajah malu cuba menahan rasa sakit yang agak pedih.
“Sikit awak kata? Tengok muka yang cantik macam ni dah calar balar. Kalau Nita dapat budak Wanie tu… Nita ganyang cukup-cukup.” Rosnita pula yang emosi.
“Eleh… nak ganyang konon. Tadi kenapa diam? Tegak macam kena sumpah.” Rosli pula perli Rosnita.
Hafiz dan Nafa tersengih mendengar Rosli perli Rosnita. Rosnita pula muncung panjang, geram sebab abangnya perli dia depan Hafiz.
“Alaaa… tadi Nita terlupa jurus silambam yang Nita belajar… baru nak buka, Wanie dah cabut.” Rosnita sengih bagai kerang busuk.
“Siapa Wanie tu?”
Soalan Nafa menghentikan perbalahan dua beradik, Hafiz turut terdiam. Senyum yang manis tiba-tiba kendur, Rosli dan Rosnita pandang Hafiz… serentak. Hafiz sandar di kerusi, tangan disilang kejap. Wajah agak keruh tanda dia tidak menyenangi soalan daripada Nafa.
“Eh! Kakak yang saya jumpa dalam tandas kat stesen minyak malam tu kan? Macam mana boleh ada kat rumah Abang Hafiz pula? Kakak kenal ke dengan Abang Hafiz?” Soalan bertalu-talu daripada Rosnita membuatkan Nafa tercengang.
Rosnita sengaja mengalih perhatian Nafa setelah melihat wajah kelat Hafiz. Dia tahu Hafiz tidak sukakan Hazwanie tapi Hafiz begitu berat mulut untuk menyatakannya. Umpama ditelan mati mak, diluah mati bapak sebab Hafiz amat terhutang budi dengan tok penghulu. Tok Karim amat mengambil berat akan kehidupan Hafiz selepas Hafiz kehilangan seluruh anggota keluarganya.
“Kau ni Nita, dah macam polis pencen… tanya orang macam-macam.”
“Alaa… orang tanya je pun. Kan kak?” Rosnita sengih kepada Nafa.
“Dia panjat pickup Abang Li dan sembunyi kat dalam tu, sampai rumah abang dia menyorok dalam bangsal kat belakang tu.” Hafiz menjelaskan keadaan yang sebenar kepada Rosnita. Cerita yang sama sudah diceritakan kepada Rosli tadi.
Rosnita sudah ternganga, tidak percaya gadis secantik Nafa boleh buat seperti yang dikatakan oleh Hafiz.
“Jadi… kakak lar…”
“Dah! Tak payah buat kesimpulan, itu hal peribadi dia. Abang bawa Nita ke sini sebab Hafiz nak minta tolong Nita duduk dengan cik…”
“Nafa. Abang panggil Nafa saja. Betul… kakak lari dari seseorang sebab itu kakak menyorok dalam kereta abang awak.”
“Haaa… Nafa. Nita akan temankan awak buat sementara waktu. Hafiz tak boleh tinggal sekali nanti jadi benda lain pula.”
Rosnita tersengih, begitu juga dengan Nafa walaupun mereka tahu yang Hafiz tidak akan membuat perkara yang tidak senonoh tapi siapa tahu perkara yang akan berlaku di masa akan datang. Melihat pada tampang Nafa, tidak mustahil Hafiz yang sejuk beku itu akan tergoda.
“Apa abang cakap macam tu? Nita rasa abang yang tak tahan kan.” Rosnita gelak kuat.
“Isyy Nita ni… mulut tak ada insuran langsung.”
Pernyataan Rosnita membuatkan Nafa ketawa terbahak-bahak. Seronok pula dia lihat dua beradik ini bercanda, saling mengenakan antara satu sama lain. Walaupun Rosli nampak lebih berusia daripada mereka tetapi dia senang untuk bergurau dengan Rosnita. Telatah kedua beradik ini menunjukkan betapa harmonisnya hubungan mereka walaupun bergurau agak kasar.
![](https://img.wattpad.com/cover/350514042-144-k209518.jpg)
YOU ARE READING
RAFFA: THE DISOWNED MAFIA
AksiNafa Arleanne, gadis kota yang lincah serta periang melarikan diri setelah menjadi saksi satu pembunuhan. Pembunuhan itu melibatkan kekasihnya, Tengku Fahad. Nafa tidak pernah tahu Tengku Fahad adalah seorang ketua mafia. Tengku Fahad berselindung d...