BAB 39

142 15 7
                                    

Nafa bertentang mata dengan lelaki yang baru memanggilnya. Tampang lelaki segak kacak bergaya, kelihatan seperti model iklan langsung tidak membuatkan Nafa teruja malah dia hanya memaku pandangan kepada lelaki itu.

“Who are you?!” Nafa menguatkan suaranya lagi apabila lelaki itu masih belum menjawab soalannya tadi.

“Ferhad. My name is Ferhad.” Ferhad memperkenalkan diri kepada Nafa tetapi mata memandang Hafiz. “I dihantar oleh Datuk Johan jemput you balik.”

Nafa pandang Hafiz namun Hafiz tetap pegun di tempatnya berdiri. Hafiz masih lagi terkejut dengan kehadiran Ferhad di situ. Dalam kepala memikirkan hubungan di antara Ferhad dan Datuk Johan. 

Adakah satu kebetulan Ferhad berhubungan dengan Datuk Johan atau Ferhad sudah mempunyai rancangan? Rancangan apa? Hafiz masih lagi bingung.

“Maaf, saya tak pernah kenal awak. Hafiz….” Nafa berpusing untuk mendapatkan Hafiz namun gerakannya terbejat apabila tangannya dipegang oleh Ferhad.

“I adalah partner baru papa you so give some respect.”

“So, kalau awak partner papa… apa kena mengena dengan saya?”

Ferhad terseringai. Kepalanya mendekati ke telinga Nafa lalu dia berbisik… “I'm your future husband.”

Nafa membeliakkan mata. Bagaimana lelaki ini boleh claim sebagai bakal suaminya? Kenal pun tidak. Entah apa yang papa fikirkan tapi bagaimana pula dengan Tengku Fahad. Papa pernah berjanji untuk menerima Tengku Fahad sebagai menantu.

“Apa yang berlaku sebenarnya? Saya tak faham. Saya tak kenal awal. Bagaimana…” Nafa memandang sayu ke arah Hafiz.

“Sebab itu you kena ikut I balik. Nanti papa you akan ceritakan segalanya.” Ferhad masih lagi tersengih.

“Tak! Saya tak percaya. Mesti awak konco Tengku Fahad untuk menakut-nakutkan saya.” Nafa menarik kuat tangannya hingga terlepas dari pegangan Ferhad. “Hafiz, jom hantar saya balik.”

Nafa berlari ke arah Hafiz, begitu juga dengan Hafiz ingin mendapatkan Nafa tapi Ferhad angkat tangan. “Stop right there, Raf!”

Langkah Nafa terbejat, terkejut dengan nama yang keluar daripada mulut Ferhad. Dia silap dengarkah? Ferhad panggil Hafiz dengan nama Raf? Siapa pula Raf? Ferhad pula senyum melihat wajah keliru Nafa.

Ketika itu muncul dua orang lelaki tegap dari belakang Ferhad. Keadaan akan menjadi tegang apabila ramai orang terlibat. Hafiz menghayun kaki perlahan ke arah Nafa sambil mengangkat tangan kanan ke atas sebagai isyarat agar bertenang kepada Ferhad.

Ferhad ketawa kecil, tahu akan ketakutan di wajah Hafiz. Hafiz tidak mahu keadaan menjadi kecoh. Ferhad tahu Nafa masih belum tahu sejarah silam hidup Hafiz.

“Hafiz…” Hafiz meletak jari ke bibirnya, menyuruh Nafa diam seketika. Hafiz menarik bahu Nafa agar bertentangan dengannya.

“Nafa, balik dengan Ferhad. Kau akan selamat dengan dia.”

“Tapi…” Nafa semakin keliru. Cara Hafiz sebut Ferhad sepertinya mereka sudah mengenali antara satu sama lain.

Hafiz menggeleng. “Please… ikut Ferhad balik. Sekarang bukan masanya untuk berdegil.”

“Tapi saya cint…”

“Tolong. Balik. Sekarang.”

Nafa mendengus. Nampaknya Hafiz nekad kali ini. Hafiz tetap tidak termakan pujukannya walaupun dia sudah mengucapkan kata cinta berkali-kali.

“I. Hate. You.” Nafa membalas kata-kata Hafiz dengan penuh rasa kecewa.

“GO!”

Airmata Nafa mengalir perlahan. Sakit hati kerana Hafiz tetap menyuruh dia pergi. Nafa memberi renungan tajam kepada Hafiz dan melangkah laju ke kereta Ferhad. Ferhad membuka pintu belakang keretanya dan Nafa masuk tanpa memandang Hafiz.

RAFFA: THE DISOWNED MAFIAWhere stories live. Discover now