Dumm! Dumm! Dumm!
Nafa, Rosnita, Kak Muna serta anak-anaknya tercengang mendengar bunyi ketukan yang kuat di pintu depan rumah Mak Era. Rosnita memegang tangan Nafa sambil memandang wajah Nafa yang jelas kebingungan. Kak Muna pula memeluk Emilia yang ketakutan sementara Ehsan berdiri tegak, bersedia untuk lari jika keadaan menjadi meruncing. Dia juga risau jika ada penjahat yang akan menyerang rumah mereka.
Mak Era keluar dari bilik kerana dia juga terdengar bunyi ketukan yang kuat sehingga dia rasa sekejap lagi mungkin pintu rumahnya akan roboh.
“Siapa ketuk pintu rumah mak? Tak reti bagi salam ke?” Mak Era sudah sinting lengan baju Kedahnya. Silap besar siapa yang menyerang rumahnya. Mereka tak kenal lagi siapa Mak Era.
“Mak! Jangan buka!” Rosnita menjerit apabila melihat mak Era sudah menghampiri pintu.
“Kenapa pula tak boleh buka?” Mak Era jegil Rosnita.
“Betul kata Nita mak. Mana tau orang jahat kat depan tu.” Kak Muna menyokong pendapat Rosnita.
“Tapi… kalau orang jahat, mereka tak ketuk pintu. Mereka terjah macam tu saja.” Nafa pula memberi pendapat yang sebaliknya.
Mak Era pandang anak menantu dan anak angkatnya silih berganti. Oh ya, Mak Era sudah menganggap Nafa seperti anaknya sendiri dan secara tak langsung Nafa sudah menjadi anak angkatnya. Dan semestinya Nafa amat gembira dengan pengiktirafan tersebut. Rosnita bertambah suka kerana mendapat kakak yang kaya.
“Mak rasa Napa betul. Kalau orang jahat, dia tak ketuk tapi dia terjah macam tu saja. Tapi mak pelik, kenapa nak ketuk kuat-kuat? Ingat kita pekak ke?”
“Mungkin penjahat yang tahu adab kut sebab tu dia ketuk pintu dulu, tak terjah macam Kak Nafa cakap. Adoi! Kak kenapa?” Rosnita menjerit apabila Kak Muna menamparnya.
“Kau pun agak-agaklah. Penjahat mana ada adab.”
Nafa hanya ketawa melihat sketsa anak beranak itu. Walaupun keadaan agak genting tapi mereka masih boleh bertekak. Nafa lihat Mak Era seperti sudah bersedia untuk membuka bunga-bunga silat. Nafa berfikir macam mana Mak Era boleh setenang ini dan kelihatan amat berani sekali. Mak Era bekas komando ke? Ish! Tak mungkin. Mak Era kelihatan amat ayu dan lemah lembut, takkan dia bekas askar pula? Tak masuk dek akal.
“Ehsan! Ambil penyapu ke kayu ke, bawa ke sini!”
“Nak buat apa?” Ehsan kelihatan kebingungan dengan arahan Nafa.
“Kita jadikan senjata kalau betul-betul ada orang jahat kat luar, sayang.”
Ehsan tersengih apabila Nafa panggil sayang kepadanya. Sengihannya bertambah panjang melihat muncung ibunya. Walaupun Kak Muna tak bersuara tapi dari gerak bibir, Ehsan tahu ibunya menyebut perkataan ‘gatal’ kepadanya. Sebelum Kak Muna angkat penampar, Ehsan mencicit lari ke dapur untuk mendapatkan ‘senjata’ yang dinyatakan oleh Nafa.
Ehsan kembali dengan membawa 2 batang penyapu dan sebatang kayu mop. Dia menyerahkan senjata-senjata itu kepada Nafa, Rosnita dan Kak Muna. Kak Muna mengarahkan Ehsan membawa Emilia masuk ke dalam bilik kerana dia takut berlaku pertempuran hebat nanti.
Mak Era memandang srikandi-srikandi yang begitu bersemangat untuk berperang. Dia hanya mampu menggeleng melihat wajah masing-masing kelihatan begitu garang. Nampak saja garang tapi tiada seorang pun di antara mereka bertiga yang mahu ke hadapan. Masing-masing bersedia di belakang Mak Era.
Ingatkan nak halang Mak Era daripada membuka pintu sebab Mak Era sudah tua tapi malangnya anak-anak gadis dan menantunya hanya berdiri di belakang tanpa mahu berada di barisan hadapan. Hampeh! Kutuk Mak Era di dalam hati.
YOU ARE READING
RAFFA: THE DISOWNED MAFIA
ActionNafa Arleanne, gadis kota yang lincah serta periang melarikan diri setelah menjadi saksi satu pembunuhan. Pembunuhan itu melibatkan kekasihnya, Tengku Fahad. Nafa tidak pernah tahu Tengku Fahad adalah seorang ketua mafia. Tengku Fahad berselindung d...