Pertamanya CikInzzz nak jelaskan bahawa story ini CikInzzz tukar tajuk kepada Raffa: The Disowned Mafia. Sebabnya? CikInzzz baru dapat plot terbaik untuk story ini. Tak apa sehingga bab ini, ia tidak mencacatkan perjalanan cerita ini. Bagaimana dan macam mana arah tuju story ini? Harap ikuti kisah Raffa dan Nafa seterusnya.
Sekian, terima kasih sudi baca dan vote.
*
*
*
NAFA terpaksa bermalam juga di rumah keluarga Rosnita. Rosli mengangkut anak lelakinya ke rumah Hafiz tanpa Kak Mona. Kak Mona yang tidak mahu ke rumah Hafiz, katanya dia lebih suka bersama kaum perempuan di rumah ibu mertuanya. Mak Saerah cukup gembira dengan kehadiran Nafa.
Walaupun Nafa berasal dari bandar tapi tingkah lakunya menarik hati Mak Saerah. Nafa sentiasa merendahkan diri apabila berbicara dengan Mak Saerah. Mak Saerah langsung tidak berenggang dengan Nafa sehinggalah Nafa masuk tidur bersama Rosnita.
“Kak Nafa, minta maaf tau… bilik Nita tak cantik. Mesti bilik Kak Nafa besar dan selesa.” Rosnita tersengih sambil memberi bantal kepada Nafa.
“Isyy… tak ada hallah. Dah cukup baik Kak Nafa dapat tidur dalam bilik, kalau tidak mungkin Kak Nafa terpaksa tidur dalam bangsal kalau Hafiz tak jumpa Kak Nafa malam itu.”
“Kak Nafa tidur dalam bangsal Abang Hafiz? Wow!” Rosnita terkejut mendengar cerita Nafa. “Kak Nafa ceritalah apa yang berlaku sebenarnya.”
Nafa pandang Rosnita yang kelihatan teruja. Patutkah dia menceritakan kejadian sebenar kepada Rosnita? Percayakah Nafa kepada Rosnita? Rosnita yang nampak Nafa teragak-agak terus mengangkat tangan kanannya.
“Nita janji, apa yang Kak Nafa ceritakan kat Nita malam ini… Nita akan simpan. Nita berjanji tak akan ceritakan kepada sesiapa pun termasuk mak.” Rosnita berjanji sepenuh hati dengan menayangkan wajah serius.
Nafa hampir menghamburkan ketawa melihat telatah Rosnita yang keanak-anakan… maklumlah anak bongsu. Melihat wajah Rosnita yang begitu yakin, Nafa tidak dapat berdalih lagi. Tak apa kut jika dia menceritakan kisahnya kepada Rosnita, sekurang-kurangnya bebannya menyimpan cerita menakutkan itu dapat dikurangkan.
Nafa mula menceritakan bagaimana dia boleh terjebak di rumah Hafiz. Dia juga menceritakan kenapa dia lari tapi Nafa merahsiakan nama Tengku Fahad sebab dia tahu nama Tengku Fahad terkenal sebagai ‘bachelor of the year’ oleh majalah Hot Men On Earth.
Remaja seperti Rosnita pasti suka untuk memiliki lelaki tampan, bergaya dan kaya. Budak-budak sekarang tidak peduli dengan siapa mereka berkawan, janji dapat memenuhi kehendak mereka. Nafa tidak mahu ulas perkara itu kerana bukan semua yang bernasib baik sepertinya… mendapat kemewahan dari kecil.
Rosnita pula sekejap ternganga, sekejap nampak teruja dan akhirnya menarik nafas panjang selepas Nafa menyelesaikan ceritanya. Dia tidak sangka kakak di hadapannya mempunyai cerita yang menarik dan jauh dari pemikirannya. Dia ingatkan Nafa adalah seorang gadis kaya yang biasa tapi rupanya Nafa sangat luar biasa.
Penampilannya yang biasa itu membuatkan Nafa luarbiasa. Langsung tidak kisah akan keadaan di kampung yang serba kekurangan. Sanggup pula lari daripada lelaki yang ganas. Kalau dia kekasih Tengku Fahad rasanya dia sanggup kekal bersama lelaki itu walaupun hatinya sakit. Benarkah?
“Wow! Kak Nafa… bestnya cerita kak. Nita tak sangka Kak Nafa seorang yang berani. Kalau Nitalah… rasanya Nita mati kejung kat situ. Tapi kak… Nita rasa kak patut laporkan pada pihak berkuasa, bahaya lelaki itu dibiarkan berleluasa. Entah berapa ramai yang jadi mangsanya.” Rosnita kelihatan bersemangat.
“Tak boleh Nita, kak tak ada bukti. Semua itu andaian kak saja.”
“Kalau andaian kak saja, kenapa kak lari?”
YOU ARE READING
RAFFA: THE DISOWNED MAFIA
ActionNafa Arleanne, gadis kota yang lincah serta periang melarikan diri setelah menjadi saksi satu pembunuhan. Pembunuhan itu melibatkan kekasihnya, Tengku Fahad. Nafa tidak pernah tahu Tengku Fahad adalah seorang ketua mafia. Tengku Fahad berselindung d...