Nafa menyudahkan makanannya dengan penuh selera. Sedap juga mee yang digoreng oleh Hafiz. Kalau harapkan Nafa, makan roti disapu mentega dan jem sajalah jawabnya. Dia langsung tidak mahu masuk dapur. Datin Najla pula tidak pernah menyuruh maka bertambah malaslah dia nak masak. Hidupnya cukup senang, bila kahwin nanti cari saja tukang masak macam Mak Bib… selesai masalah.
Selesai makan, Nafa mengangkat pinggan ke singki. Okey… setakat basuh pinggan dia memang terer, Nafa tertawa kecil apabila teringat akan dirinya yang begitu malas ke dapur. Sambil menyanyi kecil, Nafa membasuh pinggan. Selesai membasuh pinggan, Nafa memerhati sekeliling dapur. Dapur rumah Hafiz kelihatan bersih dan teratur bagi seorang lelaki yang tinggal berseorangan.
‘Ke mana pula Hafiz pergi?’ Nafa menggumam sendirian. Kepala menjenguk keluar tingkap. Tingkap dapur yang tiada jeriji... sehingga Nafa boleh meloloskan separuh badannya keluar. Nafa tersenyum melihat pemandangan luar.
Dia tidak menyangka belakang rumah Hafiz terdapat sawah padi yang luas. Semalam dia tidak nampak kerana dia masih takut untuk keluar dari bangsal. Terdapat sebaris pokok buah-buahan ditanam di sepanjang sempadan tanah kediaman dan sawah.
Nun jauh di sana terdapat sebuah bukit yang belum diketahui nama kelihatan berbalam-balam dilindungi awan. Subhanallah… rasa kagum dengan kejadian alam ciptaan Allah SWT menjentik sanubari Nafa. Tiba-tiba Nafa berasa insaf, berada di tempat asing… jauh daripada kedua ibu bapanya.
Begitu jauh Nafa termenung sehingga dia tidak sedar yang Hafiz sudah lama berada di belakangnya. Hafiz hanya mampu telan liur melihat sosok tubuh Nafa yang begitu mengancam jiwanya yang sudah lama gersang itu. Perlahan dia mengucap istighfar agar menjauhkan dari fikiran yang buruk terhadap Nafa.
“Ehem!” Dehaman kuat mengejutkan Nafa membuatkan mata Nafa terkebil-kebil memandang Hafiz.
“Oh Mak Bib! Isyy awak ni! Terkejut saya.” Nafa urut dada sambil bibir mencemik geram.
Hafiz tersengih. Alahai… dia sudah lama tidak bergurau senda begini. Bibir pun dah lama mogok senyum tapi sejak bertemu Nafa, bibirnya asyik tersenyum saja. Pandangan masih lagi jatuh ke wajah Nafa… tetap cantik walaupun tak mandi lagi. Eh! Begitu jauh pula fikirannya.
“Kau pergi mandi dulu, kita keluar sebentar lagi.”
“Nak pergi mana?” wajah Nafa kelihatan risau. “Nak bawa saya ke balai polis ke?”
Sungguh Nafa berasa gelisah ketika ini. Dia tidak sanggup untuk kembali lagi. Nak cerita mengenai kejadian malam itu pun dia tidak sanggup. Bukan untuk melindungi Tengku Fahad tetapi dia tidak mempunyai bukti. Dia terlalu panik dan terus melarikan diri.
Hafiz sorok senyum melihat kegelisahan Nafa. Tiba-tiba mode mengusik kembali, teringat kenangannya bersama Hafizah. Hafizah sampai merajuk kalau Hafiz selalu mengusiknya. Tak lama… senyumannya pudar setelah dia menyedari bukan Hafizah yang berada di hadapannya tapi Nafa. Hafiz menarik nafas panjang dan membeku kembali wajahnya.
“Tak… aku nak ke pekan. Kau bolehlah beli baju atau apa-apa pakaian yang kau nak pakai. Takkan kau nak pakai baju ibu… tak sesuai.”
Matanya melirik Nafa atas bawah. Baju Kedah yang dipakai oleh Nafa agak singkat memandangkan Nafa agak tinggi dan ibunya bertubuh rendah. Manakala kain batik yang dipakai… Hafiz hampir ketawa melihat cara Nafa memakai kain batik. Kain batik yang dipakai oleh Nafa lintang pukang… entah mana letaknya pucuk kain pun Hafiz tak tahu.
Nafa tersenyum senget. Dia mana reti pakai kain batik. Kain pareo yang dililit di leher tu selalulah dia pakai jika ke pantai atau ke kolam mandi. Itu pun puas dia selit tapi kain asyik terlondeh, akhirnya dia buat simpul mati… selesai masalah.
YOU ARE READING
RAFFA: THE DISOWNED MAFIA
ActionNafa Arleanne, gadis kota yang lincah serta periang melarikan diri setelah menjadi saksi satu pembunuhan. Pembunuhan itu melibatkan kekasihnya, Tengku Fahad. Nafa tidak pernah tahu Tengku Fahad adalah seorang ketua mafia. Tengku Fahad berselindung d...